Let Me Help YOU!!

Thursday, February 18, 2010

menilai, memikir, memaki hamun yang mana pilihan anda

dalam kita menjalani kehidupan ni, kita dikelilingi dengan ramai orang. tu kalau tinggal kat tempat ramai orang la. kalau kt gua ke menda lain la plak yang ramai. hehehe. bila da ramai orang ramai la pulak ragam nya. ramai dan banyak similar kan? hahaha. ok2 serius2.

kekadang bila jadi kat kita sesuatu yang kita sangat la tak suke. mende tu pula sangat bertentangan dengan pirinsip atau cara kita bekerja. ape tindakan kita? marah? melenting? maki hamun? atau bersabar? kalau ikut kajian, manusia yang sebaya2 dengan aku lebih cenderung untuk marah or melenting or apa2 lah yang sewaktu dengan nya.

situasi ni aku alami masa aku mula2 start untuk apply ape yang aku belajar selama ni. yelah kn selama ni duk kat u. study utk test, final, kuiz or presentation. tak pun prepare utk wat projek or wat toyol [opsss..kantoii..hahaha] or others. mengadap pulak dengan orang yang sama. so kita dah tau budi pekerti or akhlak mulia orang tu, senang la nak adapt. persoalannya, kalau untuk pertama kali nya kita kena bekerjasama dengan orang yang kita tak pernah nk kenal hati budi nya, no ic pun tak tau, tinggal kat mana pun tak tau, yag lagi tak best cara dia bekerja amat lah membuat kita rasa tak best. apa nak buat?

mula2 aku rasa sangat tertekan. sangat2. kekadang tu hampir2 je nak nangis. gila kau aku jadi cam ape je masa tu. wat keje 2 kali yang berkali-kali. ko rasa cmne? best x? aku memang sangat marah dengan orang tu. tp aku tak tunjuk la. aku just wt muka je. hahaha. aku ase orang tu prasan kot. sebab dia selambe je. hehehe. then lama2 adelah dalam sebulan lebih aku bekerja dengan beliau aku mula respek sikit la dan berterima kasih kat dia. sebabnya dalam aku wat keje 2 kali yang berkali-kali tu aku belajar something yang tak pernah ada dalam diri aku selama ni iaitu PEKA bukan PEKAK. hehehe.

bukan tu je yang aku nak citer dalam entri yang boring ni, aku nak citer gak tentang cara kita menilai seseorang yang baru kita kenal. kita biasakan dengar pepatah orang penjajah ni 'don't judge a book by is cover'. aku memang sangat setuju dengan menda ni. tak semestinya orang yang cantik or hensem luaran nya juga menggambarkan kecantikan dan kehenseman dalaman nya. tapi tu lumrah manusia la kan. fitrah semua orang yang normal always think that yang cantik itu adalah sesuatu yang indah dalamannya. tapi sebaliknya hampeh. hehehe.

lagi satu aku nak tambah sikit. dalam kita hidup bermasyarakat ni jangan lah kita asyik nak pentingkan diri sendiri je kan. kita tak leh la nak orang je faham kita sebab kita pun kena faham orang tu. dulu cikgu aku penah pesan, kalau kita nak orang sekeliling kita hormat kat kita, kita kena lah hormat diorang gak. barulah fair kn. hormat menghormati tu kan amalan mulia. =)

sejak dari itu [ayat skemposs], aku cuba untuk menyabarkan diri aku agar tak mudah melenting. bila sesuatu terjadi kat aku, aku memilih untuk berfikir sejenak bukan memberontak dulu baru berfikir cam dulu. its not good and not ideas for life. hahaha. tapi sabar aku pun ada batasnya. kalau dah terkeluar batas nasib kau lah. aku time tu memang dah tak waras dah. hahaha.

* skemposs = skema nak mamposs