Let Me Help YOU!!

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Wedding sane sini~

Assalamualaikum...

=]

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk hidup, merasa kasih syg ibu & abah, adik2 hok serupe @#$&^$# dan kawan2... hehehe

Lame tak update blog gara2 kerja duniawi yang agak melambak~ apelah daya, sy seorang kuli yang menerima arahan pihak atasan. heehehehe~

selain dr itu ia juga kerana pesta perkahwinan yg berderet2...Alhamdulillah semoga mereka yang sudah berkahwin kekal bahagia hingga ke Jannah, mendapat anak2 yg soleh & solehah, keluarga bahagia, selamat dunia & Akhirat. tak lupe juga pada yg belom kawen (aku), semoga dipermudahakan urusan jodoh (aku), mendapat jodoh/Imam yg bersama susah sennag dunia & akhirat (aku), sedap mata memandang (aku), mampu membawa dirinye dan zuriatnye ke jalan yg diredhai Allah (aku)~.

Amboi, doa utk yg single lg panjang. hahahahaha~

sikit gambr utk tontonan umum.. =]

 
mula2 ke wedding Bariah~ beliau technician tempat keje lame. dia wanita kental dan bukan dr golongan wanita gedik. jadi bila tgk beliau dgn baju pengantin mmg wow~ hehehe cantikkkk~
Tahniah Bar... =]

Aku tgk lain, bariah n miera tgk camera ni...hehehe

next wedding is kat skudai gak, one of my bestie kt tmpt keje lame. Weeda. 1st love beliau n Alhamdulillah dipermudahkan Allah. 
Tahniah Weeda. =]

 Last but not least. kawan sekolah lame. aku pgil dia rozi. dia wanita tabah. aku suke kawan dgn dia. dia seorang yg positif. yang sentiasa move on walau ape pun yang berlaku. sentiasa okay. dan Alhamdulillah tida waktu hari bahagia dengan pasangannye Fahmi... waktu ni sampai lambat, jadi dia dah tukar baju..hehehe


 Sekian~



Friday, September 11, 2009

bercerita tentang semalam~

semalam aku kesibukan yang teramat. dah lah tak cikup tidur. waduh aku kalo da mengantuk cmni memang dah tak peduli orang lain dah. aku belasah jelah tidur. cam dalam lab tadi. hehehe. nasib baik tak ada orang lain. fatin jelah pun yang ada.

nape saya sibuk? sebab semalam lah baru aku nak terhegeh-hegeh print resume, surat-menyurat yang berkenaan, course checklist untuk aku gi LI. haih. masih tak berubah. dari dulu sampai sekarang asyik wat keje last minute je.

jadi semalam memang agak disaster la dalam sejarah hidup aku. dah lah sekarang ni pergi balik nk g kelas sejam perjalanan. sejam beb. korang pernah ke dengar hostel dengan fakulti jarak nya memakan masa sejam perjalanan. tak da tau. u aku je yang spesel wat cmni. sape yang paling best bila menda ni dipraktikkan. student r sape lagi. sengal. hah pagi-pagi aku da rasa nak terajang orang.

tapi Alhamdulillah semua nya da aku siap kan walaupun di hujung-hujung waktu dengan bantuan rumet aku miss yee dan 'saya'. hehehe. tapi sebenarnya semalam tak ada lah disaster sangat sebab nya aku buka pose dengan klasmet aku reramai di bilik salah seorang antara kami yang memakan belanja rm 7.60 sekepala. makan besar tu. ingat kan boleh jimat, rupenya.. hehehe. tapi tak pe kot sekali sekala. duit boleh dicari tapi memory bersama tu susah nak dapat. dah lah sem ni masing-masing busy. yelah PSM lagi (Projek Sarjana Muda). macam-macam lah. sedar tak sedar lepas raya nanti ada lagi sebulan je kami nak bergurau senda n bergaduh bagai. huhu.

semalam gak aku bersahur secara formal la kata orang dengan rumet aku. kitorang jarang makan kat cafe. paling-paling pun beli n bungkus makan kt bilik. tapi sebab arini last kan. so semua orang, tak ramai pun 4 orang je. hahaha. sambung valik, so semua orang bercadang nak makan kat bawah. i mean cafe la.

lepas2 makan duk borak2 jap. seronok la. huhu. dah nak masuk 4 tahun kami saling mengenal. macam2 la yang kitorang tempuh. asam garam kehidupan kata orang. arini aku nangis diorang la yang tolong pujuk. esok lak diorang nangis aku lak tolong pujuk. then bila gelak ketawa terbahak-bahak sama-sama. sweet kan.

tu je lah aku nak citer. bosan? haha sape suh baca. huhuhu.

well, aku nak balik kampung sebenarnya arini. disebabkan internet kampung aku sangat la maju sepantas kilat beb. sampai tak sempat aku nak wat pape sebab loading sume cepat gila. hehee. ok. aku tipu. xde internet sebenarnya. nak g cc pun aku malas. nak berodben pun mak aku tak galak kan. yelah mungkin mak aku takut dia kena bayar tiap2 bulan. hehhee. so dikesempatan ini aku nak memohon maaf la kalau ade tersilap kata, terkasar bahasa, terkurang ajar dan suma la. aku dengan rendah diri nya mengaku sume tu kesilapan aku. jadi maafkan lah aku ye. aku pun maaf kan korang gak. hehehe.

so SELAMAT HARI RAYA.. sori xde kat raye macam puan lumut wat kat blog dia. hehehe.


surat yang dah siap. tinggal nak pos kt industri. mintak2 la dapat. amin~


bersepah? ye aku tau tu. hehee.


last2 minute ni lah cari pen tak jumpa. ngada2 kan pen aku. hehehe

Saturday, September 5, 2009

maaf

aku rasa semakin hari aku semakin annoying. aku tak tau kenapa aku rasa macam tu. aku rasa aku semakin pentingkan diri sendiri. aku semakin ke arah negatif saat menilai sesuatu perkara. and lastly aku nangis.

aku tak suka orang yang hipokrit, but then aku sendiri hipokrit dalam sesetengah keadaan. apa lah nak jadi dengan aku ni. kawan-kawan aku pun rasa aku macam ni kot. agaknya la.

orang selalu cakap 'just be yourself'. tapi kalau diri sendiri 'suck' tak kan still tak berubahkan. kalau nak berubah, nak berubah macam mana?

aku anak sulung. aku ada 4 orang adik. orang selalu cakap anak sulung ni selalu jadi role model kat adik-adik yang lain. tapi boleh ke aku ni jadi role model kat adik-adik aku? dah lah annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. memang tak layak langsung kan.

mak aku pernah cerita kat aku pasal adik aku yang bongsu. dia cakap dia nak jadi macam aku. mak aku tanya nape nak jadi macam along? dia cakap sebab along baik, along pandai sebab belajar sampai masuk u. aku memang dah bergenang dah time tu. aku tak tau nape, tapi kalo bab-bab family ni aku memang macam ni. kekadang kalo tengok adik-adik aku kena marah dengan ayah aku pun aku boleh menangis. siyes. hm sian adik aku. mungkin dia tak tau kakak dia ni sebenarnya annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. sebab tu dia nak jadi macam aku. jangan jadi macam along, dik. along ni sebenarnya bukan lah baik sangat. along selalu susahkan orang lain. along pun bukan lah pandai sangat. setakat masuk u je. ramai lagi yang buat lagi baik dari along. adik kena jadi lagi baik dari along tau. huh ko kecik lagi dik. ko tak tau lagi dunia ni macam mana. nanti ko da besar ko tau la.

haish. orang kata kalau kita nangis time bulan pose ni batal pose. tapi aku nangis sikit je. tak pe kan.

aku macam hilang arah sekarang. aku risau ape nak jadi dengan aku 2-3 tahun akan datang. boleh ke aku survive dengan sikap aku yang macam ni. 1 lagi perangai yang paling aku menyampah bila aku rasa nak marah and aku tak boleh nak cover langsung rasa tu. biasanya kawan-kawan aku akan perasaan bila tengok perubahan muka aku. bukan muka aku berubah jadi beruang kutub or singa laut tapi jadi bengis. dan aku akan diam. diam sampai marah aku hilang. then marah dah hilang aku jadi malu dengan kawan-kawan termasuk lah dengan diri sendiri. kalau aku tak diam, marah aku akan tempias kat orang yang ada kat sekeliling aku. teruk kan?

kadang-kadang tu aku rasa aku selalu je menyusahkan orang lain. orang lain tu of coz la kawan-kawan aku. aku tak tau la nape aku jadi macam ni.

kawan-kawan..
tak kisah la kawan rapat ke tak, aku nak mintak maaf kalau-kalau selama ni aku ada sakitkan hati korang, aku ada buat korang terasa hati, aku ada buat menda-menda yang korang rasa menyampah, aku selalu mintak tolong time korang busy, selalu menyusahkan korang. aku memang teruk. aku memang jahat. aku memang annoying. tapi percayalah aku sayang kat korang sume. cuma aku masih dalam proses nak memperbaiki diri. dan aku sendiri aku nak repair diri aku ni macam mana.

kawan-kawan..
korang tau tak nape aku jadi macam ni. sebab nya aku ni dari kecik lagi hidup dengan bantuan orang lain. aku ni jenis yang bergantung. sangat-sangat tak boleh nak hidup sorang. aku dapat bayangkan kalau la aku ni hidup dalam orang yang ramai tapi tak ada seorang pun yang nak kawan dengan aku. boleh jadi gila agaknya. tak pun aku boleh kot sampai tahap bercakap dengan objek-objek yang tak bernyawa. ish Nauzubillah. aku tak nak jadi macam tu.

lastly aku nak mintak maaf kat sume orang. tak kira la yang aku kenal ke tak. mana la tau perangai aku ni samapi boleh buat orang yang tak kenal aku pun rasa menyampah dengan aku. maaf ye sume.

cuma ada sorang je aku tak tau dia maafkan aku ke tak. kawan aku. dia da tak da. Allah sayang dia. Allah da amik dia dari kitorang, dari family dia. masa dia da sampai. itu janji Allah. aku tau tu. aku tak sempat nak jumpa dia wat kali terakhir. aku tak sempat nak menatap muka dia wat kali terakhir. aku tak sempat. saat-saat last aku dengan dia sebelum cuti raya cina bulan 1 dulu. hari jumaat. kitorang sama-sama gi jumpa sv. hmm rindu kt dia. sangat2. aku harap2 sebelum dia pergi dulu, dia sempat maafkan salah silap aku kat dia. Al-Fatihah~

maaf..

Monday, July 13, 2009

.:untitle #05:.

Hari ni hari Isnin. 20 Rejab. Hari ni jua aku ada 1 kelas je. Kelas multimedia. Kelas kat Auditorium library. Duduk atas kerusi empuk. Aircond yang menyamankan. Suara lecturer plak makin lama makin sayup-sayup kedengaran. Aiseh terlelap plak aku ni. Bangun cepat-cepat takut Echa perasan. Malu den. Hehehe.

Sebenarnya tak ada apa sangat yang aku nak cerita. Tapi aku ada something nk bg kamu, kamu dan kamu tengok. Hehehe. Jangan gelak tau.





Sebenarnya lama dah aku post entri ni. Tapi atas sebab hal-hal yang tak dapat nak dielakkan, baru hari ni la aku post. Ada apa dengan pic kat atas?

Haaa...

Ada seorang aku dan 2 orang Iffah. Hehehe.

Iffah gurau je.

p/s
slamat berpose kepada mereka yang sedang perpose sama ada pose ganti ataupun pose sunat. Hehehe.

Wednesday, June 17, 2009

BIG BANGGGGG!!!!

Macam mana ye nak mula. Haaa. Okay.

Bismillahirahmanirahimm...

Al-kisah.. Suatu ketika dulu aku ni seorang perempuan atau wanita atau gadis atau girl yang biasa je atau dalam bahasa english we called it ordinary. Aku suka dengar lagu-lagu melayu yang slowrock tu kan. Hmmm okay. Okay. JIWANG sebenarnya. Wing, Blackrose, Desire, Dinamik, May, Teja dan banyak lagi lah. Lagu-lagu mereka ni suma tersemat mekar dalam minda aku. Tak percaya? Okay jom karok. Hehehe. Tapi tu dulu lah. Bila aku dah mula menjejak kaki ke alam persekolahan. Lebih kurang darjah lima, minda aku mula tercemar. Aku mula kenal Backstreet Boys, Nsync, Mariah Carey, Madonna, dan banyak lah. Kalau aku sebut semua yang aku tahu bila pula entri kali ni nak sampai the end. Hehehe. Itu cerita time sekolah. Bila masuk universitas pula, aku mula berkawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Sebab apa tak senonoh? Sebab kawan-kawan aku ini lah yang menambahkan lagi kecemaran dalam minda aku. Mereka pengaruh aku. Mereka hasut aku. Macam-macam lagi la sampai aku tak tahan dengan dugaan yang satu ini. Dan dari situlah aku mula mengenali cerita-cerita Korea. Pelakon-pelakonnya, penyanyinya dan semualah yang berkenaan. Terpengaruhnya aku dengan benda-benda ni sampai boleh buat aku addicted. Mula-mula aku tengok cerita-cerita ni untuk tima makan je. Tapi sekarang tak. Aku tengok dan terus tengok, lepas tu kalau dah habis episod dalam koleksi aku yang aku da tonton aku tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kekadang aku rasa macam tak tenteram je. Tangan aku pula mula terketar-ketar. Aku mula-mula tak perasan. Tapi perubahan ni buat aku tak selesa. Jiwa aku memberontak. Kalau dulu suplier benda haram ni dekat aku roomate aku. Tapi sekarang aku short sem kan. Dia pula tak ambil short sem so aku cari suplier lain la. Tak jauh classmate aku sendiri. Kekadang tu aku rasa macam nak menjerit je. Jeritnya macam ni :

"nani download la cepat sikit..aku tak tahan dah niiii!!!!"

Aku rasa jelah nak jerit macam tu tapi aku tak buat pun. Mahu kena debik dengan si Nani. So aku ambil keputusan berdiam diri jelah. Sabar separuh daripada Iman kan.

Jadi bermula dari satu aku mula mengenal Yoo jeasuk, Lee Hyori, Yejin, Sooro, Jong Shin, Lee Chun Hee, Kim Kok Jong, Kang Deasung dan semua la. Orang kata dalam hidup ni kena ada kemajuan kan. So, aku melangkah setapak kehadapan. Aku mula plak dengar lagu-lagu diorang. Such as Hyori's song, Big Bang and sume lah.

Ini ada sikit pic yang aku google. Sila scroll ke bawah dan tilik la muka diorang satu-satu. Mana lah tahu ade ke sedara mare korang.. Haaa.. Sila-sila jangan malu-malu..










So ada yang kenal tak jantan-jantan ni sume? Kalau yang tak kenal tu ni lah group yang agak popular kot kat Korea. Aku tak tahu la tahap mana populariti diorang. Yang aku tau popularla.

Nak dijadikan cerita. Aku dan kawan-kawan aku yang lain ni memang hafal la sikit-sikit lagu Korea ni. Tak paham pun bait-bait kata nya tu tapi asal bunyi nya macam sama je kira ok la kan.

Di suatu tengah hari. Lepas balik dari kelas yang dibatalkan aku dan beberapa classmate aku menuju ke kafe eksekutif. Lunch. Lepas lunch sure lah kenyang. Kata orang:

Gengdang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Itulah pantun yang paling sesuai untuk kami waktu itu. Lepas dah basuh tangan dan semua settle kami pun mula bergerak meninggalkan kafe tu. dalam masa yang sama ada lah hamba Allah sorang ni. Dia menyanyi. Lagu Lies. Penyanyi asalnya Big Bang. Disumbangkan semula oleh DIA. Dengan hati yang senangnya dia menyanyi. Mula-mula tu tak ada lah kuat sangat tapi sejurus selepas keluarnya kedua-dua kaki DIA dari kafe tu makin kuat dia nyanyi sambil cuba meniru gaya penyanyi asal dalam video klip mereka. Dan suddenly....

BANGGGGGGG!!!! diiringi dengan suara lemak merdu DIA "ADOOIIIIIIIIIIII" aku yang agak terkedepan sikit berpaling kebelakang. Bukan aku je tapi semua kawan-kawan aku yang depan aku dan sebaris dengan aku. Aku nampak DIA dah pegang tangan kiri dia. Kawan-kawan aku yang berjalan belakang DIA dah terkekek-kekek ketawa. Aku yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku time tu turut sama gelak. Lepas dah habis gelak baru lah aku tanya apa yang jadi. Then kawan aku explain si DIA ni syok sangat nyanyi plus joget sampai tak sedar tiang sebatang di sebelah kiri DIA.

Jadi moral of the story aku rasalah dia boleh lah jadi duta Big Bang kat Malaysia ni. tapi penampilan solo kategori wanita. Perrggghhhh!! Memang mantap lah. Tapiii.. Nama nya tu kan BIG BANGGG. Sila sebut ikut bahasa melayu. Sebab?! Sebab kita kan melayu. Hehehe...



Sunday, May 17, 2009

.:the day you went away:.

The Day You Went Away
by M2M


VERSE 1
Well I wonder could it be
When I was dreaming 'bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time



PRE CHORUS 1
Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do you know I really really do



CHORUS
Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away



VERSE 2
I remember date and time
September twenty second
Sunday twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces



PRE-CHORUS 2
And we were letting go of something special
Something we'll never have again
I know, I guess I really really know



CHORUS
The day you went away
The day you went away



PRE-CHORUS 1
CHORUS



BRIDGE
Why do we never know what we've got 'til it's gone
How could I carry on
The day you went away
Cause I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away


The day you went away
The day you went away


p/s sy tuju kn lagu ni untuk someone yang skrg neh ase serba slh...hehehe and utk sume manusia yang suke lagu neh..dan tak lup juga untuk diri sendiri...hahaha

Friday, April 17, 2009

.:they make me smile:.

hmm korang penah tak mengalami situasi ini, dimana korang sedang mendengar lagu. dan dalam masa yang sama korang juga mengikuti bait-bait lagu tersebut. kira macam korang ni tengah duet la dengan penyanyi asal lagu tu. nyanyi punyalah nyanyi tiba kat satu part dimana korang rase konfiden yang menebal. korang pun kuatkan nada korang then nyanyi. tiba-tiba...

salah

dan mase tu korang duk dalam kete or dalam bilik bersama-sama kawan-kawan korang yang lain. ramai lak tu. lbh pada sorang kira ramai la kan. kawan-kawan lak jenis kalo bahan member tak ingat dunia. hahaha.. opss tergelak..

symptom yang aku sebut di atas banyak menular pada kawan-kawan aku. dan secara aku di kelilingi oleh orang-orang yang mengalami masalah ini. dan aku juga terdedah dengan penyakit yg merbahaya ini. kenapa bahaya? hmmm.. bahaya la beb bila kamu bisa memalukan diri sendiri. kalo depan member-member tak pe lagi. kalo depan mamat ensem ke, bakal kuarga mentua ke.. parah2..

tapikan member-member aku yang best lg cool neh steady je bila salah lirik neh. da r stock2 nyanyi kuat2 pastu bila salah wat muka toya.

so far la kan byk la symptom2 lain contohnya salah msuk line ke, tune lari berciciran sume ade r.. hahaha.. opss gelak lg..

contoh situasi:

seorang sahabat aku ni. dia memang kacip r dgn penyakit ni. nama dia ipah (bukan nama sebenar). dia banyak gak tau lagu2 ni. kira sume lagu r dia tau. tau hentam. hahaha. adeh gelak lagi. sori2. tapi dia steady je. bak kata orang usaha tangga kejayaan. ade 1 lagu neh kalo aku dengar sure ingt dia. mula2 dia try nyanyi lagu ni memang berterabur ar. tune dia lak bagai berlari-lari bapak di tepian pantai. tapi dia rilex. kitorang duk gelak2 dia still gak nyanyi. sampai la dia pro giler lgu tu. nak tau lgu ape.. KETAHUAN-matta band.

ade lagi citer neh. yang ni kawan kacip aku gak. memang rapat r. hehehe nama dia echa (bukan nama sebenar gak). dia ni jenis diam je time mula2 knal dulu. tapi smakin maju dia akhir2 ini. biasala kan. people change according their environment. ade skali tu aku duk wat keje dengan dia. aku bkk lgu kat laptop ku yg usang neh. dengan mode shuffle, so pelbagai lagu la yang menjadi santapan hawa telinga kami. tiba la kat satu lagu ni. tgah sedap2 layan tetiba si echa ni dengan lantangnya menyuarakan isi hati nya "APUROOO DOROOOOO" haaa xke lantang tu. aku yang terkesima seketika kembali gelak tahap2 xleh nak benti. nak tau lagu ape? purest of pain-son by 4.

ok next citer pasal nina(bukan nama sebenar lagi) lak. aritu kitorang kuar. guna kete mak member aku. dia blik umah mase tu. jiwa aku time tu memg meronta-ronta r nak kuar. serabut giler.. pastu da lpas makan, jalan2, tgk2 slipar, tah ape lg tah ktorang wat, aku pun bagi cadangan nak g karok yeyeahhh!!! so gerak la kami bertiga ke karoke jamban. aku bayar rm 5. maknenya blh nyanyi 5 lagu. msuk jamban. i mean bilik karoke tu r. amik sit. pastu pilih lagu. melalak la kami time tu. aku lak time tu mood suram lg gloomy. pilih r lgu2 sadis yg bisa menusuk kalbu smpai blh tembos tulang belakang. tengah layan2 lagu ni smbil kenangkan kisah2 lama. kira feel hbs la tetiba si nina ni slah msuk lak. hahahahaha aku yg time tu berair mata, skit je, trus gelak.. hehehe neway thanks nina coz make me laugh time2 aku bersedih tempoh ari. yg ni lagu nya dirahsiakan. =)

see, they make me laugh. mungkin satu ari nnti kalo aku ingt symptom2 ni sure aku gelak sambil kenangkn member2 aku yg kt ats ni. ade ramai lgi yang ade symptom ni. aku pun kekadang terjangkit gak. hehehe. cter kt ats ni terjadi dlm msa yg terdekat, tu yang aku leh story blik. hehehe. kami ade lg 1 sem lbh skit nk bersama2. untuk bahan member2, gelak sesama n sume la. wpun da kurang sorang, we still closed. life must go on. dia? tetap ade kt hati kami. sbb? sbb setiap kali kalo kami jalan2 ke mesti teringat dia. n sesape mesti meluahkan rasa itu. walaupun ade yang muka toya je bila ade yg ckp cmtu, tp aku tau jauh di sudut ati dia pun merasai perkara yang sama. thanks everyone. u all light up my life. betul r kata orang, kita xde pakwe or makwe tp jgn xde kawan. sunyi beb. tgk cm aku, pakwe xde tp kawan yang menyokong ramai, so hepi je ase, ceria n berbunga-bunga je hari2 ku.

so dikesempatan ini aku nak wish gud luck la kat karakter2 di atas yang bukan nama sebenar tu. dan xlupa juga suma pesakit kepada penyakit di ats. gud luck ye for final nant. aja2 fighting. =)

Friday, April 3, 2009

.:Selamat Pengantin Baru Puan Jihan:.

NURJIHAN BINTI MOHAMAD DANIEL
&
MUHAMMAD DANIEL YEWSOF

SABTU 21 MARCH 2009
24 RABIULAWAL 1430H

Selamat pengantin baru untuk Puan Jihan dan suaminya Encik Daniel. Seorang lagi sahabat saya yang dah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada 21 March 2009. Semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat. =)
Antara detik-detik bersejarah mereka di rumah pengantin perempuan. Puan Jihan kelihatan sungguh berseri-seri. I'm happy for you my dear friend ang so sorry bcoz can't be there at your big day. Wuuu~

~Nurjihan Binti Mohamad Daniel~


Ni pic time sweet 18. Hehehe. Muda remaja lagi time ni. Bak kata Sensi yang berada nun jauh di Seberang "1 down, 6 more to go"
Who's next?
Don't have the answer.

hehehe.. =)

Tuesday, February 24, 2009

.:Ami dah kahwin..aku bila lagi??!! hehehe:.

Seorang lagi sahabatku sudah mendirikan rumah dan tangga nya. Rumah tu aku ase ade tapi yang tangga tu aku xbpe sure. Hahaha. Papelah.

Tanggal 15 Februari 2009 tamatlah status dara bg Puan Hamilah binti Palal kerana dia sudah pun bergelar isteri kepada suaminya Encik Ijul(bukn nama sebenar sbb aku xtau nama penuh dia apa..hehehe)

Sedang Ami sibuk membuat persiapan hari pentingnya itu, aku terlantar dirumah sedang menderita akibat demam campak. Hehehe. Tapi ok je sebenarnya. Takdelah derita sangat. Hahaha. So mase preparation tu aku tak delah kt umah dia sebagai penyibuk sebab aku kena kuarentin (bukan typing error tp mmg xreti nk eja mende tu).

Masa aku gi umah dia tuh majlis dah nak habis. Ok la tu kan, maknanya risiko org sekeliling nk berjangkit dengan aku kurang. Hehehe. Sampai2 je Ami suh makan. Memandangkan aku sedang berpantang, aku tgk jelah tapi lpastu aku ngap gak. Yelah tkot tuan umah kecik ati. Hehehe. Alasan!!! Pastu kami berbual mesra sambil mengusik pengantin sampai merah2 muka bak kata org putih 'blushing' hahaha. Ok r tu kan. Nasib baik xberdarah idong je.. Hahaha. Laki dia pun blushing. Hahaha. Aku usik Ami bukan laki dia. Tak paham nape.

So bawah ni ada skit pic mse hari kejadian. Silalah jamu mata anda...

tersenyum manis sahabatku semasa di masjid. Gumbira la tuh!! hehe..


timah, ami and aju. nape idung ami merah? nangis la tuh. air mata kegumbiraan. hehehe..

pengantin bersama keluarga pihak perempuan..

ami n akk dia yg sulong. antara akk nya yg dilangkah bendul olehnya. Hehehe..

special picture.. aku dan ami. aku yg masih bercampakan dan ami yang gumbira setelah bergelar isteri.. hehehe.. mintak2 la dia xkena campak..hahaha..

ank2 dara dan isteri orang.. hahaha


Dikesempatan ini sy mengucapkan selamat pengantin baru kepada Puan Hamilah a.k.a Ami dan pasangannya Encik Ijul(bukn nama sebenar). Semoga puan dan suami bahagia hendaknya sehingga ke akhir hayat. Aminnn

Ibu nak kawinn gakkkk!!!!

Eh2..yang ni off record ye..(nada cm Fasha Sendat)

hahahaha!!!

Friday, January 2, 2009

..tag #01..

yeeehhhaaaa!!!! Puan Fadhilah sudah meng'tag' kan diriku, terpaksa la meng'post'kan entry aku yang ke-20 hari ini. Mari kita teruskan...

5 Fakta tentang diri

-seorang wanita tulen bukan gedik
-seorang yang pemarah
-seorang yang pemaaf (easily to forgive but hardly to forget..yeah!!!)
-seorang yang kelakar..kott..
-berbakat untuk meniru gaya orang bercakap. agaknya laaaa..

5 perkara menakutkan dalam dunia

-mati tanpa sempat bertaubat.. nauzubillah...
-lalai sepanjang hayat
-kehilangan orang yang tersayang
-lintas jalanraya.. trauma!!
-sssssssnake.. ular.. gerunnn!!!


