Let Me Help YOU!!

Saturday, August 1, 2009

tak bisa memilihku

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisa
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

pernah dengar lagu ni? lagu 6th sense. Tak Bisa Memilihmu. aku suka dengar lagu ni. masa mula-mula lagu ni berkumandang di corong-corong radio. masa tu aku tak faham sangat meaning lagu ni. well, aku memang jenis yg lambat skit pasl lagu-lagu ni. kekadang ada lagu tu da 2-3 tahun dulu kuar tapi 2-3 tahun lepas tu baru la aku perasan lagu tu sedap. tapi aku tak memandang sume tu sebagai 1 masalah. lagu je pun. bukan penting sangat. hanya diperlukan untuk menyedapkn hawa telinga aku je. berbalik pada cter tadi. lepas aku dengar, hayati sikit-skit lirik dan bait-bait kata lagu ni baru la aku tau yang lagu ni berkisarkan sepasang kekasih yang menjalani proses cinta jarak jauh. dan si adam mempunyai tahap kesabaran dan kesetiaan yang kurang lalu menduakan si hawa. dan yang paling aku tak boleh blah si adam tak boleh nak pilih si hawa yang lama ni. sebab da sayang sangat kat si hawa yang baru. agaknya la.

dan macam biasa la, aku ni penuh dengan imaginasi cuba untuk membayangkan kalau la aku jadi si hawa yang lama tu. adeh, memang tak boleh nak terima la. sakit wooo. unfair la kan si adam tu kalo wat gitu. suka-suka dia je. tapi nak wat macam mana kan kalo da dia suka kat pompuan lain, sape lah kita nak halang. hati dan perasaan ni mana boleh kita nak paksa2. hmm tu lah antara dialog aku yang hanya bermonolog dalam hati. sambil berdoa agar aku dijauhkan dari situasi ni. bukan ape, sebab aku pun pengamal cinta jarak jauh gak dulu. hehehe.

dulu, aku tak rasa ada masalah dengan cinta jarak jauh ni. cumanya seseorang tu memerlukan daya ketahanan mental yang kuat untuk menceburi bidang 'cinta jarak jauh' ni. dan kalo seseorang tu berpegang pada prinsip kesetiaan, that will be no problem.

then time goes by, day by day, minute by minute. semua dugaan aku tempoh dengan redha. semua kemaafan juga aku terima dengan ikhlas. kira cm all out la. tapi bila sampai 1 tahap yang aku rasa sangat maksimum, aku tak berdaya. aku rasa sangat tercabar. dan bukan sifat aku untuk mudah serik dalam cinta ni. siapa yang mengenali aku pasti tahu. DIA. dia mengaku yang sudah terjumpa dengan si hawa yang baru. dan yang paling best, dia pinta aku untuk memahaminya. hmm apa ye yang aku patut faham. aku confius. what do u want me to understand my dear? anyone who has the answer pls tell me.

dalam aku tengah sedih-sedih ni, aku terdengar la plak lagu ni. memang masuk giler r. ase nya klo wat video klip lgu ni tp amik jalan cerita aku memang meletop r. hmm tu hanya cadangan je. huhu. sekarang aku da sedikit pulih. tapi aku tak boleh nak dengar lagu ni. sebb bila aku dengar lagu ni macam ada 1 perasaan yang mendesak aku untuk menghempas mp3 aku yang memperdengarkan lagu ni. so dari aku melakukan vadalisme yang tak bermoral tu baik la aku delete terus lagu ni dari mp3 aku. maklumla mp3 tu time aku bli dlu mahal tau. hehehe. dan sekarang aku tengah risau kalau-kalau jiran aku pasang lagu ni kuat-kuat.

dia? biarlah dia bahagia. sebab aku tak nak lah nampak sadis je. walaupun aku rasa sangat marah bila tengok muka dia dan rasa macam nak lempang muka dia bila dia senyum kat aku, aku sabar. aku cuba lg untuk bersabar. cuma 1 perkara je lagi yang belum terungkai. aku nak tau sangat apa salah aku kat dia. tapi atas nasihat pakar-pakar yang sentiasa ada bersama ku susah dan senang, agar tidak mengajukan pertanyaan itu. sebab nya aku nampak tak macho nanti bila tnya soalan murh mcam tu. hahaha. pape la.

sekarang. aku dah tahu rase nya kalo jadi si hawa yang lama. sangat sakit. hingga menyengat ke tulang temulang anda. jalan pun ase cm nk tumbang walaupun daya graviti bumi masih sama seperti dulu. mungkin perasaan aku ni sama je seperti wanita lain yang berada di posisi si hawa yang lama. TAPI ada 1 je menda yang membezakan aku dengan wanita-wanita seperjuangan ku. makan. aku masih berselera makan seperti dulu. tak pernah berubah. hahaha.

sekian...

p/s
sbenarnya menda ni da lama aku karang. tp arini bru teringat nk post. sebab sebelom ni internet kt tmpt aku macam siput.

4 comments:

eilah said...

drpd mu ingt si DIA..bek mu kol ak..
tnye ganer leh jd eksident...tnye ak nge jue patah dok tulang...tnye ak fobia dok agi bwk kete..kete trok dok..ape la mu ni...

sihasu87 said...

yang oi...
ni entri lama la...
tp ak bru upload...
b4 ni kn internt kt ump tu cm haram sikit...
sekadar meluah je...
huhuhu...
neway kn kita da berborak kt oovoo aritu bertanya kn tentang keadaan ko, ju dan sotong...
hehehe...
aku siap bg lgu lg kt ko...
hehehe...

lumut said...

meleleh lak airmata aku bace post ko ni..

tibe2 rase aku plak si hawa yang lama..

hmm...

perkara lepas jangan dikenang..

go gurl

sihasu87 said...

huhu..
maaf la ye tisu x disediakan...
hehehe...
neway thanks cik lumut...
jgn rase2, nnt dpt rase btol2 nnt sush lak...
huhuhu...