Let Me Help YOU!!

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, October 2, 2009

..jamuan mata..

aloohaaaa...

so far aku tengah kusut sebab byk masa yang aku korbankan dalam bus untuk tidur dan kekadang tidur dalam ketakutan bila pakcik bas bawak bas cam bawak roller coster. dan aku juga kusut bila jadual makan aku terganggu bila mana makanan di kampus pekan habis
dan bila sampai kampus kuantan aku perlu tunggu berjam-jam untuk makan lunch + dinner.

so tak yah banyak citer korang tgk la pic2 raye kat bwah ni ye. ade banyak lagi tapi tak sanggup nk tgu loading upload pic yang macam siput. hmm ade sape2 nak belanja berodben. hik hik hik. kalo rajin bg la komen sekerat dua. kalo malas tak yah komen. hehehe.



adik2 aku otw nk blik kampung..anin & anif.. (adik aku yang tak de dalam pic: anna n aziq a.k.a capang..=p)



anak2 pak teh aku yang comey2..hehehe sedang memujuk adiknya yg tkot bunyi mercun yang menggila pd mlm raye..bukan budak2 yang main..tp orang tua bangka..including me..wahahaha yang best nye sempat lak si akak nya posing bla aku snap..huhuhu


tgk mamat bju biru n tak bersongkok tu mkn..cam sebulan dah tak mkn..hahaha tu sepupu aku...best tau dia ni...sama baya dengan aku tp thun ni for the first time in mylife dia bg duit raye...ahaks..sbb tu aku ckp dia best..huk huk huk!


my sisterss..anin & ana..cantik kan mereka...


cucu2 perempuan nenek ku yg sangat la rajen..=p sian angah spupu ku yg bertudung pink itu xsempat 'siap'kan senyuman nya...hehehe


haaa..ni senyuman angah yang 'siap'..cantik kan mereka..


mereka yang siap awal di pagi dpt la msuk dlm pic ni..aku xde sbb wt keje kt dapur..so lmbt skit siap...hehehe


mereka ade persamaan..iaitu si bongsu..manja..ngada2..hehehe xde r...gurau je...jgn mrh ye pok su...ni pok su n adik aku yang bongsu..haziq..konon2 candid picture la ni..skali je xbpe nk jd..nape? sebab aku xde dlm pic ni...kalo aku ade sure jadi...hahaha



..sekian terima kasih..

Monday, September 28, 2009

.:untitle #07:.

yeehaaaaa!!

ni adalah entri pertama aku sejak aku beraya sakan ni kampung ku selama 2 minggu lebih sikit tanpa sedikit pun aku menghiraukan thesis yang perlu dihantar, tutor yang perlu dijawab.

dan sekarang aku tengah pening kepala memikirkan cara untuk melangsaikan kerja-kerja itu. dah lah tempat LI tak ada lagi ni. kenapa la diorang tak reply surat yang aku hantar hari tu. aku dah gelabah ayam ni bila dengar kawan-kawan ku ada yang da dapat 2 offer dan aku 1 pun tak ade!! wuuuu~

tak pe aku steady je walaupun hakikatnya jantung aku terus berdegup kencang. lebih sikit je kelajuan dari degupan jantung biasa. walaupun lebih sikit je ia mampu membuatkan tangan ku berpeluh tanpa henti. bukan tangan je, kaki pun sama. tadi hampir tercampak sandal di kaki kerana kadungan air di kaki ku membiak sedikit demi sedikit.

ye itulah aku. kalau aku gelabah atau kata nama lain nya nervous, tapak tangan dan tapak kaki ku mula mengeluarkan air. bukan sebarang air ye. air itu dinamakan air peluh. hehehe. kalau dulu time exam ke test ke, bila lecturer or cikgu aku announce 'ok guys u have another 5 minutes only, pls check ur answer and tight ur paper together and also pls check ur name..bla..bla..bla' haaa time tu lah air-air ini galak menampilkan diri mereka di tapak-tapak yang ada pada anggota badan ku. hmm tapak kaki dengan tangan je lah kan yang ada. ade ke tapak lain? ok. kalau korang ada tapak lain, itu korang bukan aku. hehehe.

dan sekarang ape yang perlu aku lakukan ialah TIDUR. agar tenaga-tenaga yang telah aku gunakan tadi pagi di charge semula. hahaha. alasan. tapi siyes ni memang aku ngantuk. ni ade sedikit pic ari raya yang sempat aku rakam kan.






p/s
pic len nanti la aku masuk kan. loading nak upload pic ni lama sgt..huhuhu

Friday, September 11, 2009

bercerita tentang semalam~

semalam aku kesibukan yang teramat. dah lah tak cikup tidur. waduh aku kalo da mengantuk cmni memang dah tak peduli orang lain dah. aku belasah jelah tidur. cam dalam lab tadi. hehehe. nasib baik tak ada orang lain. fatin jelah pun yang ada.

nape saya sibuk? sebab semalam lah baru aku nak terhegeh-hegeh print resume, surat-menyurat yang berkenaan, course checklist untuk aku gi LI. haih. masih tak berubah. dari dulu sampai sekarang asyik wat keje last minute je.

jadi semalam memang agak disaster la dalam sejarah hidup aku. dah lah sekarang ni pergi balik nk g kelas sejam perjalanan. sejam beb. korang pernah ke dengar hostel dengan fakulti jarak nya memakan masa sejam perjalanan. tak da tau. u aku je yang spesel wat cmni. sape yang paling best bila menda ni dipraktikkan. student r sape lagi. sengal. hah pagi-pagi aku da rasa nak terajang orang.

tapi Alhamdulillah semua nya da aku siap kan walaupun di hujung-hujung waktu dengan bantuan rumet aku miss yee dan 'saya'. hehehe. tapi sebenarnya semalam tak ada lah disaster sangat sebab nya aku buka pose dengan klasmet aku reramai di bilik salah seorang antara kami yang memakan belanja rm 7.60 sekepala. makan besar tu. ingat kan boleh jimat, rupenya.. hehehe. tapi tak pe kot sekali sekala. duit boleh dicari tapi memory bersama tu susah nak dapat. dah lah sem ni masing-masing busy. yelah PSM lagi (Projek Sarjana Muda). macam-macam lah. sedar tak sedar lepas raya nanti ada lagi sebulan je kami nak bergurau senda n bergaduh bagai. huhu.

semalam gak aku bersahur secara formal la kata orang dengan rumet aku. kitorang jarang makan kat cafe. paling-paling pun beli n bungkus makan kt bilik. tapi sebab arini last kan. so semua orang, tak ramai pun 4 orang je. hahaha. sambung valik, so semua orang bercadang nak makan kat bawah. i mean cafe la.

lepas2 makan duk borak2 jap. seronok la. huhu. dah nak masuk 4 tahun kami saling mengenal. macam2 la yang kitorang tempuh. asam garam kehidupan kata orang. arini aku nangis diorang la yang tolong pujuk. esok lak diorang nangis aku lak tolong pujuk. then bila gelak ketawa terbahak-bahak sama-sama. sweet kan.

tu je lah aku nak citer. bosan? haha sape suh baca. huhuhu.

well, aku nak balik kampung sebenarnya arini. disebabkan internet kampung aku sangat la maju sepantas kilat beb. sampai tak sempat aku nak wat pape sebab loading sume cepat gila. hehee. ok. aku tipu. xde internet sebenarnya. nak g cc pun aku malas. nak berodben pun mak aku tak galak kan. yelah mungkin mak aku takut dia kena bayar tiap2 bulan. hehhee. so dikesempatan ini aku nak memohon maaf la kalau ade tersilap kata, terkasar bahasa, terkurang ajar dan suma la. aku dengan rendah diri nya mengaku sume tu kesilapan aku. jadi maafkan lah aku ye. aku pun maaf kan korang gak. hehehe.

so SELAMAT HARI RAYA.. sori xde kat raye macam puan lumut wat kat blog dia. hehehe.


surat yang dah siap. tinggal nak pos kt industri. mintak2 la dapat. amin~


bersepah? ye aku tau tu. hehee.


last2 minute ni lah cari pen tak jumpa. ngada2 kan pen aku. hehehe

Monday, August 24, 2009

karut marut #02

hari ni 3 Ramadhan. macam biasa la kan baru masuk bulan puasa orang da start dah jual barang-barang untuk beraya. kuih raya, baju raya, tudung raya, langsir raya sume raya-raya la.

aku sempoi. tak ada kesah sangat mende-mende macam ni, bukan apa sebab sume mak aku dah prepare. ape yang aku perlu buat hanyalah dengar LAGU RAYA. hehehe.

dah boleh ke start dengar lagu raya? takut gak aku kalau-kalau ada orang cakap aku mereng sebab da start dengar lagu raya. hahaha.