Let Me Help YOU!!

Monday, November 10, 2008

..kant0i --> tak kant0i..

peristiwa-peristiwa...

9 November 2008

Dalam pukul 10.30 p.m selepas aku bersiram dan Iffah siap bersantap Maggi Kari Letup (mungkin), kami bergegas ke bilik Eilah. Untuk memulakan persiapan majlis seorang sahabatku. Menu hari ini adalah cucur udang Adabi (belum bayar lagi kat Eilah) dan air Milo. hehe..

Sedang aku leka membancuh adunan cucur udang Adabi, Fatin, Nani dan Amy tiba di muka pintu bilik Eilah sambil tersengih-sengih menunjukkan gigi mereka yang tak berapa nak putih. Setelah selesai mengadun cucur (tambah air je sebenarnya..hehehe), aku memulakan tugas seterusnya iaitu merendam cucur udang tersebut ke dalam minyak yang panas sehingga garing atau dengan kata nama lain menggoreng. Tapi Fatin membantah cara kerja ku yang ku rasakan begitu cermat dan sangat berhati-hati. Dia tidak berpuas hati dengan saiz cucur yang ku goreng. Besar. Katanya la. Tanpa melengahkan masa, aku terus menyerahkan sudu dan bekas adunan cucur tadi kepada Fatin. (Haaa amik kau nak complain sangat kan, Buat sampai habis hehehe). Ye aku tau tindakan aku itu sangat kejam. Fatin meneruskan kerja-kerja menggoreng dengan perasaan bahagia kerana saiz cucur yang menepati saiz idamannya tadi. Aku menjengah untuk melihat hasilnya. (Hmmm sama je, biarkanlah dia hahaha).

Sambil menunggu akak Fatin menggoreng, kami (aku, Eilah, Iffah, Nani, Amy dan roomate2 Eilah) berbual-bual kosong bercerita tentang peperiksaan yang agak menyakitkan hati itu. Huhhh aku rimas. Hehehe.

Setelah selesai menggoreng cucur, Amy pula mengambil tugas untuk mencuci apparatus-apparatus milik Eilah yang kami gunakan untuk mengadun cucur. Antara apparatus yang kami gunakan ialah spatula (sudu) dan mangkuk pijar (bekas plastik je). Sementara menunggu Amy membasuh Nani dan aku membancuh air milo dan mocha(Eilah sponsor).

Setelah semua selesai kami terus bergerak menuju port biasa kami semasa musim peperiksaan ni. Blok c7. Aku cari Yen (rumet Aisyah). Dia lepak kat bilik Jue rupanya. Iffah pun ada juga. Tengok dari gaya mereka yang tersengih apabila aku melangkah masuk macam mengumpat. Ahh persetankan itu semua. Misi malam ini harus berjalan dengan lancar.

Lepas setting baik punya, aku meminta Yen mengalih perhatian Aisyah, supaya aku dapat menutup matanya untuk di bawa ke port kami. Tapi malangnya gagal. Yen terus menuju ke bilik air untuk melepaskan hajatnya. Timing tak berapa nak betul. Hehee. Selesai misi Yen dan toilet, kami keluar bersama untuk menuju ke bilik beliau dan cuba untuk melakukan misi yang gagal sebentar tadi. Tapi...

Tapi...

Tapi...

Aisyah sedang berdiri di depan pintu menjengahkan kepalanya and suddenly, she saw me....

Arghhhhhh.... Kantoi....

Wahahaha... Frust betul aku.

Akibat sudah terkantoi bongok dengan si Aisyah, aku berlari ke port kami sambil ketawa dalam menjerit dan membuat sedikit adegan annoying sampai Iffah tengok aku semacam. Ahhhh. Aku tak peduli itu semua. Hehehe..

Jadi Misi aku malam ni boleh dikira sebagai Failed. Dan perlu repeat atau ambil short sem.

10 November 2008

Haaaa... Sebagai gantinya kegagalan misi semalam, aku dalam diam main mesej dengan Ammar(ehem..ehem Aisyah) untuk menjayakan 1 lagi misi (Aisyah percayalah bukan mesej cinta ye. Hehehe). Setelah 2-3 hari kami berbincang dan bertukar pendapat terbitlah 1 idea yang simple tapi baik punyaaaaa.

Dan misinya ialah....

jeng..jeng..jeng..

Tepat pukul 8.45p.m kami(aku, Iffah, Eilah, Jujue, Syaza, Lynn dan Birthday girl) bergegas ke restoran tepi tasik yang amatlah dekat dengan UMP ni.(Kalau jalan kaki boleh tahan jauh juga). Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang mamat yang sedang bergayut dengan aweknye. Hehehe sori-sori. Mamat tu xde kena-mengena pun sebenarnya. Selepas mencari tempat yang agak strategik. Hmmmm tak ada lah strategik sangat. Sebab Jujue cakap tempat tu "gelap gup gup" (loghat ganu kiteeee). Tapi belasah je lah. Hehehe. Tetiba Ammar telefon tanya kami di mana, tapi aku rilex je. Dengan muka selamba aku melaporkan kepada Ammar yang kami telah selamat sampai. Beliau yang hadir bersama teman sesengalnya, Fendi Sengih juga melaporkan bahawa beliau sudah sampai dan bersedia untuk menuju ke tempat kami.



Aku buat macam biasa.



Tiada perasaan tapi gelabah.



Setiap kali bunyi derapan kaki yang singgah ke telinga ku, aku jadi berdebar-debar. Degupan jantung ku laju. Bukan apa, aku takut kali gagal lagi. Sebab aku benci kegagalan. Arghhh tension ingat peristiwa semalam. Hehehe.

Aisyah bersuara "Eh Fendi laa.." aku diam. Bukan aku, tapi kami. beberapa saat selepas itu Aisyah bersuara lagi. Tapi macam tak berapa nak bersuaralah. Mungkin berbunyi. "Ehhhh...". Senyap. Tiada sambungan Dari Aisyah. Mungkin beliau gagap apabila melihat ehem ehem nya tersengih ke arahnya. Matanya kemudian beralih ke arah aku. Aku?!!! Kenapa aku? Ok.. Ok.. Aku tersenyum manis ke arahnya.

Ammar menghampiri kami dengan sekotak kek Tiramisu dan hadiah untuk Aisyah. Aisyah masih tersenyum dan tidak bergerak.



Kejung agaknya.


Hahahaha.


Aku faham perasaannya.


Tergamam.



Kami meneruskan majlis dengan potong kek Tiramisu(Aisyah la yang potong sampai berterabur. Sungguh tiada terserlah bakatnya. Hehehe), ambil gambar bersama, rakaman video dari K750i milik ku, tunggu akak kedai hantar makanan, makan, berbual kosong, main mata(Aisyah & Ammar la. Hmmm aku hentam je. Hehehe) dan sebagainya.

Perasaan aku??? Ye.. Aku bahagia. Sebab? Sebab Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Betul lah kata orang 'Gagal sekali, tak bererti gagal selamanya'.

kepada Aisyah:
Maaf ye kalau ada ketidaksempurnaan dalam majlis tadi. Aku harap sangat kau terasa macam surprise. Hehehe. Then, maaf lagi sekali sebab suprise party yang aku rancang ni tidak lah segah surprise kau untuk aku hari tu. Huhuhuhu.
~Semoga panjang umur
~dimurahkan rezeki
~dipermudahkan segala urusan di dunia dan di Akhirat
~aku sayang kau... Huhuhu



kek Tiramisu dan tangan beliau




beliau memotong kek dengan rakusnya (mulut ternganga) sambil
diperhatikan oleh ehem ehem nya. Hehehe



Kami. Ada lagi seorang. Nama diberi Iffah sebagai fotografer.
pic tak berapa nampak.
guna hp murah.
Hehehe.
dari kiri: jue, lynn, syaza, eilah, aku, aisyah, ammar dan fendi bersama Dunkin' Donuts.

5 comments:

mYsteRi0us said...

h0oi!
apehal letak piC ak nga tenganga luas?
huhu..
maLu laa ak w0ii
tade pic lg s0pang ke?
wuu malu nyeee





neway,
thanks beb!

ak tekejut.terharu.terkedu..

speech less

oh tidak!

time kasey skali lg

joyah sepot said...

hahaha...
sape suh ko nganga...
hak2...
xde r...
sume berduet...
xpe acha ckp 'berdua lbh baik'
hahaha..

Suburbanzero said...

menarik citer ni
hahaha
;)

joyah sepot said...

citer?
wuuu~...
ni kebenaran tau...
tiada rekaan...
hehehe

mYsteRi0us said...

#throwback kenangan lalu.. danggg - -