aku rasa semakin hari aku semakin annoying. aku tak tau kenapa aku rasa macam tu. aku rasa aku semakin pentingkan diri sendiri. aku semakin ke arah negatif saat menilai sesuatu perkara. and lastly aku nangis.
aku tak suka orang yang hipokrit, but then aku sendiri hipokrit dalam sesetengah keadaan. apa lah nak jadi dengan aku ni. kawan-kawan aku pun rasa aku macam ni kot. agaknya la.
orang selalu cakap 'just be yourself'. tapi kalau diri sendiri 'suck' tak kan still tak berubahkan. kalau nak berubah, nak berubah macam mana?
aku anak sulung. aku ada 4 orang adik. orang selalu cakap anak sulung ni selalu jadi role model kat adik-adik yang lain. tapi boleh ke aku ni jadi role model kat adik-adik aku? dah lah annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. memang tak layak langsung kan.
mak aku pernah cerita kat aku pasal adik aku yang bongsu. dia cakap dia nak jadi macam aku. mak aku tanya nape nak jadi macam along? dia cakap sebab along baik, along pandai sebab belajar sampai masuk u. aku memang dah bergenang dah time tu. aku tak tau nape, tapi kalo bab-bab family ni aku memang macam ni. kekadang kalo tengok adik-adik aku kena marah dengan ayah aku pun aku boleh menangis. siyes. hm sian adik aku. mungkin dia tak tau kakak dia ni sebenarnya annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. sebab tu dia nak jadi macam aku. jangan jadi macam along, dik. along ni sebenarnya bukan lah baik sangat. along selalu susahkan orang lain. along pun bukan lah pandai sangat. setakat masuk u je. ramai lagi yang buat lagi baik dari along. adik kena jadi lagi baik dari along tau. huh ko kecik lagi dik. ko tak tau lagi dunia ni macam mana. nanti ko da besar ko tau la.
haish. orang kata kalau kita nangis time bulan pose ni batal pose. tapi aku nangis sikit je. tak pe kan.
aku macam hilang arah sekarang. aku risau ape nak jadi dengan aku 2-3 tahun akan datang. boleh ke aku survive dengan sikap aku yang macam ni. 1 lagi perangai yang paling aku menyampah bila aku rasa nak marah and aku tak boleh nak cover langsung rasa tu. biasanya kawan-kawan aku akan perasaan bila tengok perubahan muka aku. bukan muka aku berubah jadi beruang kutub or singa laut tapi jadi bengis. dan aku akan diam. diam sampai marah aku hilang. then marah dah hilang aku jadi malu dengan kawan-kawan termasuk lah dengan diri sendiri. kalau aku tak diam, marah aku akan tempias kat orang yang ada kat sekeliling aku. teruk kan?
kadang-kadang tu aku rasa aku selalu je menyusahkan orang lain. orang lain tu of coz la kawan-kawan aku. aku tak tau la nape aku jadi macam ni.
kawan-kawan..
tak kisah la kawan rapat ke tak, aku nak mintak maaf kalau-kalau selama ni aku ada sakitkan hati korang, aku ada buat korang terasa hati, aku ada buat menda-menda yang korang rasa menyampah, aku selalu mintak tolong time korang busy, selalu menyusahkan korang. aku memang teruk. aku memang jahat. aku memang annoying. tapi percayalah aku sayang kat korang sume. cuma aku masih dalam proses nak memperbaiki diri. dan aku sendiri aku nak repair diri aku ni macam mana.
kawan-kawan..
korang tau tak nape aku jadi macam ni. sebab nya aku ni dari kecik lagi hidup dengan bantuan orang lain. aku ni jenis yang bergantung. sangat-sangat tak boleh nak hidup sorang. aku dapat bayangkan kalau la aku ni hidup dalam orang yang ramai tapi tak ada seorang pun yang nak kawan dengan aku. boleh jadi gila agaknya. tak pun aku boleh kot sampai tahap bercakap dengan objek-objek yang tak bernyawa. ish Nauzubillah. aku tak nak jadi macam tu.
lastly aku nak mintak maaf kat sume orang. tak kira la yang aku kenal ke tak. mana la tau perangai aku ni samapi boleh buat orang yang tak kenal aku pun rasa menyampah dengan aku. maaf ye sume.
cuma ada sorang je aku tak tau dia maafkan aku ke tak. kawan aku. dia da tak da. Allah sayang dia. Allah da amik dia dari kitorang, dari family dia. masa dia da sampai. itu janji Allah. aku tau tu. aku tak sempat nak jumpa dia wat kali terakhir. aku tak sempat nak menatap muka dia wat kali terakhir. aku tak sempat. saat-saat last aku dengan dia sebelum cuti raya cina bulan 1 dulu. hari jumaat. kitorang sama-sama gi jumpa sv. hmm rindu kt dia. sangat2. aku harap2 sebelum dia pergi dulu, dia sempat maafkan salah silap aku kat dia. Al-Fatihah~
maaf..
6 comments:
luahan yg ikhlas...
kau masih belum terlambat utk berubah...
dulu aku juge sperti kau.
terlalu pentingkan diri sendri..
dan sekali Allah turunkan ujian..
baru aku tersedar and buka mata..
kau nak ke diuji sehingga kau tak mampu utk menanganinye?
time tuh kau akan rse sakit..putus asa..
berubah lah selagi kau ade mse...
aku doakan utk kau..
sedih plak aku..sori emosi.aku mmg cmni lately.
nangis batal pose?rasenye tak...
eh,jgn la cmni..awk kena pk positif dlm hidup nie.tkblh cm awk skrg nie.
suka ke idup cmtu?
tak kn?
so?
buatlah yg terbaik...
live your life to the fullest k...
OMG! aku rase ade satu bende same dgn aku..jeng3...
aku akan jadik pasif kalau aku marah. dan muke aku berubah giler. dem, aku tak pernah dapat cover yang tuh...benci tol bile tgk muke sendiri jadi cam taik.
lumut:
ntah la wei..aku nak berubah..nak sgt2..tp aku sendri xleh nak handle perasaan ni bila marah..aku tau aku kena usaha..insyallah aku boleh..
kot..
neway thanks wei..
abang besi:
memang xsuke..xsuke sgt2..mcm sampah je rsa..rasa kalah dgn diri sendri..hmm i'll try my best..tengkiu bro..
si lampu neon:
yaa kita serupa..memang tak blh nak handle..kalo wat muka biasa pun mcam plastik kn..kalo member2 rapat aku sure perasan..sampai ade yg ckp, 'berubah betol muka ko tadi'..see..see..aku memang xde talent nk wt muka bese saat perasaan marah tu tiba..
ayuh cik lampu neon..kita berubah..
adeh...
same2 kasih...hidup mst terus ok!=)
terus je ke bro..
koner sikit.. blh x?
hehehe...
Post a Comment