5 lagu buat masa sekarang

-cuba- faizal tahir
-i will survive -gloria gayner
-i don't love you -my chemical romance
-tapi bukan aku -kerispatih
-banyaknye D dalam slip result aku -myself..:)


5 perkara yang selalu disebut

-elaun suksis aku.. huwaaaaaaaaa
-ptptn.. lembap nak mam***
-PSM.. arghhh its killng me
-result sem lepas.. macam result budak tadika amik periksa degree
-diaaa.. (sebut dalam hati.. kalau kuat2 nanti diorang marah saya)


5 perkara yang amat bernilai

-my family of coz..
-Islam
-my dignity.. hmmm
-laptop buruk ku
-handphone buruk ku (nanti senang nak amik pic orang tidur dalam kelas..hehe)


5 perkara pertama kali dalam hidup ku

-surprise bithday party oleh calssmate- 1 nov 2007
-sepanjang ada blog ni, 1st time kena tag
-tahun 2000, 1st time aku tampar lelaki. tak sengaja. ok aku sengaja. kerana mulut pipi binasa
-dapat anugerah yang tak disangka2 -22 nov 2008
-pertama kali melihat ciptaan Allah -1 nov 1987 .. tapi tak ingat ape yang mula2 aku tgk.. doktor kot..


5 orang yang nak di tag

-yen (rumate echa)
-farra (x-classmate aku time form 4 n 5)
-nik (rumate ku)
-syadi (budak suksis)
-no one... hehehe xtau nak tag sape lagi..

so sape2 yang kena tag tu, reti2 la ye... hehehe

Thursday, January 1, 2009

hepi beday SITI NANI BT ALIMUDDIN

well, Sebenarnya birthday aweks ni 30 dec, tapi baru hari ini aku ada kesempatan nak menulis blog. maap ye nani. anyway semoga kau berjaya dalam apa jua yang kau impikan, baik di dunia mahupun di Akhirat kelak. insyAllah. and again, thanks for being my friend for this 3 years to listen all my stupid problem. hehehe. you are a good listener girl. hehehe. for the future, i wish all of us, you and me, echa, iffah, fatin, amy will be friends forever. insyAllah... I love you nani...

p/s love as a friend ok. we are not a sweet couple of lesbo.. euwwwww..:)




ini lah dia wajah nani ketika masih berumur 20 tahun hehehe....

Monday, November 10, 2008

..kant0i --> tak kant0i..

peristiwa-peristiwa...

9 November 2008

Dalam pukul 10.30 p.m selepas aku bersiram dan Iffah siap bersantap Maggi Kari Letup (mungkin), kami bergegas ke bilik Eilah. Untuk memulakan persiapan majlis seorang sahabatku. Menu hari ini adalah cucur udang Adabi (belum bayar lagi kat Eilah) dan air Milo. hehe..

Sedang aku leka membancuh adunan cucur udang Adabi, Fatin, Nani dan Amy tiba di muka pintu bilik Eilah sambil tersengih-sengih menunjukkan gigi mereka yang tak berapa nak putih. Setelah selesai mengadun cucur (tambah air je sebenarnya..hehehe), aku memulakan tugas seterusnya iaitu merendam cucur udang tersebut ke dalam minyak yang panas sehingga garing atau dengan kata nama lain menggoreng. Tapi Fatin membantah cara kerja ku yang ku rasakan begitu cermat dan sangat berhati-hati. Dia tidak berpuas hati dengan saiz cucur yang ku goreng. Besar. Katanya la. Tanpa melengahkan masa, aku terus menyerahkan sudu dan bekas adunan cucur tadi kepada Fatin. (Haaa amik kau nak complain sangat kan, Buat sampai habis hehehe). Ye aku tau tindakan aku itu sangat kejam. Fatin meneruskan kerja-kerja menggoreng dengan perasaan bahagia kerana saiz cucur yang menepati saiz idamannya tadi. Aku menjengah untuk melihat hasilnya. (Hmmm sama je, biarkanlah dia hahaha).

Sambil menunggu akak Fatin menggoreng, kami (aku, Eilah, Iffah, Nani, Amy dan roomate2 Eilah) berbual-bual kosong bercerita tentang peperiksaan yang agak menyakitkan hati itu. Huhhh aku rimas. Hehehe.

Setelah selesai menggoreng cucur, Amy pula mengambil tugas untuk mencuci apparatus-apparatus milik Eilah yang kami gunakan untuk mengadun cucur. Antara apparatus yang kami gunakan ialah spatula (sudu) dan mangkuk pijar (bekas plastik je). Sementara menunggu Amy membasuh Nani dan aku membancuh air milo dan mocha(Eilah sponsor).

Setelah semua selesai kami terus bergerak menuju port biasa kami semasa musim peperiksaan ni. Blok c7. Aku cari Yen (rumet Aisyah). Dia lepak kat bilik Jue rupanya. Iffah pun ada juga. Tengok dari gaya mereka yang tersengih apabila aku melangkah masuk macam mengumpat. Ahh persetankan itu semua. Misi malam ini harus berjalan dengan lancar.

Lepas setting baik punya, aku meminta Yen mengalih perhatian Aisyah, supaya aku dapat menutup matanya untuk di bawa ke port kami. Tapi malangnya gagal. Yen terus menuju ke bilik air untuk melepaskan hajatnya. Timing tak berapa nak betul. Hehee. Selesai misi Yen dan toilet, kami keluar bersama untuk menuju ke bilik beliau dan cuba untuk melakukan misi yang gagal sebentar tadi. Tapi...

