hari ni 3 Ramadhan. macam biasa la kan baru masuk bulan puasa orang da start dah jual barang-barang untuk beraya. kuih raya, baju raya, tudung raya, langsir raya sume raya-raya la.
aku sempoi. tak ada kesah sangat mende-mende macam ni, bukan apa sebab sume mak aku dah prepare. ape yang aku perlu buat hanyalah dengar LAGU RAYA. hehehe.
dah boleh ke start dengar lagu raya? takut gak aku kalau-kalau ada orang cakap aku mereng sebab da start dengar lagu raya. hahaha.
hanya di pentas dunia kita beraksi pelbagai cara mencari pahala dan menangkis dosa untuk bekalan diAkhirat selamanya... insyallah...
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 24, 2009
Saturday, August 22, 2009
karut marut #01
AMARAN:
entri ini agak membuang masa anda. so be careful!

pernah tak kalo anda tengah syok melangkah maju ke hadapan dengan penuh gaya dan yakin then tetiba...
GEDEBUK!!!
tersadung batu then tergolek dengan gaya yang amat la tak macho. langsung.
jadi di sini ye saya ingin berkongsi apakah langkah seterusnya yang harus kita lakukan sekiranya kita mengalami situasi ini. berdasarkan pengalaman yang sedia ada ni, saya akan terus bangun dan berdiri tegak-tegak. ingat ye tegak bukan senget, sendeng atau sebagainya. then kalo ade orang kat situ dan sedang memerhatikan anda dengan pandangan yang agak sinis, anda assume je orang itu mengalami rabun yang agak teruk. teruk gila yang nak sampai tahap nak buta. pastu watpe? teruskan lah perjalanan anda. tunggu lama watpe. nanti orang sekeliling sempat cam muka anda, jatuh saham anda. berapa agak2 jatuh? terpulang la mungkin 10% atau separuh. bergantung pada keadaan.
ok ada soalan lain. kalo jatuh tempat xde orang cmne? yaa itu dia soklan cepu mas. senang sahaja cik, what u have to do is u can express ur pain clearly, like 'makkkkkkk sakit nye' atau 'celaka punya batu' atau mungkin 'woi batu apsal ko duduk situ' tu contoh la. yang buruk jangan diikut. di bulan baik ni kita ambil yang keruh dan buang yang jernih. hahaha.
sekian sahaja cerita dari saya si tukang karut.
p/s:
ada sape-sape nak bagi cadangan menu ape untuk berbuka jap lagi. saya sedang kebingungan ni. tak tahu nak makan ape. ok bukan tak tahu tapi banyak sangat nak makan. confius nk makan apa. hehehe. selamat berbuka ya sume. pastikan anda berbuka lepas azan maghrib bukan azan asar. =p
Friday, August 21, 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Pengenalan
Kelebihan Bulan Ramadhan
Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
Kepada Orang Tua yang lemah
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.
*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.
Wallahu a ' lam.
Sejarah Ramadan
p/s
ni aku dapat dari email. Rumet aku time matrik yang bagi. Terima kasih ye Puteri Khalilah. Semoga sedikit maklumat ni dapat la bagi manfaat kat korang sume. Selamat beramal.
- Ramadan: ertinya panas terik
- Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
- Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
- Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
- Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
- Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
- Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
- Bulan penuh keberatan
- Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
- Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
- Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
- Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
- Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
- 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.
Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
- Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
- Menempah pakaian untuk Ramadhan
- Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
- Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
- Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
- Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
- Solat berjemaah setiap waktu
- Solat jemaah di masjid/surau
- Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
- Sahur diwaktu akhir
- Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
- Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
- Kurangkan tidurTunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)Tunaikan Solat Dhuha
- Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
- Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
- Jaga pacaindera
- Elakkan gosok gigi pd waktu petang
- Hadiri majlis ilmu / tazkirah
- Buat baik pada ibubapa
- Isteri hendaklah taat pada suami
- Banyakkan bersedekah
- Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
- Berbuka bersama org tua
- Jemput tetamu berbuka
- Kurangkan berat badan - diet
- Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
- Baiki hubungan suami isteri & keluarga
- Baiki hubungan jiran
- Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
- Elakkan belanja berlebihan
- Kuatkan kesabaran
- Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
- Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
- Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
- Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
- Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
- Berdoa dengan nada lembut dan merayu
- Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
- Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
- Melazimkan solat pada awal waktu
- Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
- Elakkan banyak berhutang
- Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
- Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
Kepada Orang Tua yang lemah
- Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau (ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar)
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
- Bangunkan isteri dan anak
- Bersihkan badan / mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik
Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.
*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.
Wallahu a ' lam.
Sejarah Ramadan
p/s
ni aku dapat dari email. Rumet aku time matrik yang bagi. Terima kasih ye Puteri Khalilah. Semoga sedikit maklumat ni dapat la bagi manfaat kat korang sume. Selamat beramal.
Thursday, August 20, 2009
.:Salam Ramadhan:.
Adakah anda sudah ganti puasa yang anda tinggalkan tahun lepas?
Saya dah. hehehe. So pada sesiapa yang belum menggantikan puasa-puasa itu bersedialah ye bayar fidiah (tak tahu maksud fidiah?sila google sendiri. pls layan diri.ehehe) plus jangan buat-buat lupa nak ganti lepas ni.
Okay. Itu sedikit pesanan dari pihak penaja.
Sejak dari kecil lagi, bila tiba bula puasa a.k.a Ramadhan aku ada 1 cita-cita yang sangat la besar iaitu PUASA PENUH. Although, it seem impossible for me these day, I'm still stick with this dream. Wahahaha. Kalau dulu-dulu aku nak sangat puasa penuh sebab nanti dapat duit raya lebih sikit. Mana tak nya kalo puasa penuh dapat RM50.00 tapi kalau ponteng even 1 hari dapat RM29.00. Tak berbaloikan kalau ponteng sehari. Kalau 2 orang janji kat aku macam tu dah dapat RM100.00. Kalau di zaman itu RM100.00 besar woo nilainya. Hehehe. Itu zaman berhingusan la. Sekarang hingus da kering sikit, mana dah orang nak janji macam tu. Kalau dapat duit raya pun kira mujur. Hahaha.
Di zaman ini pula, kalau aku berupaya puasa penuh okay gak. Sebab? Ahaaa. Sebab tak perlu ganti puasa. Siapa setuju sila senyum. Tengok. Ramaikan yang senyum tu. Hahaha. Tapi aku jaranglah dapat puasa penuh. Bukan sengaja tau. Kalau tak silap perkiraan aku, baru sekali dapat puasa penuh. Hahaha. Mesti ada orang tanya 'perlu ke nak bagitahu itu semua'. Kalau ada yang curious sampai macam tu sekali, sila terima jawapan ini 'PERLU. Sebab? Sebab ini blog aku. Suka hati aku la nak bagitahu apa' hehehe. Tak ada lah. Gurau je. Ini jawapan sebenar 'PERLU. Sebab pertama, kalau dapat puasa penuh bangga tahap gaban. Sebab kedua, boleh eksyen depan orang-orang yang perlu menggantikan puasa mereka. Ahaaaa(gelak devil)'. Tapi kita semuakan riak tu sifat yang tak bagus. So jangan ikut.
Dulu masa kecik-kecik, sejam sebelum berbuka sure kaum-kaum ibu akan sibuk di dapur. termasuklah ibu ku yang terchenta. TAPI. Ada tau tapinya. Tapi kalau ibu ku, dia tak suka sibuk seorang diri di dapur. Selaku anak pertama yang cukup sifatnya keluar dari rahim ibuku, aku turut diheret sama ke dapur. Hahaha. Apa yang aku buat? Banyak beb. Masak nasi, cincang cincau(sebut betul-betul), susun gelas dalam dulang, hidang makanan atas meja, ketuk air batu dan banyak lagi la. Memang tak terkira banyak nya kalau aku terus list kan kerja-kerja tersebut sampai lepas raya nanti tak habis lagi. Hahaha.
Dan 1 part yang paling aku sekali ialah hantar lauk-pauk or kuih-muih kepada jiran tetangga. Kenapa? Haaaa. Sebab masa nilah aku boleh skodeng anak teruna sebelah-sebelah rumah aku. Hehe gila ke. Tak ada lah wei. Not my principe. Weehuuuu. Sebabnya dapat tukar lauk dengan orang lain. Kuih pula kalo wat sejenis je da cukup. Bila tukar-tukar dengan jiran jadi 4-8 jenis. Hebatkan. Hehehe. Itupun kalau jiran-jiran korang buat kuih yang berbezalah dengan yang korang buat. Kena semua orang wat onde-onde jenuh la. Tapi masih ada yang berbeza. Saiz. Jangan risau.Hahaha.
Itu semua dulu. Sekarang aku tak berpeluang dah buat kerja-kerja tak senonoh macam tu. Puasa pun kalau dapat sekali dengan family dah cukup bagus la tu. Aku jauh dengan family. Walaupun kami masih tinggal di benua yang sama tapi aku nak sedih gak. Hehehe. Okay. Okay. Patutnya aku kena bersyukur sebab at least aku pose kat Malaysia, Semenanjung lagi. Bukan jauh sangat dengan family. Orang lain tu ada yang belajar kat over the sea, bukan puasa je tak boleh jumpa family, raya pun belum tentu jumpa. Insaf aku.
Akhir kata dari ku, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sebab kalau kita rasa kita susah, aku sure ada lagi orang lain yang lagi susah dan sengsara dari kita. Sekiranya kita mengeluh sebab makanan yang kita makan tu tak best, at least kita ada makanan kan, dari orang lain tak ada makanan hatta sebijik kurma sekalipun. Well kepada Muslim dan Muslimah di seluruh dunia, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa anda semua dan saya punya pun di terima Allah.
p/s
kepada mereka yang sudah akil baligh dan ada niat nak tinggal puasa dengan SENGAJA serta melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya, insaf-insaf lah wei. Kita ni dah hujung dunia, bukan apa takut tak sempat nak taubat je dah JALAN. Nauzubillah. Sekadar ingatkan kamu-kamu dan diri saya sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)