Let Me Help YOU!!

Saturday, March 19, 2011

follow the flow~

hari ni rase cam banyak sangat idea muncul untuk memporak peranda kan blog aku neh. tapi bila da klik 'new post' dan mula menekan keyboard dengan speed yang tidak menentu semua idea aku hilang. hilang begitu saje. just like that. mungkin macam tu jugak perasaan seseorang tu terhadap seseorang yang lain.

Note: MUNGKIN!! hanya kemungkinan. tak confirm la maknenye.

mari kita teruskan. semalam. banyak peristiwa yang aku lalui dan yg aku dengari. antaranye bait2 kata dari ofismate aku yang bertemu jodohnye dilewat usia. not so lewat la umo dia dalam 29 cm tu la. pada usia nye bergelar dewasa dia berkenalan dengan seorang jejaka yang langsung tidak tahu menilai cinta si gadis ni. time tu si gadis not so shantek. dia agak berisi dan rendah. siyes! aku dah tengok gambar si gadis. sampai suatu masa si gadis ternampak jejaka pujaan nye bersama si gadis yang lain. mesra dan seperti sangat bahagia. si gadis yang teraniaya ini cuba untuk meminta penjelasan. namun jawapan yang diberikan si jejaka sangat2 la merobek naluri wanita yang sangat sensitif ini. kata nye:

"awak bukan taste saya. awak gemuk. awak pendek. saya terima awak sebab kesian"

cukup sampai disitu. CUKUP mengguris kalbu. si gadis menangis tidak terkira. menyesali dengan apa yang dia ade. kenapa dia sebegitu rupa. terus dan terus mempersoalkan semua itu. dosa dan pahala tidak lagi diambil kira. sampai lah suatu ketika. Hidayah Allah dtg menjelma. memberi kekuatan kepadanya untuk melalui hari2 yang mendatang.

usaha yang dilakukan berbaloi. sehingga dia mencapai BMI yang unggul. perghhhhh memang terbaik la. dia puas dengan ape yang ade. namun, umur semakin meningkat jodoh pulak masih belum berkunjng tiba. dia tabahkan hati. bila masuk umur 26-27 macam tu orang mula bertanya-tanya dan tak kurang juga ade yang mengata.

"eh dia tu tak kawen2 lagi. umur dah banyak dah. haih kesian tgk"

suara-suara sumbang yang menyalak. ni la manusia. mudah-mudahan kita bukan dari golongan ni. sampai la suatu ketika si gadis seakan-akan mahu berputus asa.

namun betol la kata orang manusia ni diciptakan berpasang-pasangan. ade seorang jejaka yang si gadis tak berapa nak kenal, yang berapa nak cinta. memang xcinta langsung la. lepas tu bermula la kisah pertunangan kisah beliau memprotes majlis pertunangan kerana tak wujud rase cinta terhadap si jejaka. namun si jejaka hanya bersabar dan bertabah hati melayang kerenah si gadis. sehingga lah di majlis perkahwinan nye. di saat si jejaka melafaz akad, si gadis rase tersentuh. dan yang paling obvious, saat si jejaka bangun selepas akad nikah dan menunaikan solat sunat. di waktu itu, rase sayang dan kasih yang tidak terperi muncul secara tiba-tiba. si gadis akhirnya akur dengan ape yang berlaku. dan dia sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang mencintai nye sepenuh hati.

jadi si gadis yang sudah pun selamat menjadi sang isteri menasihati gadis-gadis yang lain supaya 'just follow the flow, then u'll find what u want'

merujuk kepada ayat dibawah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
2: 216

TERBUKTI kan!!! jadi benar lah kadang-kadang yang kita benci tu la akhirnye menjadi kesukaan kita. sweet kan~

~sekian~

No comments: