saat ni aku baru je lepas sahur. menu sahur hari ini adalah makanan buka pose tadi yang tak habis, iaitu sebijik karipap sardin dan seketul roti john. karipap langsai tapi roti john tak berapa nak langsai sebab lada sulah nya banyak sangat. huhuhu. tapi bukan itu yang aku nak jadikan isu untuk entri kali ini tetapi tarikh yang tertera di hp dan laptop ku saat ini. 31 AUGUST 2009. ada sapa-sapa yang ingat hari ini hari apa? atau sekadar membontoti rakan yang lain sahaja untuk ke dataran merdeka?
tepat jam 12.00am sewaktu aku me'landing'kan diri di atas katil, aku terdengar letupan mercun. meriah. tahun ini aku tidak menyertai mana-mana sambutan kemerdekaan kerana kesihatan ku yang tidak mengizinkan. tetapi aku pasti dan yakin walau dengan ketiadaan aku menyambut kemerdekaan kali ini, ia tetap disambut dengan meriah dan gilang-gemilang.
aku hanya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52' kepada salah seorang rumet ku, dan dia membalas semula ucapan ku. dan kepada seorang yang lain melalui talian sms tetapi tidak mendapat ucapan balas. mungkin sedang enak dilamun mimpi atau juga sedang berdiri di dataran merdeka bersama 'jalur gemilang' dan rakan-rakannya yang lain.
bukan itu juga isu yang ingin aku ceritakan, tetapi pengertian merdeka kepada belia-belia di malaysia. pada segelintir yang menyambut dengan membawa jalur gemilang dan bersorak dengan meriah 'merdeka..merdeka..merdeka..' tahukah mereka apa pengertian merdeka itu? pada suatu ketika dahulu, tunku abdul rahman bersama pejuang yang lain duduk bersama beberapa pihak lain berbincang dan terus berbincang untuk mencari kemerdekaan atau kata nama lain, membebaskan diri dari penjajah yang pada waktu itu menguasai tanah melayu. jangan tanya lebih detail kerana aku hanya tahu fakta itu sahaa. siapa lagi yang bersama tunku abdul rahman dan tarikh yang berkenaan aku tak mampu nak jawab. sejarah tak pernah dapat'A'. siyes. ujian bulanan ke, ujian setara ke, periksa tahunan ke, PMR ke, SPM ke, paling tinggi yang aku boleh score setakat 'B' sahaja. dan itu memadai bagiku.
membebaskan diri dari penjajah. itu ayat penting. tetapi jika sekarang kita lihat rakyat malaysia atau kaum melayu yang beragama ISLAM, adakah kita bebas dari penjajah? okay kalau yang impak yang bagus tu jangan lah kita persoalkan contoh nya dengan teknologi atau lain-lain. tetapi impak yang negatif. minum arak secara terbuka, budaya black metal atau yang sewaktu dengan nya kenapa perlu diikut? sekadar ingin mencuba? kenapa kita nak cuba kalau dalam Al-Quran sendiri sudah dinyatakan jelas keharamannya, sudah dinyatakan juga akibat dan natijah yang berlaku sekiranya kita terus melakukannya. kalau dilihat dari sudut ini, sudah merdekakah kita? cukup bebaskah kita dari penjajah?
sejauh mana pula penghayatan kita terhadap ISLAM? sudah cukup baguskah? kamu sendiri ada jawapan untuk diri kamu. aku jua tidak sesempurna baginda Rasulallah S.A.W. tetapi Allah itu maha pengasih dan maha pengampun. walau sejauh mana kita jauh dengan Nya kita tetapi di beri peluang untuk bertaubat. sewaktu ketika dulu aku jua pernah tersasar sedikit dari landasan iman tetapi Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan aku berdiri di sini seadanya aku.
jangan dicabar kuasa Allah. kalau Dia ingin membalas 'cash' bukan hutang atau boleh ditangguh. Nauzubillah. semoga kita sama-sama dapat penghayatan yang cukup jelas dalam erti kata sebenar apa itu merdeka. Insyallah pasti ada jalannya. jangan kita terus biarkan diri kita dan kaum kita disinis, dicerca, direndah-rendahkan dan sebagainya oleh pihak-pihak luar sana yang sentiasa inginkan kejatuhan kita.
8 comments:
thanx..
ape yg aku tulis tuh..
itulah yg melambangkan perasaan aku..
kalau kau nak tau..
kbayakan en3..abes tulis..berhelai2 tisu...
aku tak tau mane kekuatan aku yg dulu..
thanx sudi bace..
ko amik yg elok2 je k..
yg xelok dlm blog aku tuh ko tgglkan je..
nnt aku pggil lori smpah dtg amik..
hehe
hahaha...
lex r beb...
tu kn blog ko..
ko punyai kuasa veto nk tulis ape je yg ko nk..[tp still xlbh batasn la kn]
kekadg aku pun meleleh gak air mata neh..
tp aku lap je dgn bju..
jimat sikit...
hehehe...
salam..
Saya yakin kita semua amat
berbangga dan bersyukur kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ogos, bulan yang sungguh bersejarah bagi negara kita. Ini kerana kita akan merayakan sambutan hari kebangsaan yang ke52 pada tanggal 31 Ogos 200 di mana kita bersama-sama hendaklah menghayati sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang bertanggungjawab mencapai kemerdekaan tanah air yang tercinta. Kemerdekaan yang kita nikmati sungguh bererti kerana ia merupakan hasil pengorbanan murni oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Semangat perjuangan kemerdekaan ini patut dicontohi oleh semua setiap warga negara bagi menjadikan negara kita sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Maka sambutan merdeka bagaikan terus menjurus kepada lagu-lagu patriotik, mengibar jalur gemilang dan mengadakan pelbagai perbarisan dan perarakan. Rata-rata yang terlibat adalah dari generasi muda.
Apakah rakyat Malaysia telah benar-benar bebas daripada cengkaman unsur-unsur kezaliman? Apakah kita betul-betul bersepadu? Apakah semua rakyat telah menikmati kesejahtera hidup yang sempurna? Apakah jiwa kita telah merdeka?
itu yg menjadi persoalan.
anaklaut-
ye ank laut...
aku stuju dgn ko...
sush nk ckp sbb budaya belia2 skrg ni adlh budaya 'ikut2' tnpa mengetahui objektif yg diorg buat..
aku xslhkn mana2 pihk sbb aku pun xde lah perfect sgt tp kalo bolh kita kena la tau gak kn tujuan dan mtlamat kita dlm melakukan satu2 perkara tu..
jgn membabi buta je ikut trend2 dr barat tu..
sdg kn kita xtau tu la slh 1 strategi org2 yg 'berkenaan' nk jtuhkn ISLAM...
hmmm~
minda kita masih dijajah.tu yg awk mksudkn.kn?ya mmg diakui minda org melayu..er..org Islam...masih lagi belum betul2 merdeka.dan memahami apa merdeka yg sbnr.
minum arak mcm minum air sirap bndung,bawak ank dara org kehulu ke hilir mcm dh kawin,peluk situ sini tk segan kt masyarakat(kat Tuhan mmg lgsung tk igt la!)
padahal org2 itu adalah org2 melayu..Islam...
tu bkn merdeka.
gua jahat jugak,tp gua tk setuju ini semua.
ttg budaya black metal,siahsu jgn percaya sgt dgn media malaysia nie.tkdenya bdk2 black metal malaysia ni nk minum drh kmbing,pijak Al Quran.pembohong.saje je nk menyedapkn cerita.klu kt oversea tu tk tau la.tp yg pasti,bdk2 metal malaysia bkn mcm tu.(backup baik punya!)
ok le,pnjang sgt le plaks...selamat berkenalan.
i folo you ok? =)
time kasih dia atas cdgn bernas anda..
ye mmg itu lah yg sy mksud kn..
minda segelintir org melayu ni msih dijajah..
diorg just ikut je yg diorg rse cm stylo tnpa pk ape yg akn jd kelak..
kalo tgk statistik bayi2 yg lahir tanpa maklumat si bapa dlm surat beranak da bersepah la skrg..
Nauzubillah..
yg isu black metal tu sy xsure la kesahihan cter nye..cuma sbg contoh je..
tp kalo xde angin masakan pokok bergoyang..msti ade gak cter2 yg mnyebbkn kt paper, majalah2 sume cter pasal mnde ni...
tp kalo sekadar fiction je Alhamdulillah la..
neway thanks y eencek besi..
i folo u gak..
hehehe..
pokok tu bergoyang sbb org tgk bdk2 metal ni nmpak ganas.hakikatnya mat2 metal jiwang jgk apa.sape nk minum drh kmbing?kotor gila...pijak AlQuran?nk mmpus kena panah petir?huhu..mana mungkin bdk2 metal buat ini semua.lgpun tk pnh ade bukti yg menunjukkn mat2 metal wat ini semua.yg wartawan g intvw bdk2 bwh umur tu buat apa..hahhaa...mmg la diorg ckp bkn2 ..hahaha...ehh..jgn percaya ok.
berani anda derma drh?thniah.
=)
encek besi..
nape ye anda begitu psti yg diorg tu xwt mnde2 cmtu..
saje curious..
hehehe..
thakns..=p
Post a Comment