Tapi...

Tapi...

Aisyah sedang berdiri di depan pintu menjengahkan kepalanya and suddenly, she saw me....

Arghhhhhh.... Kantoi....

Wahahaha... Frust betul aku.

Akibat sudah terkantoi bongok dengan si Aisyah, aku berlari ke port kami sambil ketawa dalam menjerit dan membuat sedikit adegan annoying sampai Iffah tengok aku semacam. Ahhhh. Aku tak peduli itu semua. Hehehe..

Jadi Misi aku malam ni boleh dikira sebagai Failed. Dan perlu repeat atau ambil short sem.

10 November 2008

Haaaa... Sebagai gantinya kegagalan misi semalam, aku dalam diam main mesej dengan Ammar(ehem..ehem Aisyah) untuk menjayakan 1 lagi misi (Aisyah percayalah bukan mesej cinta ye. Hehehe). Setelah 2-3 hari kami berbincang dan bertukar pendapat terbitlah 1 idea yang simple tapi baik punyaaaaa.

Dan misinya ialah....

jeng..jeng..jeng..

Tepat pukul 8.45p.m kami(aku, Iffah, Eilah, Jujue, Syaza, Lynn dan Birthday girl) bergegas ke restoran tepi tasik yang amatlah dekat dengan UMP ni.(Kalau jalan kaki boleh tahan jauh juga). Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang mamat yang sedang bergayut dengan aweknye. Hehehe sori-sori. Mamat tu xde kena-mengena pun sebenarnya. Selepas mencari tempat yang agak strategik. Hmmmm tak ada lah strategik sangat. Sebab Jujue cakap tempat tu "gelap gup gup" (loghat ganu kiteeee). Tapi belasah je lah. Hehehe. Tetiba Ammar telefon tanya kami di mana, tapi aku rilex je. Dengan muka selamba aku melaporkan kepada Ammar yang kami telah selamat sampai. Beliau yang hadir bersama teman sesengalnya, Fendi Sengih juga melaporkan bahawa beliau sudah sampai dan bersedia untuk menuju ke tempat kami.



Aku buat macam biasa.



Tiada perasaan tapi gelabah.



Setiap kali bunyi derapan kaki yang singgah ke telinga ku, aku jadi berdebar-debar. Degupan jantung ku laju. Bukan apa, aku takut kali gagal lagi. Sebab aku benci kegagalan. Arghhh tension ingat peristiwa semalam. Hehehe.

Aisyah bersuara "Eh Fendi laa.." aku diam. Bukan aku, tapi kami. beberapa saat selepas itu Aisyah bersuara lagi. Tapi macam tak berapa nak bersuaralah. Mungkin berbunyi. "Ehhhh...". Senyap. Tiada sambungan Dari Aisyah. Mungkin beliau gagap apabila melihat ehem ehem nya tersengih ke arahnya. Matanya kemudian beralih ke arah aku. Aku?!!! Kenapa aku? Ok.. Ok.. Aku tersenyum manis ke arahnya.

Ammar menghampiri kami dengan sekotak kek Tiramisu dan hadiah untuk Aisyah. Aisyah masih tersenyum dan tidak bergerak.



Kejung agaknya.


Hahahaha.


Aku faham perasaannya.


Tergamam.



Kami meneruskan majlis dengan potong kek Tiramisu(Aisyah la yang potong sampai berterabur. Sungguh tiada terserlah bakatnya. Hehehe), ambil gambar bersama, rakaman video dari K750i milik ku, tunggu akak kedai hantar makanan, makan, berbual kosong, main mata(Aisyah & Ammar la. Hmmm aku hentam je. Hehehe) dan sebagainya.

Perasaan aku??? Ye.. Aku bahagia. Sebab? Sebab Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Betul lah kata orang 'Gagal sekali, tak bererti gagal selamanya'.

kepada Aisyah:
Maaf ye kalau ada ketidaksempurnaan dalam majlis tadi. Aku harap sangat kau terasa macam surprise. Hehehe. Then, maaf lagi sekali sebab suprise party yang aku rancang ni tidak lah segah surprise kau untuk aku hari tu. Huhuhuhu.
~Semoga panjang umur
~dimurahkan rezeki
~dipermudahkan segala urusan di dunia dan di Akhirat
~aku sayang kau... Huhuhu



kek Tiramisu dan tangan beliau




beliau memotong kek dengan rakusnya (mulut ternganga) sambil
diperhatikan oleh ehem ehem nya. Hehehe



Kami. Ada lagi seorang. Nama diberi Iffah sebagai fotografer.
pic tak berapa nampak.
guna hp murah.
Hehehe.
dari kiri: jue, lynn, syaza, eilah, aku, aisyah, ammar dan fendi bersama Dunkin' Donuts.