Let Me Help YOU!!

Friday, April 17, 2009

.:they make me smile:.

hmm korang penah tak mengalami situasi ini, dimana korang sedang mendengar lagu. dan dalam masa yang sama korang juga mengikuti bait-bait lagu tersebut. kira macam korang ni tengah duet la dengan penyanyi asal lagu tu. nyanyi punyalah nyanyi tiba kat satu part dimana korang rase konfiden yang menebal. korang pun kuatkan nada korang then nyanyi. tiba-tiba...

salah

dan mase tu korang duk dalam kete or dalam bilik bersama-sama kawan-kawan korang yang lain. ramai lak tu. lbh pada sorang kira ramai la kan. kawan-kawan lak jenis kalo bahan member tak ingat dunia. hahaha.. opss tergelak..

symptom yang aku sebut di atas banyak menular pada kawan-kawan aku. dan secara aku di kelilingi oleh orang-orang yang mengalami masalah ini. dan aku juga terdedah dengan penyakit yg merbahaya ini. kenapa bahaya? hmmm.. bahaya la beb bila kamu bisa memalukan diri sendiri. kalo depan member-member tak pe lagi. kalo depan mamat ensem ke, bakal kuarga mentua ke.. parah2..

tapikan member-member aku yang best lg cool neh steady je bila salah lirik neh. da r stock2 nyanyi kuat2 pastu bila salah wat muka toya.

so far la kan byk la symptom2 lain contohnya salah msuk line ke, tune lari berciciran sume ade r.. hahaha.. opss gelak lg..

contoh situasi:

seorang sahabat aku ni. dia memang kacip r dgn penyakit ni. nama dia ipah (bukan nama sebenar). dia banyak gak tau lagu2 ni. kira sume lagu r dia tau. tau hentam. hahaha. adeh gelak lagi. sori2. tapi dia steady je. bak kata orang usaha tangga kejayaan. ade 1 lagu neh kalo aku dengar sure ingt dia. mula2 dia try nyanyi lagu ni memang berterabur ar. tune dia lak bagai berlari-lari bapak di tepian pantai. tapi dia rilex. kitorang duk gelak2 dia still gak nyanyi. sampai la dia pro giler lgu tu. nak tau lgu ape.. KETAHUAN-matta band.

ade lagi citer neh. yang ni kawan kacip aku gak. memang rapat r. hehehe nama dia echa (bukan nama sebenar gak). dia ni jenis diam je time mula2 knal dulu. tapi smakin maju dia akhir2 ini. biasala kan. people change according their environment. ade skali tu aku duk wat keje dengan dia. aku bkk lgu kat laptop ku yg usang neh. dengan mode shuffle, so pelbagai lagu la yang menjadi santapan hawa telinga kami. tiba la kat satu lagu ni. tgah sedap2 layan tetiba si echa ni dengan lantangnya menyuarakan isi hati nya "APUROOO DOROOOOO" haaa xke lantang tu. aku yang terkesima seketika kembali gelak tahap2 xleh nak benti. nak tau lagu ape? purest of pain-son by 4.

ok next citer pasal nina(bukan nama sebenar lagi) lak. aritu kitorang kuar. guna kete mak member aku. dia blik umah mase tu. jiwa aku time tu memg meronta-ronta r nak kuar. serabut giler.. pastu da lpas makan, jalan2, tgk2 slipar, tah ape lg tah ktorang wat, aku pun bagi cadangan nak g karok yeyeahhh!!! so gerak la kami bertiga ke karoke jamban. aku bayar rm 5. maknenya blh nyanyi 5 lagu. msuk jamban. i mean bilik karoke tu r. amik sit. pastu pilih lagu. melalak la kami time tu. aku lak time tu mood suram lg gloomy. pilih r lgu2 sadis yg bisa menusuk kalbu smpai blh tembos tulang belakang. tengah layan2 lagu ni smbil kenangkan kisah2 lama. kira feel hbs la tetiba si nina ni slah msuk lak. hahahahaha aku yg time tu berair mata, skit je, trus gelak.. hehehe neway thanks nina coz make me laugh time2 aku bersedih tempoh ari. yg ni lagu nya dirahsiakan. =)

see, they make me laugh. mungkin satu ari nnti kalo aku ingt symptom2 ni sure aku gelak sambil kenangkn member2 aku yg kt ats ni. ade ramai lgi yang ade symptom ni. aku pun kekadang terjangkit gak. hehehe. cter kt ats ni terjadi dlm msa yg terdekat, tu yang aku leh story blik. hehehe. kami ade lg 1 sem lbh skit nk bersama2. untuk bahan member2, gelak sesama n sume la. wpun da kurang sorang, we still closed. life must go on. dia? tetap ade kt hati kami. sbb? sbb setiap kali kalo kami jalan2 ke mesti teringat dia. n sesape mesti meluahkan rasa itu. walaupun ade yang muka toya je bila ade yg ckp cmtu, tp aku tau jauh di sudut ati dia pun merasai perkara yang sama. thanks everyone. u all light up my life. betul r kata orang, kita xde pakwe or makwe tp jgn xde kawan. sunyi beb. tgk cm aku, pakwe xde tp kawan yang menyokong ramai, so hepi je ase, ceria n berbunga-bunga je hari2 ku.

so dikesempatan ini aku nak wish gud luck la kat karakter2 di atas yang bukan nama sebenar tu. dan xlupa juga suma pesakit kepada penyakit di ats. gud luck ye for final nant. aja2 fighting. =)

No comments: