Let Me Help YOU!!

Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

.:untitle #06:.

sabtu lalu..
aku dan temanku pergi berlibur ke bandar kuantan..
saje nk bawak hati yang lara ni..
huhu..
poyo je..

pergi nek kete tumpang klasmate aku..
turun kat ECM jenjalan jap dlm ECM pastu terus gerak g mega..
naik ape?
jaln kaki..
untuk membuktikan kami masih mempunyai daya ketahanan kaki yang kuat..

sampai mega kami g makan dulu..
memang kami mempunyai kesukaan yang sama..
iaitu makan..
memang kenyataan xde sape boleh pertikaikan kesahihan kenyataan ini..

lepas makn mula mencari arah tujuan..
nk beli beg..
harga bwh rm50..(boleh nego)
rupa paras beg cantik, menarik kau memang da boommm..
saiz blh muat laptop buruk ku..

mula2 masuk al-ikhsan..
tgk beg adidas, nike n umbro..
xde yang berkenan..
pastu gi converse plak..
harga ok..
tp..
rupa paras kurang menarik..
aku tak berkenan..

jalan lagi..
g butik adidas lak..
kami di layan macam sampah..
eh tak2..
kami tak dilayan sebenarnya..
hehehe..
mungkin karakter kami macam org xde duit kot..
kami pun keluar semula..
masuk butik nike lak..
ada org layan..
tp cm nak tak nak..
sbb tak senyum, tnya cm nak xnak je jwb..
aku kecik ati..
ada yg aku berkenan tapi sbb aku sakit ati aku xnak beli kt kedai tu..
biar xde org datang kedai tu lagi bagus...
muka sekor2 kerek gila..
eh sedar la sikit korang tu pelayan pelanggan..
so kalo tak melayan pelanggan, pastu hujung bulan dapat gaji, tu kira GAJI BUTA tau..
sengal!!

aku pun g la masuk kedai beg yang bese2 je..
tgk pnya tgk, terjumpa la dengan yang berkenan di hati..
harga menepati syarat, rupa paras pun sederhana, saiz pun ok..
itu pilihan teman ku..
huhuu...
Alhamdulillah jimat duit aku...
blh shopping menda lain lak..

lepas tu gi karok plak...
bese la tu kan...
seronok?
aku bese je tapi teman ku yang seorang tu seronok giler..
nape?
sebab pusat karoke jamban berjaya mega mall sudah menginstall lagu-lagu indie band kegemaran beliau..
lagu kotak hati, kotak kasut, kotak buruk dan yang sekotak dengan nya..

habis melalak beberapa bijik lagu gi solat plak..
solat itu tiang agama beb..
pastu g makan lagi..
nmpk sahih kn?
kami memang suka makan..
hahaha..

lepas beli barang2 laen kami pun nk balik la..
ingat nak naik cab g benteng..
then naik bus blik u..
teman ku pun pergilah wat2 tnya harga tambang kalo sampai benteng...
rm8..
mahal!!
sebb benteng tu dekat je..
aku pun dengan sore yang agak slow berkata "mahalnya pak cik"
pakcik tu pun jawab "kalo mahal jalan kaki la"
aku tergamam..
nada pak cik itu sangat kasar..
sentap hati aku yang memang sedia retak ni..
pastu ada lak pak cik lain menambah "aah kalo mahal jalan kaki la, kan dekat je"
mereka bergelak ketawa..
aku dan teman ku dimalukan..
arghh!!!

aku pun patah balik..
memang dekat..
tp dengan barang yang agk berat jd malas lah nk jalan kaki..
aku rasa tercabr..
memang siut la pak cik tu...
kurang budi bahasa nya..
tak semena-mena air mata yang ku tahan selama ni tertumpah jua..
memang tak leh nak tahan dah ni..
siyes aku nangis..
aku cm xcaye je...
sebab menda kecik je aku boleh nangis..
arghhh!!
teman ku da kaget..
tapi aku terus je berjalan..
maafkan ku..
bukan niat ku nak spoilkan mood beliau dengan mencipta keadaan suram itu..
tapi aku tak berjaya nak kawal emosi ku..
betol la kata seorang teman ku yang lain tu..
aku ni emosi tinggi..
ye memang salah ku..

