Mudahnya kita dipengaruhi. Kenapa ye jadi cm tu? Kenape bukan kita yang mempengaruhi? Aku terfikir menda2 macam ni lama dah. Cuma masa tak mengizinkan aku meluahkan isi hati yang terbuku ni. Saban hari kalau baca paper bhgian hiburan. Wow dahsyat. Dah tak payah beli buku 18sx sebab dalam paper pun sekarang ni da ada menda2 cmtu. Jimatkan? Beli paper bahagian dunia dapat, nasional pun ada, lepas tu kita cuci mata kt bahagian hiburan. Why must this happen? Dimana letak nya nilai pemikiran kita as aMuslim. Aku tak lah baik sangat, but the thing is aku Muslim. Dan mereka juga muslim.
Kami seagama. ISLAM!!
Okay. Mari kita lihat sejauh mana pemikiran seorang Islam ini bila ia memberi komen bernas ini:
"walaupun saya macam ni (seksi tahap gaban), sebenarnya sy da khatam Al-Quran lima kali.. Masa umur 12 tahun dah 6 kali mengerjakan Umrah.." beliau juga menyatakan beliau menghafal 99 nama ALLAH.
hebat bukan??!! Logik tak rase2 nya? Apa yang dia nak sampaikan? Dia hebat dalam agama walaupun berpakaian begitu? Sedih saya rasa. Kerana bukan keinsafan yang timbul tapi riak. Pada fahaman saya selepas membaca ulasan bernas beliau, beliau cuba nak sampaikan bahawasanya beliau bukanla seorang yang jahil tapi tak nak amal? Begitukah..
Actually bukan beliau seorang je yang berkelakuan begitu tapi ramai. Di kalangan artis pula tu. Saya tak kata semua berperangai tp majoriti. Tahukah mereka adalah public figure dan secara tak langsung, mereka juga mengusung agama mereka sekali. ISLAM. Then, why must act like that? Bertambah hebatkah lakonan mereka sekiranya berperangai begitu?
Mencari keduniaan dan mengabaikan Akhirat adalah satu perkara yang sia2. Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa, saya juga tidak mengumpat kerana tidak menyatakan nama Si Fulan. Tetapi sekadar nak berkongsi isi hati yang lama dah terbuku di samping mengingatkan diri sendiri juga.
Wahai sahabat2 sekalian, kita dah berada berhampiran dengan kiamat apabila wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Banyak lagi tanda lain, tapi sebagai seorang muslimah, tanda yang ni yang sy nak tekankan.
Tapi mungkin mereka ade alasan sendiri. Who knows?
Betolkan saya kalo saya tersilap..
fikir2 kan, dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment