Let Me Help YOU!!

Showing posts with label death. Show all posts
Showing posts with label death. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

peristiwa itu

pertama-tamanya aku nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

pernah tak korang berkesempatan untuk merasai keadaan bagai 'telur dihujung tanduk' means dah nak mati la. apa rasanya? takut tak? hmmm. mesti takutkan. itu kalau aku la. sebab? aku tak yakin amalan da cukup untuk menghadap Yang Maha Esa.

that day, aku dan rumet aku pergi berlibur kt satu tempat ni. aku memang jenis yang teruja kalau tempat mandi manda ni. memang sangat teruja. sejak dari kecik mak aku cakap aku ni jenis gitu. aku main2 air atas pelampung dengan salah sorang rumet aku. mungkin kerana keterujaan aku yang terlampau pelampung yang kitorang naik tu terbalik pada ketinggian 1.5m++. dekat-dekat 1.6m da ase nye. tak bape sure. and for your information my height is 1.59m and aku memang tak pandai berenang. kalau setakat nak terapung dlm air tu blh la. then aku terkapai-kapai dalam air ni nak cari pelampung tadi, tapi malangnya pelampung tu ade kat rumet aku dan dia jauh di bawa ombak jadi-jadian tu. dan aku terus terkapai-kapai plus panik yang amat. aku cuba untuk tidak panik tapi sebab aku tak blh nak bernafas dengan sempurna aku terus la terkapai tanpa mencuba cara lain utuk selamatkan diri. contohnya terapungkan diri ke, cuba berenang-renang ke tepian ke. and all i do is terkapai-kapai. and masa tu first thing yang aku da wat adalah mengucap. air yang aku telan tak usah cerita la banyaknya. nasib baik aku telan kalau aku sedut ikut hidung lagi la aku tak leh nak survive. sebab hidung aku amat la sensitif. dan sampai lah aku terfikir untuk give up je tapi semacam ada suara halus yang menyuruh aku untuk tidak berbuat begitu. 'pantang maut sebelum ajal'. dan usaha aku adalah terkapai-kapai jelah.

sehinggalah aku rasa ade orang tarik tangan dan badan aku sampai aku nampak dunia yang dinamakan daratan dan beliau mengarahkan untuk aku berpaut pada satu benda yang konsepnya ala pelampung. so aku berpautlah kat menda tu sambil menyedut oksigen sedalam-dalamnya. brother tu tanya aku sebaik sahaja aku berpaut pada mende tu 'adik ok dik?' aku tengok dia sambil sendawa 'burlppp' opss.. bukan sengaja beb aku telan air banyak tau. huhu. aku malu, brother tu gelakkan aku sambil cakap 'banyak ke telan air'. aku diam je tak de mood nak gelak. dia pun bawakla aku ke tempat yang tak bape nak dalam. dan aku yang masih fobia dengan kejadian sebentar tadi hanya berpaut pada menda tu tanpa cuba untuk menjejakkan kaki ke dasar. dan abang tu pun tanya 'da boleh jejak dik?' aku pun cakap 'jap bang saya tak stabil lagi ni' sambil rasa nak terjatuh lg. sampai la aku perasan cam da cetek sebab tengok orang sekeliling dan aku cuba jejakkan kaki sambil bersuara 'eh da boleh jejak' hehehe. malu lagi dengan brother tu. abang tu pun cakap suh be careful dan aku pula mengucapkan terima kasih tapi lupa mintak no fon. adeh. hehehe. tak de lah. tak kan lah aku nak wat gitu, ade je brother tu selam aku lagi sekali. hehehe.

dan sekarang Alhamdulillah aku masih bernafas. aku ade terfikir kalau la Allah nak amik nyawa aku masa tu, dah bersedia ke aku? mak ayah aku camne? kawan-kawan aku? hmm inilah manusia. terlalu sayangkan dunia. aku lah, orang lain aku tak tau. dan dari itu beramal lah seperti esok kita nak mati dan berilmu la seperti kita akan hidup selama-lamanya.

Sunday, February 8, 2009

.:2 minggu dah berlalu:.

Semalam genap 2 minggu Yasmin tinggalkan kami. Segalanya berlalu begitu pantas. Very unexpected ending. Semua orang tak menjangkakan semua ini. Termasuk aku. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkan itu semua. Sudah ketentuan Ilahi. Nak ke tak nak kita kena redha. Aku masih mahu terus bercerita tentang arwah. Kenapa? Sebab aku rindu dia sangat-sangat. Kalau rasa itu hadir, aku akan terus bercerita tentang dia. Walaupun berulang kali

Salahkah aku bercerita? Salahkah aku sekadar mengingati insan yang sudah pergi? Aku rasa tidak. Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sesungguhnya, pertemuan itu adalah ketentuan, perpisahan pula adalah mutlak dan mati itu adalah satu kepastian.

Wallahualam...

Monday, February 2, 2009

kau sahabat kau teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



saat ini tiada apa yang dapat ku lakukan selain mengalirkan air mata ini. aku harus kuat untuk kawan-kawanku. saban malam aku meratapi pemergian mu. abah cakap "along, kalau nangis tak apa, tapi jangan meraung. kesian arwah". dan aku masih terus menangis.

Ya ALLAH. bantulah hamba Mu yang lemah lagi hina ini. aku tiada daya menghadapi semua ini tanpa kekuatan dari-Mu Ya ALLAH. Kau ampunilah dosa-dosa sahabat ku Yasmin bte Che Razali. Kau tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn...