Let Me Help YOU!!

Thursday, April 29, 2010

c E r i T E r A

macam biasa. hari ini seperti hari2 sebelumnye juga. duk ngadap laptop. pastu gi basuh kain, basuh pinggan, jemur baju, kemas umah, keas bilik, lipat baju sume la aku buat. rajin kan? hahaha. sambil2 tu aku tgk Malaysia Hari Ini. dengar pengacara membebel. pastu tengok wardina yang cantik. then turn adik aku lak tgk tv. citer kartun la, ewah-ewah la ape lg entah. pastu pas zuhur nnt tgk drama indo kat tv 3. ketika cinta bertasbih. dulu best sekarang dah meleret nak muntah dah aku tgk. rasa ca nak lempang je si jojo tu. dah tahu adik dia perangai macam asbestos percaye gak. sian bini nye kena cerai. yang bini dia pun satu hal. dah tau laki dia xsuke dia rapat dengan adik iparnye, rapat gak. haih tak paham la aku. ari ni aku tak tengok citer tu. sebab aku takut tv umh aku sampai kt beranda aku baling. terpaksa lah bapak aku bli tv plasma macam ni:


hehehe. besarnye. tak muat nak masuk umah aku ni. so tak yah beli. hihi.

pastu dah masuk telenovela yang dr sepanyol, venezuela dan semangkuk dengan nya, aku dah tak mampu nak menonton. blh termuntah aku nanti. so aku pun duk ngadap fesbuk, menyendeng2 kat blog orang. hehehe. and kul 6.30pm is SHOWTIMEEEE. citer Adamaya. i like. hahaha.


ni heroin nye. gojes kan? hehe. suke tengok beliau. sangat cantik. huhu.


ni watak antagonis. tak paham bahasa mamat ni. ade ke patut dia nak gak si maya tu even dia dah kawin and dah ade anak. maya pun sama gak dah kawen n dah ade anak. tapi dia mmg pandai blakon la sbb btol2 menjiwai watak dani tu sampai aku rasa nak ludah je muka dia time tgk citer tu. hehehe sori ek faizal yusof. rase je bukan nak wat btol2 pun.

in reality life kan, ade ke situation cmni? berdosa weh kejar isteri orang. isteri yang memandang lelaki lain juga berdosa. ish nauzubillah. mintak kita sume dijauhkan dari dosa-dosa dan syaitan durjana. aminnn.

tu je aku nak citer. warghhh. aku kebosanan ni di rumah. tulun..tulunnn. huhu..=p

Wednesday, April 28, 2010

hari ketuaan adinda ku

sejak-sejak duduk rumah ni aku rasa sukatan jisim badan aku ni makin bertambah. mana tak nya sehari makan ada la dekat 4-6 kali. makan nasi plak tu. tu tak campur kalo adik aku tetiba ajak g KFC or Pizza Hut kat Setia Tropica. makin mendadak la aku. cerita ni kita tolak tepi dulu. entri ni aku nak cerita pasal birthday adik aku isnin lepas. 26 April. genap la usia beliau 11 tahun. hehehe.

mulanya pagi before dia gi sekolah ada dia pesan kat mak aku yang dia nak makan McD. mak aku pun ye kan aje. tetiba balik niaga mak aku cakap tak larat nk g. maka beliau mengamanatkan aku suh pegi belikan. so kul 12.45pm aku g hantar adik aku yang sorang lagi gi sekolah. then amik la adik aku yg sorang lg tu. berikut adalah rentetan hari kejadian.



mula amik adik aku yang ni kat sekolah menengah. nama glamor dia 'si gile'..=p


pastu amik birthday boy. nama glamor yg ni plak 'si capang'. sila rujuk telinga beliau. haha


then,
aku gerak la gi drive thru McD kat batu lima.
sampai kat checkpoint pertama, yg tempat nak order tu kosong je.
aku dah 'helo..helo' pun still no respon.
masa tu ade kete kt depan.
dia benti pastu trus blah.
so aku pun bila da tgk camtu aku trus kan la ke checkpoint seterusnya.
skali je ade notis berdarah kat situ.
panjang gak la.
tp yg aku dapat tangkap dia tulis.
'under construction..maaf zahir batin'
then bila tgk kt bahagian dalam tu ade tangga, batu bata and etc.
cess.
buang masa aku je.
cmnelah aku blh tak prasan. haih~
aku pun toleh kat adik aku.
'cmne ni dik, McD tutup la'
len kali la kita makan McD ye.
beliau tak berpaling, masih melemparkn pandangan nye keluar tingkap.
seperti ini..
'




tiba-tiba...






nangis rupenye. hehehe.
nampak je taf.
dalam hati ade taman.
hahaha..



aku sebagai kakak mithali tak sampai hati nak tengok beliau teresak-esak di tepi tingkap.
wat malu aku je kalo orang tengok.
hahaha.
bergerak kedestinasi seterusnya.
Plaza Angsana.



jadi hasil nya:
2 Spicy chichken McDeluxe Large
1 BigMac Large
1 McChicken burger
Ayam Goreng McD set Large
9pcs McChicken Nugget
total: RM 54.75
masa ni McValue Lunch.
kalau tak mmg lagi mahal la.
tengok, kucing aku pun join tau.
penyayang kan??
hehehe.



selepas itu,


'jangan lah alONGGGGGGGGG!' katanya



tersenyum gumbira.
muhammad haziq ibrahim
11 tahun

ucapan aku utk beliau:
adik,
blajar rajin2.
nnti dah besar,
jadi hamba yang patuh perintah Allah.
jadi insan yang hormat mak ayah.
jadi manusia yang berbakti pada semua orang.
jadi lah adik yang mengenang jasa akak mu, aku la tu. hehehe.
along sayang adik..=)

di kesempatan ni gak nak wish hepi belated birthday kat adik aku yang sorang lagi, ana as known as si gile. hehehe. sori na, masa birthday koalong tak de kt umh, so xde plan nak membusuk kan ko yang boleh di masuk kan dalam blog ni. hehehe. iluv u sis. uwekkk. hehehe

Monday, April 19, 2010

bila abah bersuara..

first of all, mari la kita sama2 sedekah Al-fatihah untuk arwah Achik. semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman. aminnn.


kisah yang aku nak cerita ni jadi 2 hari lepas. ayah aku balik dari pusat bandar, pasir gudang. beliau ade terlibat dengan pameran pada hari tu. ikuti dialog dibawah:

abah: tadi ade eksiden.
aku: truk x?
abah: teruk. kaki orang tu patah. kepala dia tercabut. jauh tercampak

berderau darah aku dengar.

aku: eksiden ape dengan ape?teruknye.
abah: mat rempit. dia meniarap ats motor masa tu. berlanggar dengan lori rasanya.
aku: habis abah tengok la mayatnye??
abah: aah la. (muke serius)
aku: kat mane abah?mesti ramai orang tgk.
abah: kat pasir gudang la. memang ramai pun.
aku: specific location nye kt mne abah?
abah: kat dalam gambar. gambar tu kat booth polis trafik. specific x location tu?
aku: (hantuk2 pale kat dinding. tp slow je lah)

kecewa aku dengar 'specific location' yang abah aku cakap tu. huhu. jarang ayah aku nak melawak camtu. tapi pastu ayah aku cakap tu adik beradik aku sume tergelak batak. hahaha.



abah gua!

Saturday, April 17, 2010

tinggal kenangan

aku rasa entri kali ni blh bergelar entri bergambar. tak tau nk cakap ape. hehehe. actually aku da habis praktikal. semalam secara rasminya aku tamat praktikal. tapi report tak setel lagi. keje bertangguh standard la. trend pelajar sekarang. haa? bukan? oh ! sori. trend aku je. hehehe.

gambar2 kat bawah ni adalah segelintir dr beratus2 gambar yang telah dirakam kan. hehehe. sweet memoir weh. mereka ni memang best. kekadang wat aku tergelak. kekadang wat aku rasa cam nak tampo selaju-lajunya. tapi sume orang tau aku ni penyabar orang nya. wahahaha.



abang epul panggil kami budak2 gonjol. hehehe


sesi makan satey kat warong wak radol. free. para mister engineer belanje. wuhuuu~


trainee bersama abang napi di hari terakhir beliau berkhidmat di kilang tersebut. hehehe.


ni time da nak balik. agi satu bersempena dengan is beli hp baru. so ni dia lah yang amik gambo. hehehe


ni pun time nak balik. posing jap.


gambar mereka bersama entiti. seram kan? hehehe


trainee PJM jan-apr 2010. iskandar.aizat.afiq.yusuf.aku.fatin.nizam.fahmi


staff PE department yg best time tu. sume r best. awis, tan, tam, hafiz, koh, zamri, sidek, raziman, amir, saiful,teo, er, cik yah, kak izan, and wong. wong ok ke? hmmm blh la. hehehe

di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kalau selama aku praktikal kt situ aku ade terbuat salah, terngata m terngumpat. banyak aku ase. hehehe. lagi, aku mintak halal sume ilmu yang dah disampaikan. hmm tu je. eh ade lagi. kalau jumpe aku kat mane2 tegur la. jangan lupe aku. wuuu mesti rindu korang nanti. hm ade ke antara mereka2 ni tau blog aku? huhuhu biar lah..=)



Saturday, April 10, 2010

salah ku

aku tau ianya terlarang untuk ku
tapi itu yang aku mau
aku cuba untuk menjauhi
tapi aku tak mampu
semakin ku cuba semakin ia datang bersilih ganti
aku buntu

dulu dan sekarang memang berbeza
dulu kita bahagia
sekarang hanya kau yang bahagia
aku hanya memendam rasa
kerap kali aku beruasaha
untuk menjernihkan keadaan
tapi hampa
kecewa
dengan mudah kau punahkan

payahnya untuk mengecapi rasa itu
peritnya melalui ranjau ini
pedihnya melihat kau dan dia

indahnya saat itu
tapi cukuplah sampai disini
aku cuba mengajar diriku erti kebencian
maafkan aku kerana masih dengan kenangan dulu
maafkan aku kerana masih dengan rasa ini
maafkan aku kerana tak pernah mengajar hati ini dengan kenyataan hidup yang menyakitkan


sedihnye. tak tau nape. ase cam nak nangis je. sebab dengar lagu sedih je dr td. tak pe kan skali skala layan perasaan. bukan selalu. skali skala je. hmm rindu nyee.

Sunday, April 4, 2010

YOUTH SAYS !

assalamualaikum dan salam sejahtera. skema giler..hehehe

pernah tak anda semua dengar YOUTH SAYS? meh aku story sikit. YOUTH SAYS ni beri peluang untuk muda mudi zaman sekarang dapat reward sambil melayari internet. yang penting anda mestilah berumur 13-35 years old. ok sume cek ic tgk d.o.b masing2. Membership is FREE & currently open to youths from Malaysia, Vietnam, Indonesia, Philippines and Singapore

ape yang korang kena buat just advertise beberapa produk terpilih. setiap orang yg klik anda akan menerima RM 0.20. so kalau dari duk saje2 main internet bukak fesbuk, bkk blog, friendster dan sebagai nya ape salah nya klik mende ni skali. dengan setiap klik kan, anda dapat maklumat berkenaan mende ni dan anda juga telah menderma RM 0.20 pada orang tu.

kalau difikirkan RM 0.20 tu nmpak kecik kan. tapi kalau diganda2 kan. byk x dpt? kalau 10 org klik da dpt RM 2.00. Kalau hari2 10 orang klik? anda kira la sendiri.

aku tau mende ni dari blog NICHKHUN. aku da bg kat dia RM 0.20. anda bila lagi. hehehe. ni saya dah join gak. feel free la klik pictures kat bawah ni ye. kalau rasa tak nak klik arini, esok pun blh. tapi kalo klik hari2 ok gak. hehehe. picture kat sblh kanan pun boleh juge di klik. nanti anda join saya lak klik. hehhee.

untuk keterangan lebih lanjut klik SINI.



iTalk WHOA! lets you stay connected with your friends abroad with FREE internet calls. Menjimatkan !



DiGi The Next Level is a reality TV show competition. mereka yang otak bisnes blh sangat join mende ni. hadiah RM50,000 + a year’s business support from DiGi.



MAGGI® MEE MY WAY™ contest. memerlukan kekreatifan anda dalam menyediakan maggi mee. rakam dan upload vedio anda. simple kan? hadiah nye rm 30,000 beb.


Saturday, April 3, 2010

selamat ari TUA abah !

first of all Assalamualaikum. jawab jangan tak jawab. hehehe. thanks to mereka2 yang click my nuff. last week aku di rumah sewa dan laptop plak giliran ayah aku guna. so tak leh nak online langsung. huhu.

tanggal 31 march yang lalu, genap lah usia ayahanda tercinta yang ke-49. beliau sudah tua rupenya. hehehe. hadiah? aku bagi kasih sayang je. hehe. elaun da habis aritu so tgu elaun akan datang lak. hehehe. berikut adalah gambar2 beliau ayah ku yang sudah tua. hehehe.



abah,
terima kasih selama ni besarkan along dan adik2,
jasa abah pada kami memang tak akan terbalas,
abah tabah harungi segala dugaan,
kami kagum dengan ketabahan abah,
abah mendidik kami hingga menjadi seorang manusia,
maafkan kami atas kenakalan kami dari dulu hingga sekarang,
kami sayang abah sangat2,
selamat ari tua yang ke-49 abah..=)