jam 5.45 kami sampai di UMP..
neway aku nak ucapkan terima kasih kat pak cik taxi yang sindir dan malukan kitorg tadi..
disebabkan mereka lah aku dan teman ku berjaya menjimatkan duit sebanyak rm8..
dan sekali lagi menguji ketahanan kaki kami..
terima kasih pak cik..
tp pak cik tak boleh tau wat cmtu lagi..
sebab nya next time kalo saya kena cmtu lagi saya akn beri hadiah saguhati dengan kata2 manis sy...
tempoh pak cik memang bernasib baik..
sebb saya sedang dalam tekanan..
hehehe...

awok weh..time kasih teman sy aritu..pahtu maaf la tetiba bad mood..huhu



Tuesday, August 11, 2009

..midah lak kawen..

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lambat la sikit aku post entry kahwin Puan Hamidah. Hehehe.

Tanggal 26 Julai 2009, dengan sekali nafas, SITI HAMIDAH & HALID selamat bergelar suami isteri yang sah. Dan sekarang bolehlah kita start gunakan gelaran yang sepatutnya untuk beliau iaitu PUAN. Hahaha. Aku sampai rumah Midah petang Sabtu. Tolong apa yang patut. Tak ada buat apa-apa pun sebenarnya. Hahaha.

Berikut ada sikit gambar-gambar untuk tatapan kamu-kamu semua. Kepada yang dah lama menyimpan hasrat untuk berumah tangga tapi masih belum kesampaian, sila pastikan air liur anda tidak bersepah-sepah sewaktu menatap gambar-gambar ini. Hahaha.


masa aku mula-mula sampai hadiah yang dia dapat da banyak ni.. Hehehe. Teka hadiah aku bagi yang mana.. teet..salah.. xde dalam senarai. hahaha~


ni hantaran belah perempuan yang separuh siap. cam kek, bunga rampai. tepak sireh, buah & coklat tak letak lagi.


time malam berinai. guest which one is my hand? hehehe~


sebelum gi nikah. kat umah lagi ni. huhu. aku tau time ni mesti jantung beliau berdegup kencang. dag dig dup di dalam dada~


pengantin lelaki dari pandangan tepi dan senget sikit ke belakang. hehehe. yang songkok putih tu tok kadi. hahaha~


midah the green. nak bersanding lak pasni. huhuhu. dengan aku skali rasa cuak semacam. hahaha~


ex-classmate aku yang datang. ain n daing. aidil datang gak tp tak leh masuk dlm blik pengntin. hehehe~


acara buka presentsss lak. banyak gak diorang dapat. jeles i. hahaha. maaf la ada lak tangan sesat kt pic tu. huhuhu~


maaf lagi sekali ye kerana kondisi gambar agak kurang berkualiti. maklumla guna kamera 2 megapixel je. lagipun aku agak sibuk gak seiring dengan pengantin so tak dapat la nak menggunakan skill amik gambar yang aku ada. hehehe. nanti kalo da dapat soft copy gambo yang shantek-shantek aku update la ye.

akhir kata dari aku, semoga mereka berdua berbahagia hingga akhir hayat, dimurahkan rezeki, diredhai di dunia & Akhirat. Aminn.

soalan cepu mas yang diajukan oleh sanak saudara Midah kepada aku sebaik sahaja majlis tamat:
s: anum bila lagi?
j: [sengeh] tak tau lagi

s: anum da ada calon?
j: [wat2 tak dengar]

soalan yang paling aku tak leh nak proses dalam otak:
s: lepas habis belajar terus nak langsung ke anum?
j: [what the heck? nak suh aku kawen dengan pokok ke?][sengeh]

tak kurang gak ada yang bagi semangat. haish. dengar je r aku ni sambil tersengeh-sengeh. sebab tu je yang aku mampu buat. hahaha~


~sekian~

Sunday, May 24, 2009

bercerita tentang esok..hmm

esok? Berapa haribulan? 25 mei...

