Let Me Help YOU!!

Thursday, August 20, 2009

.:Salam Ramadhan:.

Adakah anda sudah ganti puasa yang anda tinggalkan tahun lepas?

Saya dah. hehehe. So pada sesiapa yang belum menggantikan puasa-puasa itu bersedialah ye bayar fidiah (tak tahu maksud fidiah?sila google sendiri. pls layan diri.ehehe) plus jangan buat-buat lupa nak ganti lepas ni.

Okay. Itu sedikit pesanan dari pihak penaja.

Sejak dari kecil lagi, bila tiba bula puasa a.k.a Ramadhan aku ada 1 cita-cita yang sangat la besar iaitu PUASA PENUH. Although, it seem impossible for me these day, I'm still stick with this dream. Wahahaha. Kalau dulu-dulu aku nak sangat puasa penuh sebab nanti dapat duit raya lebih sikit. Mana tak nya kalo puasa penuh dapat RM50.00 tapi kalau ponteng even 1 hari dapat RM29.00. Tak berbaloikan kalau ponteng sehari. Kalau 2 orang janji kat aku macam tu dah dapat RM100.00. Kalau di zaman itu RM100.00 besar woo nilainya. Hehehe. Itu zaman berhingusan la. Sekarang hingus da kering sikit, mana dah orang nak janji macam tu. Kalau dapat duit raya pun kira mujur. Hahaha.

Di zaman ini pula, kalau aku berupaya puasa penuh okay gak. Sebab? Ahaaa. Sebab tak perlu ganti puasa. Siapa setuju sila senyum. Tengok. Ramaikan yang senyum tu. Hahaha. Tapi aku jaranglah dapat puasa penuh. Bukan sengaja tau. Kalau tak silap perkiraan aku, baru sekali dapat puasa penuh. Hahaha. Mesti ada orang tanya 'perlu ke nak bagitahu itu semua'. Kalau ada yang curious sampai macam tu sekali, sila terima jawapan ini 'PERLU. Sebab? Sebab ini blog aku. Suka hati aku la nak bagitahu apa' hehehe. Tak ada lah. Gurau je. Ini jawapan sebenar 'PERLU. Sebab pertama, kalau dapat puasa penuh bangga tahap gaban. Sebab kedua, boleh eksyen depan orang-orang yang perlu menggantikan puasa mereka. Ahaaaa(gelak devil)'. Tapi kita semuakan riak tu sifat yang tak bagus. So jangan ikut.

Dulu masa kecik-kecik, sejam sebelum berbuka sure kaum-kaum ibu akan sibuk di dapur. termasuklah ibu ku yang terchenta. TAPI. Ada tau tapinya. Tapi kalau ibu ku, dia tak suka sibuk seorang diri di dapur. Selaku anak pertama yang cukup sifatnya keluar dari rahim ibuku, aku turut diheret sama ke dapur. Hahaha. Apa yang aku buat? Banyak beb. Masak nasi, cincang cincau(sebut betul-betul), susun gelas dalam dulang, hidang makanan atas meja, ketuk air batu dan banyak lagi la. Memang tak terkira banyak nya kalau aku terus list kan kerja-kerja tersebut sampai lepas raya nanti tak habis lagi. Hahaha.

Dan 1 part yang paling aku sekali ialah hantar lauk-pauk or kuih-muih kepada jiran tetangga. Kenapa? Haaaa. Sebab masa nilah aku boleh skodeng anak teruna sebelah-sebelah rumah aku. Hehe gila ke. Tak ada lah wei. Not my principe. Weehuuuu. Sebabnya dapat tukar lauk dengan orang lain. Kuih pula kalo wat sejenis je da cukup. Bila tukar-tukar dengan jiran jadi 4-8 jenis. Hebatkan. Hehehe. Itupun kalau jiran-jiran korang buat kuih yang berbezalah dengan yang korang buat. Kena semua orang wat onde-onde jenuh la. Tapi masih ada yang berbeza. Saiz. Jangan risau.Hahaha.

Itu semua dulu. Sekarang aku tak berpeluang dah buat kerja-kerja tak senonoh macam tu. Puasa pun kalau dapat sekali dengan family dah cukup bagus la tu. Aku jauh dengan family. Walaupun kami masih tinggal di benua yang sama tapi aku nak sedih gak. Hehehe. Okay. Okay. Patutnya aku kena bersyukur sebab at least aku pose kat Malaysia, Semenanjung lagi. Bukan jauh sangat dengan family. Orang lain tu ada yang belajar kat over the sea, bukan puasa je tak boleh jumpa family, raya pun belum tentu jumpa. Insaf aku.

Akhir kata dari ku, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sebab kalau kita rasa kita susah, aku sure ada lagi orang lain yang lagi susah dan sengsara dari kita. Sekiranya kita mengeluh sebab makanan yang kita makan tu tak best, at least kita ada makanan kan, dari orang lain tak ada makanan hatta sebijik kurma sekalipun. Well kepada Muslim dan Muslimah di seluruh dunia, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa anda semua dan saya punya pun di terima Allah.

p/s
kepada mereka yang sudah akil baligh dan ada niat nak tinggal puasa dengan SENGAJA serta melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya, insaf-insaf lah wei. Kita ni dah hujung dunia, bukan apa takut tak sempat nak taubat je dah JALAN. Nauzubillah. Sekadar ingatkan kamu-kamu dan diri saya sendiri.


jom buka pose sama2..hehehe

4 comments:

abang besi said...

wow..gmbr ape tuh??

roti ke?

besar gile..sedap je nmpak!

joyah sepot said...

hmm ase nye nasi tu..
kn org arab suke mkn dlm talam ramai2..
sunah nabi..
besar gile kn talam tu..
huhuhu...

abang besi said...

aah..besar gila la...sedap tu mkn ramai2..sy pnh mkn dlm talam masa ikut tabligh,dan masa kecik,masa tadika kt al arqam dl...waktu tu al arqam masih blm lagi terpesong ketuanya.

joyah sepot said...

hehehe...
sy da bsar2 ni pun mkn dalam talam lg...
tp time bulan pose je r...
makan rmai2 kat surau...
best woo..
hehehe