Let Me Help YOU!!

Saturday, August 15, 2009

mood ku hilang

aku sangat-sangat tak ada mood sekarang ni. aku tak tahu kenapa tapi yang pastinya aku tak ada mood. aku tau semua perkara yang berlaku atas muka bumi ni bersebab. tapi sekarang ni memang serius shit aku tak tahu kenapa aku tak ada mood.

sejak kebelakangan ni aku asyik fikir yang buruk-buruk je disebalik yang berlaku di sekeliling aku. contohnya kalau aku call adik aku then dia tak angkat. aku akan fikir dia malas nak layan aku or dia dah bosan nak cakap dengan aku. tak lama lepas tu aku akn rasa nak nangis pula sebab assumption yang aku wat tadi tu. dah lama dah penyakit ni aku cuba hilangkan, tapi sekarang dia muncul kembali. dan aku rasa macam sampah je kalo berperasaan macam ni.

aku juga selalu rasa macam nak marah yang sampai tahap keluar api kat telinga walaupun kesalahan kecil atau mende-mende yang remeh temeh je. contohnya lagi sekali macam kat kelas memandu tadi. aku rasa marah sangat kt seorang perempuan yang duduk kat sebelah aku tadi sebab dia banyak sangat bercakap masa penceramah tu tengah membebel kat depan. aku punya lah tahan perasaan sampai menggigil tangan aku. kronik tak? untuk sesi tu aku berjaya menahan perasaan marahku. Alhamdulillah at least tak ada la orang yang kena tampar laju-laju dengan aku dalam kelas tadi. aku cuba lagi menahan perasaan lepas berhenti rehat untuk lunch dan solat zuhur. lepas solat zuhur tu lama aku doa supaya Allah tenangkan hati aku, jernihkan hati aku, hilangkan sifat buruk sangka aku dan sume-sume yang negatif dlm jiwa dan raga aku ni. Alhamdulillah aku tenang sikit. mungkin aku terlampau penat sebab semalamnya aku tak boleh nak lelapkan mata sampai jam 4 a.m. tapi aku tau doa tu hanyalah 1 tawakal kepada usaha yang dah kita lakukan. sekali lagi aku nak melenting masa kelas amali memandu. calon yang terlibat masa tu lebih kurang 30 orang. penceramah seorang. bahan yang jadi eksperimen tak kurang besar nya, kereta KANCIL. besarkan?!! sekali penceramah tu tunjuk kat radiator semua kerumun. tunjuk kat tank minyak enjin plak dan sekali lagi la semua orang yang ada kat situ berkerumun. aku yang mood paras-paras hidung ni terus berundur kebelakang. malas nak berebut. macam orang jakun pun ada aku tengok manusia-manusia yang berkerumun tu. tapi aku silap, sebab penceramah tu kenal aku. dia pun panggil aku suruh join manusia-manusia jakun tadi tu. aku tak ada pilihan. jadilah jakun sekali dengan muka senyum yang dibuat-buat. serious plastik. then lepas 10 minit gitu mood aku sampai. aku selesa dengar explanation yang penceramah tu bagi. then baru la aku tau bahawasanya manusia-manusia tadi tu bukan jakun tapi mereka seronok dengan apa yang mereka pelajari. aku bedoa dalam hati supaya aku tenang macam tu sampai habis kelas. tapi buat sekian kali nya setan-setan yang ada kt area situ berjaya mempengaruhi perasaan aku. encek penceramah tu ada tunjuk kat kami 1 sticker kecik yang tertampal di tepi sit driver dan mengarahkan kami untuk melihatnya bergilir-gilir. maknanya yang dah tengok tu berambus la pergi belakang ke or mana2 lah asalkan berambus dari tempat tu. tp ada plak seorang perempuan ni tergedik-gedik kt tempat tu. aku tak sure apa masalah dia tapi mungkin sebab dia comel dan calon-calon lelaki yang ada tu plak asyik kacau-kacau and ngorat-ngorat dia so dia fikir dia layak untuk tergedik-gedik kt situ. tu hnya assumption aku je. korang jangan percaya. aku sekali lagi rasa nak marah sebab dia block jalan aku untuk tengok sticker yang sebesar bulu hidung tu. lama aku berdiri belakang dia sambil memerhatikan dia dengan gayanya yang menjengkelkan tu. mungkin lepas tu dia perasan kot aku tengok dia, then dia pun berpaling dan memandang tepat ke mataku yang sedang mencerlung memerhatikan dia. dia alih pandangan. takut kot. tapi lepas tu dia tanya aku "nak tengok sticker ke?" hmm. rasa2 nya apa yang aku nak jawab. aku senyum sambil smash dia dengan ayat power aku "eh, tak lah. aku nak tengok ko tergedik-gedik depan aku.." dia tengok aku sambil cakap 'sorry' dan terus berlalu ke belakang. muka cm nak nangis. aku puas. tapi kejap je aku rasa puas sebab lepas tu aku serba salah. aku rasa aku keterlaluan. from my previous entry ada aku cakap yang aku ni jenis yang menyesali sesuatu perkara tu lepas ianya terjadi. kalo korang perasan la. dan skali lagi ia terjadi hari ni.

see, hari ni aku sangat-sangat la tak tentu hala kn.

arghhhhhh!!!!!!!!

p/s kepada perempuan-perempuan itu. aku mintak maap sangat2. i didnt mean it to hurt both of u. maaf sgt2.

5 comments:

nich said...

hahahaha sokong2.. huh panas ati kan klu ade pompuan tergedik2 ney.. mcm sorg minah kat kafe tue.. tergedik2!!

gadis norish said...

adoi....nape dgn ko ni anom?
dtg bulan ek..
hehe....jgn marah..
rindu nk karok dgn ko...

joyah sepot said...

saya:
aduh kamu ni..
jgn begitu sy bergurau sahaja tempoh hari...
huhuhu...

norish:
dtg buln?haish susah nk kata..jiwa kacau tetiba jee..
tu r...
aku pun rindu nk memekik karok dgn ko...kalo karok dgn nik asyik nyanyi lagu hujan je...
hahahaa

lumut said...

hoho..
leh tahan gak..
aku tak pernah lah sampai sound org cmtuh skali..

hoho..

bagus ko menyesali perbuatan itu..
manusia mmg tiada yg sempurna..

kalau ingin menangis..
jangan ditahan..
kerana kekuatan wanita adalah tangisannya..
biar tangisan bawak kesedihan tuh pergi..

=)chill

joyah sepot said...

lumut:
thanks cik lumut..menda tu bese je kot tp sbb time tu aku beremosi jd haru plak aku wat...huhuhu..