Let Me Help YOU!!

Tuesday, March 3, 2009

.:di keheningan malam:.

Sekarang jam laptop ku menunjukkan pukul 2.40 am. Aku masih berada di surau bersama Aisyah, Nani, Iffah, Fatin, Jaja dan Jujue. Tempat kami selalu melepakkan diri bila ada kerja atau projek subjek yang perlu di setel kan. Malam ni buat projek Micro C.

Bagi aku la. Sem ni sangat mencabar. Sangat2. Pada awal sem ni aku dikejutkan dengan berita kematian sahabatku. Ketika aku baru menjejakkan kaki di JB untuk bercuti di rumah. Dan yang paling menyedihkan, aku tak dapat langsung menatap wajah arwah untuk kali yang terakhir.

2 minggu lepas. Kejadian yang aku rasakan tak patut berlaku bila aku dah melangkah ke alam dewasa. Aku dan partner lab aku, Aisyah dimarah oleh seorang manusia yang aku rasakan terpelajar dan professional. Kenapa beliau dikatakan professional? Mungkin kerana beliau menyandang 1 jawatan yang aku rasakan agak PENTING di sebuah organisasi dan ada juga yang menyatakan beliau antara yang tercalon menjadi pensyarah TERBAIK. Tapi segala rasa hormat ku hilang saat aku dan Aisyah dimarah dengan ayat yang sangat low class untuk beliau yang boleh dikategorikan sebagai high class.

People change. Betul tak? Tapi entah lah. Siapalah aku untuk mempersoalkan segalanya. So, hingga ke saat ini aku hanya berdiam diri.

Dan saat ini juga, aku terasa rindu sangat pada arwah. Kalaulah dia ada lagi sekarang, mesti dia juga akan terasa seperti kami, mesti dia juga akan berada di surau ni untuk menemani Fatin buat projek Micro C n Power E. Tapi aku tau, saat itu tak akan lagi terjadi. Mustahil. Dia pergi dan tak akan kembali.

Amy, aku doakan kau bahagia di alam sana. Selesai sudah urusan kau di dunia. Dan kami masih terkapai mencari ilmu untuk meneruskan sisa kehidupan di dunia di samping mencari bekalan Akhirat. Insyallah, sampai masanya nanti kita akan bertemu di 'sana'. Aku rindu ko sangat2.
Al-Fatihah.
Yang ada hanya kenangan untuk menemaniku di sini. Hmmmm...

10 comments:

mYsteRi0us said...

erm..
lame dah ak tk nanges..
pas bace entry ko ni..
jatuh gak air mate ak ney..
wuwuuu..
ak p0m windu kt amy..!!

sihasu87 said...

sori babe...
xde niat nk wat ko sedih..
terbayang2 je kalo arwah ade lg...
dia gelak, marah. pastu senyum balik pastu wat statement yg kite sume akn tergelak giler...
kenangan...

eilah said...

huhu..ak xsuke sem ni..

sgt xsuke....

ak xsuke..xske...xske...xske...

sori ter'emo'

rindu kat arwah mkn menggila bile BELIAU wat camtu kat kite

mYsteRi0us said...

haih..
dugaan..

sihasu87 said...

hmmm...
sgt2...

ana said...

anum,nape kwn ko meninggal..arwah skt ape?

sihasu87 said...

dia sihat mase dia meninggal..
dia accident...
kena langgar mase nk lintas jalan...
hmmm...

jura said...

ku jugak rindukan beliau...
huhuhu..
sabar je yang mampu ku lakukan..
kamu jugak perlulah begitu ya kawan2...
kite same2 doakan beliau tenang kat sane..

sihasu87 said...

btol...
sbb kita juga akn ke sana...
masa dan bagaimana cara kita ke sana je yg kita xtahu..
hmmm...

ana said...

Innalilah~