Let Me Help YOU!!

Wednesday, June 17, 2009

BIG BANGGGGG!!!!

Macam mana ye nak mula. Haaa. Okay.

Bismillahirahmanirahimm...

Al-kisah.. Suatu ketika dulu aku ni seorang perempuan atau wanita atau gadis atau girl yang biasa je atau dalam bahasa english we called it ordinary. Aku suka dengar lagu-lagu melayu yang slowrock tu kan. Hmmm okay. Okay. JIWANG sebenarnya. Wing, Blackrose, Desire, Dinamik, May, Teja dan banyak lagi lah. Lagu-lagu mereka ni suma tersemat mekar dalam minda aku. Tak percaya? Okay jom karok. Hehehe. Tapi tu dulu lah. Bila aku dah mula menjejak kaki ke alam persekolahan. Lebih kurang darjah lima, minda aku mula tercemar. Aku mula kenal Backstreet Boys, Nsync, Mariah Carey, Madonna, dan banyak lah. Kalau aku sebut semua yang aku tahu bila pula entri kali ni nak sampai the end. Hehehe. Itu cerita time sekolah. Bila masuk universitas pula, aku mula berkawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Sebab apa tak senonoh? Sebab kawan-kawan aku ini lah yang menambahkan lagi kecemaran dalam minda aku. Mereka pengaruh aku. Mereka hasut aku. Macam-macam lagi la sampai aku tak tahan dengan dugaan yang satu ini. Dan dari situlah aku mula mengenali cerita-cerita Korea. Pelakon-pelakonnya, penyanyinya dan semualah yang berkenaan. Terpengaruhnya aku dengan benda-benda ni sampai boleh buat aku addicted. Mula-mula aku tengok cerita-cerita ni untuk tima makan je. Tapi sekarang tak. Aku tengok dan terus tengok, lepas tu kalau dah habis episod dalam koleksi aku yang aku da tonton aku tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kekadang aku rasa macam tak tenteram je. Tangan aku pula mula terketar-ketar. Aku mula-mula tak perasan. Tapi perubahan ni buat aku tak selesa. Jiwa aku memberontak. Kalau dulu suplier benda haram ni dekat aku roomate aku. Tapi sekarang aku short sem kan. Dia pula tak ambil short sem so aku cari suplier lain la. Tak jauh classmate aku sendiri. Kekadang tu aku rasa macam nak menjerit je. Jeritnya macam ni :

"nani download la cepat sikit..aku tak tahan dah niiii!!!!"

Aku rasa jelah nak jerit macam tu tapi aku tak buat pun. Mahu kena debik dengan si Nani. So aku ambil keputusan berdiam diri jelah. Sabar separuh daripada Iman kan.

Jadi bermula dari satu aku mula mengenal Yoo jeasuk, Lee Hyori, Yejin, Sooro, Jong Shin, Lee Chun Hee, Kim Kok Jong, Kang Deasung dan semua la. Orang kata dalam hidup ni kena ada kemajuan kan. So, aku melangkah setapak kehadapan. Aku mula plak dengar lagu-lagu diorang. Such as Hyori's song, Big Bang and sume lah.

Ini ada sikit pic yang aku google. Sila scroll ke bawah dan tilik la muka diorang satu-satu. Mana lah tahu ade ke sedara mare korang.. Haaa.. Sila-sila jangan malu-malu..










So ada yang kenal tak jantan-jantan ni sume? Kalau yang tak kenal tu ni lah group yang agak popular kot kat Korea. Aku tak tahu la tahap mana populariti diorang. Yang aku tau popularla.

Nak dijadikan cerita. Aku dan kawan-kawan aku yang lain ni memang hafal la sikit-sikit lagu Korea ni. Tak paham pun bait-bait kata nya tu tapi asal bunyi nya macam sama je kira ok la kan.

Di suatu tengah hari. Lepas balik dari kelas yang dibatalkan aku dan beberapa classmate aku menuju ke kafe eksekutif. Lunch. Lepas lunch sure lah kenyang. Kata orang:

Gengdang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Itulah pantun yang paling sesuai untuk kami waktu itu. Lepas dah basuh tangan dan semua settle kami pun mula bergerak meninggalkan kafe tu. dalam masa yang sama ada lah hamba Allah sorang ni. Dia menyanyi. Lagu Lies. Penyanyi asalnya Big Bang. Disumbangkan semula oleh DIA. Dengan hati yang senangnya dia menyanyi. Mula-mula tu tak ada lah kuat sangat tapi sejurus selepas keluarnya kedua-dua kaki DIA dari kafe tu makin kuat dia nyanyi sambil cuba meniru gaya penyanyi asal dalam video klip mereka. Dan suddenly....

BANGGGGGGG!!!! diiringi dengan suara lemak merdu DIA "ADOOIIIIIIIIIIII" aku yang agak terkedepan sikit berpaling kebelakang. Bukan aku je tapi semua kawan-kawan aku yang depan aku dan sebaris dengan aku. Aku nampak DIA dah pegang tangan kiri dia. Kawan-kawan aku yang berjalan belakang DIA dah terkekek-kekek ketawa. Aku yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku time tu turut sama gelak. Lepas dah habis gelak baru lah aku tanya apa yang jadi. Then kawan aku explain si DIA ni syok sangat nyanyi plus joget sampai tak sedar tiang sebatang di sebelah kiri DIA.

Jadi moral of the story aku rasalah dia boleh lah jadi duta Big Bang kat Malaysia ni. tapi penampilan solo kategori wanita. Perrggghhhh!! Memang mantap lah. Tapiii.. Nama nya tu kan BIG BANGGG. Sila sebut ikut bahasa melayu. Sebab?! Sebab kita kan melayu. Hehehe...



Sunday, June 14, 2009

..aceh ceh ceh ceh..

Assalamualaikum...
hehehe... di sebabkan permintaan ramai terpaksalah aku udate blog...tak percaye ni permintaan ramai? sila rujuk di ruang chat yang sy sedia kan di sebelah kanan anda...hahahaha... maap ye puan hyori..

ok lets go back to the main point..

Masa majlis penutupan perkhemahan tahunan SUKSIS kt Segamat bulan lepas, Encik Fer selaku mantan pengurus kerja2 SUKSIS ada buat announcement tentang pelajar2 suksis yang terpilih untuk ke Aceh. Dipendekkan cerita I'm the one of the students. Alhamdulillah.

So macam2 la preparation yang aku kena wat. Antaranya wat passport berkumpulan. And other thing yang aku nak bagitau is...gambar passport aku yang tersenyum ceria sampai nampak gigi tu tak kena reject pun.(MEREKA sila alert ye..fakta korang salah sama sekali..hehehe). Aku beli sikit2 keperluan nak ke Aceh tu. Dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada kereta Aisyah kerana ia banyak berjasa kepada sy. Ermm tuan kereta sekali la ye. hehehe. Kawan yang lain pun sama gak r.. Nani, Iffah, Nik, Eilah, Jaja, Fatin, Jue and sume2 la yang aku tak sebut lg. And lagi banyak terima kasih kat family aku. Ibu and abah selaku pemberi duit yng tegar kepada aku. (Adik2 penggunaan ayat ni salah ye..hehehe). My sis, anin sebab belanja aku suar jeans sempena ade sale kt UO angsana. Blouse pun dia belanja gak tapi sebab tertgal kt umah kn so dia pakai n declare sebagai harta dia. Aku trima kasih gak la sebab aku yang g fitting baju tu. (fitting adalah salah 1 perkara yang paling aku benci..hmmm) Anin sila alert!! hehehe..

so kamu2 sume saye kurang idea nak taip ape.. jadi sy jamu mata2 kamu dengan pic jelah ye...


still kt UMP b4 bertolak ke lcct..11 pm


time benti solat subuh kt msjid KLIA..bgun2 tdo trus posing.. =p


g brekfast kt down town LCCT..jimat sikit..hehehe


da smpai LCCT..posing lg..


sedang membuang masa dgn berposing sbb flight delay..wuu~


my 1st flight ticket..hmm..ok..aku jakun..so what?! hehehe...


Alhamdulillah dah sampai..


bersama penari2 UNSYIAH yang menyambut kedatangan kami dengan tarian yang MENAKJUBKAN..ternganga aku..siyes..mereka mmg hebat..


next destination..restoran..makang~


special menu..ayam tangkap..thumbs up!! yummy!


pastu g melawat library UNSYIAH..


ni lepas berdiskusi bersama Majlis Tertinggi Fakultas Ekonomi..


UMP & UNSYIAH


posing lagi..yeahh!!


nama restoran..sebut btol2 ye..


ni acara malam..dinner nasi padang.. makang lg..wuuu~


lepas makan posing lg...


ngopi tymee~


ngopi bareung..sanger dingin best~

okay...habis la sesi kami di Aceh pd hari pertama...next day pnya pic len kali aku upload..

tips sehat!!
untuk naik kapal terbang 1 menda penting yang anda perlu ada. AIR LIUR a.k.a saliva..hmmm..

penaja utama entry kali ini: Aisyah's camera. tq beb!