Let Me Help YOU!!

Tuesday, August 11, 2009

..midah lak kawen..

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lambat la sikit aku post entry kahwin Puan Hamidah. Hehehe.

Tanggal 26 Julai 2009, dengan sekali nafas, SITI HAMIDAH & HALID selamat bergelar suami isteri yang sah. Dan sekarang bolehlah kita start gunakan gelaran yang sepatutnya untuk beliau iaitu PUAN. Hahaha. Aku sampai rumah Midah petang Sabtu. Tolong apa yang patut. Tak ada buat apa-apa pun sebenarnya. Hahaha.

Berikut ada sikit gambar-gambar untuk tatapan kamu-kamu semua. Kepada yang dah lama menyimpan hasrat untuk berumah tangga tapi masih belum kesampaian, sila pastikan air liur anda tidak bersepah-sepah sewaktu menatap gambar-gambar ini. Hahaha.


masa aku mula-mula sampai hadiah yang dia dapat da banyak ni.. Hehehe. Teka hadiah aku bagi yang mana.. teet..salah.. xde dalam senarai. hahaha~


ni hantaran belah perempuan yang separuh siap. cam kek, bunga rampai. tepak sireh, buah & coklat tak letak lagi.


time malam berinai. guest which one is my hand? hehehe~


sebelum gi nikah. kat umah lagi ni. huhu. aku tau time ni mesti jantung beliau berdegup kencang. dag dig dup di dalam dada~


pengantin lelaki dari pandangan tepi dan senget sikit ke belakang. hehehe. yang songkok putih tu tok kadi. hahaha~


midah the green. nak bersanding lak pasni. huhuhu. dengan aku skali rasa cuak semacam. hahaha~


ex-classmate aku yang datang. ain n daing. aidil datang gak tp tak leh masuk dlm blik pengntin. hehehe~


acara buka presentsss lak. banyak gak diorang dapat. jeles i. hahaha. maaf la ada lak tangan sesat kt pic tu. huhuhu~


maaf lagi sekali ye kerana kondisi gambar agak kurang berkualiti. maklumla guna kamera 2 megapixel je. lagipun aku agak sibuk gak seiring dengan pengantin so tak dapat la nak menggunakan skill amik gambar yang aku ada. hehehe. nanti kalo da dapat soft copy gambo yang shantek-shantek aku update la ye.

akhir kata dari aku, semoga mereka berdua berbahagia hingga akhir hayat, dimurahkan rezeki, diredhai di dunia & Akhirat. Aminn.

soalan cepu mas yang diajukan oleh sanak saudara Midah kepada aku sebaik sahaja majlis tamat:
s: anum bila lagi?
j: [sengeh] tak tau lagi

s: anum da ada calon?
j: [wat2 tak dengar]

soalan yang paling aku tak leh nak proses dalam otak:
s: lepas habis belajar terus nak langsung ke anum?
j: [what the heck? nak suh aku kawen dengan pokok ke?][sengeh]

tak kurang gak ada yang bagi semangat. haish. dengar je r aku ni sambil tersengeh-sengeh. sebab tu je yang aku mampu buat. hahaha~


~sekian~

2 comments:

eilah said...

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku


Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan


Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau



Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

joyah sepot said...

wahaha...
desperate giler weh...
hahahaha