Hidup memang mencabar. Kalau duduk diam je dekat rumah tak buat apa-apa pun aku rasa mencabar juga. Sebab? Bosan juga satu cabaran bukan? Tak percaya. Okay cuba kamu-kamu try test tengok apa jadi kalau duduk sendirian tanpa ada yang menemani. Sure rasa tercabar punya.

Selain itu, perubahan hidup juga salah satu cabaran. Contohnya dari 'single' kepada ' in a relationship'. Begitu juga sebaliknya. Siapa setuju dengan aku sila senyum.

Dalam menjalani kehidupan ini terkadang aku lalai kerana terlalu berpuas hati dengan apa yang aku ada. Tanpa aku sedar ianya bukanlah milik ku yang abadi. Semuanya hanyalah pinjaman. Suatu hari nanti aku tetap akan kehilangannya. Aku pasti itu.

Semalam aku berbicara dengan seorang teman ku tentang kisah manis hidup ku. Kisah tentang esok tetapi 3 tahun yang lalu. Hingga ke saat ini pun aku mampu bercerita tentang apa yang terjadi 3 tahun yang lalu. Cepat benar masa berlalu meninggalkan aku bersama-sama kenangan itu. Segala yang manis masih tersemat rapi di dalam kotak fikiran ku. Yang pahit? Ada, tapi samar-samar. Kenapa ye begitu. Satu-satu nya keadaan yang aku sendiri tak mampu untuk menjelaskan. Mudahnya aku memaafkan dan melupakan dan akhirnya membiarkan aku disakiti untuk kali yang ke infiniti. Ya, itu adalah aku.

Skemakan ayat-ayat aku yang kat atas ni? Hadeh. sebenarnya dulu ada simpan cita-cita nak jadi penulis novel. Tapi tu la, baru 2-3 perenggan aku dah lenguh berayat skema. Ok sambung.

Actually aku rasa sayu je hati ni. Tak pula aku tau apa puncanya. Mungkin sebab esok untuk 3 tahun yang lalu. Mungkin juga sebab lain. Hebatnya penangan cinta tu kan. Siapa yang setuju dengan aku lagi sekali sila senyum sedikit lebar dari yang tadi.

Whatever it is, life must go on. Sebab kita hidup ke depan dan bukan berundur ke belakang. Kalau kita hidup ke belakang senang lah sikit. Sebab? Sebab kita dah tau apa yang jadi. Tapi cabaran hidup kedepan is we are not even know what will happen in the future. Good or bad we have no choice. We still have to face all those thing. Yes, I am absolutely sure about that.

So Sihasu, stop dreaming. Go back to the real world. Kenangan hanyalah hiasan hidup yang dah berlalu. Jadikan ia tauladan dan ukuran hidup untuk membina kenangan yang lebih baik di masa hadapan. Insyallah.



Sabda Nabi Muhammad s.a.w

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari yang semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T"

Tuesday, March 3, 2009

.:di keheningan malam:.

Sekarang jam laptop ku menunjukkan pukul 2.40 am. Aku masih berada di surau bersama Aisyah, Nani, Iffah, Fatin, Jaja dan Jujue. Tempat kami selalu melepakkan diri bila ada kerja atau projek subjek yang perlu di setel kan. Malam ni buat projek Micro C.

Bagi aku la. Sem ni sangat mencabar. Sangat2. Pada awal sem ni aku dikejutkan dengan berita kematian sahabatku. Ketika aku baru menjejakkan kaki di JB untuk bercuti di rumah. Dan yang paling menyedihkan, aku tak dapat langsung menatap wajah arwah untuk kali yang terakhir.

2 minggu lepas. Kejadian yang aku rasakan tak patut berlaku bila aku dah melangkah ke alam dewasa. Aku dan partner lab aku, Aisyah dimarah oleh seorang manusia yang aku rasakan terpelajar dan professional. Kenapa beliau dikatakan professional? Mungkin kerana beliau menyandang 1 jawatan yang aku rasakan agak PENTING di sebuah organisasi dan ada juga yang menyatakan beliau antara yang tercalon menjadi pensyarah TERBAIK. Tapi segala rasa hormat ku hilang saat aku dan Aisyah dimarah dengan ayat yang sangat low class untuk beliau yang boleh dikategorikan sebagai high class.

People change. Betul tak? Tapi entah lah. Siapalah aku untuk mempersoalkan segalanya. So, hingga ke saat ini aku hanya berdiam diri.

Dan saat ini juga, aku terasa rindu sangat pada arwah. Kalaulah dia ada lagi sekarang, mesti dia juga akan terasa seperti kami, mesti dia juga akan berada di surau ni untuk menemani Fatin buat projek Micro C n Power E. Tapi aku tau, saat itu tak akan lagi terjadi. Mustahil. Dia pergi dan tak akan kembali.

Amy, aku doakan kau bahagia di alam sana. Selesai sudah urusan kau di dunia. Dan kami masih terkapai mencari ilmu untuk meneruskan sisa kehidupan di dunia di samping mencari bekalan Akhirat. Insyallah, sampai masanya nanti kita akan bertemu di 'sana'. Aku rindu ko sangat2.
Al-Fatihah.
Yang ada hanya kenangan untuk menemaniku di sini. Hmmmm...

Sunday, February 22, 2009

..tag #02..

Assalamualaikum...
lama da tak post entry. Banyak tugakkan aku ni. Hehehe... Antaranya 2 tag dari nik and 2 tag dr ita. huhuhuhu... Nik ade tag aku yang bertarikh 17 Januari 2009 dan sekarang bru nk replay. Sori nik, ade kesilapan teknikal yang membuat aku tak replay tag ko. Ko pahamkan? Ko tak marah kan?
hehehe... Jadi, mari kita mulakan!!!

1. Do you think you're hot?
hot?tak lah. Bese je.. sejuk sbb duk bwh kipas. hehehe =p

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture.
hahaha..nmpk cm misteri bersama brg2 ku yg berwrna coklat...hehehe =p

4. When is your last time you ate pizza.
masa ita blanje. 11 Januari 2009. mase xtau pizza israel pnya... boikot..boikot..

5. The last song you listened to?
ST12.. saat terakhir..haih!!

6. What are you doing right now beside this?
msg dgn m.cik sy..hehehe

7. What name would you prefer beside yours?
nda ada bah... nama sy da ckup indah.. wpun tak seindah tuan nya...hehehe=p

8. People I tag.
-aisyah
-iffah
-eilah
-jujue
-fatin

9. Who is number 1?
classmate sy yg sgt penyabar wpun dihamun oleh chekgoo nya...hahaha

10. Number 3 is having relationship with?
eilah?ade hubungan dgn sape ye...hahaha tnya la dia sendiri...hehehe =p

11. Say something about number 5.
dia adalah seorang Mantan MPP UMP 07/08..pehh mantap hehehe=p

12. How about number 4?
jujue? dia seorg yg comel dan mempunyai peminat setia yg dia xbrape nk minat sangat...hahaha=p

13. Who is number 2?
dia classmate sy yang selalu bertandang ke bilik sy untuk bertemu dgn 'shifu' nya..hehe=p

selesai la sudah...
hehehe...=p

adoisss!!

Sunday, February 8, 2009

.:2 minggu dah berlalu:.

Semalam genap 2 minggu Yasmin tinggalkan kami. Segalanya berlalu begitu pantas. Very unexpected ending. Semua orang tak menjangkakan semua ini. Termasuk aku. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkan itu semua. Sudah ketentuan Ilahi. Nak ke tak nak kita kena redha. Aku masih mahu terus bercerita tentang arwah. Kenapa? Sebab aku rindu dia sangat-sangat. Kalau rasa itu hadir, aku akan terus bercerita tentang dia. Walaupun berulang kali

Salahkah aku bercerita? Salahkah aku sekadar mengingati insan yang sudah pergi? Aku rasa tidak. Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sesungguhnya, pertemuan itu adalah ketentuan, perpisahan pula adalah mutlak dan mati itu adalah satu kepastian.

Wallahualam...

Monday, February 2, 2009

kau sahabat kau teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



saat ini tiada apa yang dapat ku lakukan selain mengalirkan air mata ini. aku harus kuat untuk kawan-kawanku. saban malam aku meratapi pemergian mu. abah cakap "along, kalau nangis tak apa, tapi jangan meraung. kesian arwah". dan aku masih terus menangis.

Ya ALLAH. bantulah hamba Mu yang lemah lagi hina ini. aku tiada daya menghadapi semua ini tanpa kekuatan dari-Mu Ya ALLAH. Kau ampunilah dosa-dosa sahabat ku Yasmin bte Che Razali. Kau tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn...

Saturday, November 8, 2008

sepi-->> semangat -->> happyy-->> ????

aduhai meleleh lagi air jernih neh. huhhh nape aku ni? sampai bila aku nak jadi cam ni? i have to move on. kalo bukan aku yang start sape lagi? orang lain just bolah cakap "u can do it", "what past is past..jangan ingat lagi dah..", "sabar k..sume yang berlaku tu ade hikmahnya..", ade gak yang cakap cam ni "tu la ko...dulu kan aku da cakap, dia tu memang tak boleh harap.." ade la lain2...ape yang diorang cakap sume betul, tak ade 1 pun yang salah, tak ade 1 pun yang silap. cuma aku je yang still macam tak nak dengar. nape? ok aku admit memang aku degil. ikut hati je..

tapi itu yang aku rase. walau ade 100000 orang cakap "u deserve better" aku still dengan feeling aku. susah kalo aku nak buang cam tu je. aku bukan jenis yang senang nak fall in love, bukan jenis senang nak sayang sesorang tu dalam masa yang singkat.. itu memang betul2 bukan aku. tapi at the same time aku kena admit ape yang orang lain cakap. sebab mak aku cakap "along, orang sekeliling lebih nampak sape kita dari diri kita sendiri. sebab orang lain akan lihat dan mentafsir diri kita dari diri dia sendiri. and same goes to you. u will always said that everything u had done is a right thing tapi sebenarnya..." alahai mak aku.. aku sayang dia. sangat2. dia akan cakap lembut2 je kalo ape yang aku wat tu, tak berkenan kat mata dia. perasaan halus seorang ibu tu memang ada kt dia. my mum.

what about me?aku tak tau nak rase ape? kalo tengok sekeliling memang aku akan rase down sangat2. bila tengok orang bergayut lama2, dating, tapi ape yang aku boleh wat kan. tengok je la. nasib bek aku ade member2 yang betul2 care pasal aku. banyak mende yang aku wat kalo aku rase cam teringat ke. time tu la member2 aku akan main peranan secara tak sengaja. aku hepi bil tgk diorang ketawa. sangat2 biarpun time tu dalam hati aku da banjir plus tsunami sume. hehehe diorang menghiburkan hati aku. seyes.

dia...masih seperti dulu. datang dan pergi sesuka hati. aku ke yang tak sabar?aku ke yang tak faham dia?aku ke yang salah? normal ke kalo camtu? everytime busy. then nape nak jadi cam dulu? nape nak betolkan kesilapan dulu kalo perangai dia still cam dulu? huhu aku pun tak tau ape masalah dia. masalah peribadi kot. tu sume memang berselirat dalam otak aku neh sampai la satu ari, aku dapat ayat ni dari 'someone':

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai...

aku memang terkejut sangat. nape nak bagi ayat ni kat aku. tp seyes setiap ayat yang tertulis kat situ memang meaningfull to me. sangat. aku x ucap terima kasih pun kat dia. bukan tak nak tapi tak sempat.huhuhu..

then lama sikit aku ade bce 1 artikel kt link ni. masa tu rasa nak gugur jantung aku. ayat yang sama..mungkin 'someone' tu bace artikel yang sama dengan aku bace tu hehehe..ape yang aku rase??? biar lah aku je yang tau. aku tak nak wat statement yg wat orang lain rase macam tak selesa. dan sekarang feeling2 yang tak best tu memang ade lagi tapi aku rilek je an. ape sangat yang setan2 keliling aku ni blh wat kan kalo aku ada Cinta yang hakiki. yeah!!! sekarang Alhamdulillah ok sikit kot. hehe.

'someone'...terima kasih. mungkin dia tau lah sape dia. hehe. orang lain? xperlu la tau. hehe. pasni nak sambung study maintenance.

adois~~~