saat ni aku baru je lepas sahur. menu sahur hari ini adalah makanan buka pose tadi yang tak habis, iaitu sebijik karipap sardin dan seketul roti john. karipap langsai tapi roti john tak berapa nak langsai sebab lada sulah nya banyak sangat. huhuhu. tapi bukan itu yang aku nak jadikan isu untuk entri kali ini tetapi tarikh yang tertera di hp dan laptop ku saat ini. 31 AUGUST 2009. ada sapa-sapa yang ingat hari ini hari apa? atau sekadar membontoti rakan yang lain sahaja untuk ke dataran merdeka?
tepat jam 12.00am sewaktu aku me'landing'kan diri di atas katil, aku terdengar letupan mercun. meriah. tahun ini aku tidak menyertai mana-mana sambutan kemerdekaan kerana kesihatan ku yang tidak mengizinkan. tetapi aku pasti dan yakin walau dengan ketiadaan aku menyambut kemerdekaan kali ini, ia tetap disambut dengan meriah dan gilang-gemilang.
aku hanya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52' kepada salah seorang rumet ku, dan dia membalas semula ucapan ku. dan kepada seorang yang lain melalui talian sms tetapi tidak mendapat ucapan balas. mungkin sedang enak dilamun mimpi atau juga sedang berdiri di dataran merdeka bersama 'jalur gemilang' dan rakan-rakannya yang lain.
bukan itu juga isu yang ingin aku ceritakan, tetapi pengertian merdeka kepada belia-belia di malaysia. pada segelintir yang menyambut dengan membawa jalur gemilang dan bersorak dengan meriah 'merdeka..merdeka..merdeka..' tahukah mereka apa pengertian merdeka itu? pada suatu ketika dahulu, tunku abdul rahman bersama pejuang yang lain duduk bersama beberapa pihak lain berbincang dan terus berbincang untuk mencari kemerdekaan atau kata nama lain, membebaskan diri dari penjajah yang pada waktu itu menguasai tanah melayu. jangan tanya lebih detail kerana aku hanya tahu fakta itu sahaa. siapa lagi yang bersama tunku abdul rahman dan tarikh yang berkenaan aku tak mampu nak jawab. sejarah tak pernah dapat'A'. siyes. ujian bulanan ke, ujian setara ke, periksa tahunan ke, PMR ke, SPM ke, paling tinggi yang aku boleh score setakat 'B' sahaja. dan itu memadai bagiku.
membebaskan diri dari penjajah. itu ayat penting. tetapi jika sekarang kita lihat rakyat malaysia atau kaum melayu yang beragama ISLAM, adakah kita bebas dari penjajah? okay kalau yang impak yang bagus tu jangan lah kita persoalkan contoh nya dengan teknologi atau lain-lain. tetapi impak yang negatif. minum arak secara terbuka, budaya black metal atau yang sewaktu dengan nya kenapa perlu diikut? sekadar ingin mencuba? kenapa kita nak cuba kalau dalam Al-Quran sendiri sudah dinyatakan jelas keharamannya, sudah dinyatakan juga akibat dan natijah yang berlaku sekiranya kita terus melakukannya. kalau dilihat dari sudut ini, sudah merdekakah kita? cukup bebaskah kita dari penjajah?
sejauh mana pula penghayatan kita terhadap ISLAM? sudah cukup baguskah? kamu sendiri ada jawapan untuk diri kamu. aku jua tidak sesempurna baginda Rasulallah S.A.W. tetapi Allah itu maha pengasih dan maha pengampun. walau sejauh mana kita jauh dengan Nya kita tetapi di beri peluang untuk bertaubat. sewaktu ketika dulu aku jua pernah tersasar sedikit dari landasan iman tetapi Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan aku berdiri di sini seadanya aku.
jangan dicabar kuasa Allah. kalau Dia ingin membalas 'cash' bukan hutang atau boleh ditangguh. Nauzubillah. semoga kita sama-sama dapat penghayatan yang cukup jelas dalam erti kata sebenar apa itu merdeka. Insyallah pasti ada jalannya. jangan kita terus biarkan diri kita dan kaum kita disinis, dicerca, direndah-rendahkan dan sebagainya oleh pihak-pihak luar sana yang sentiasa inginkan kejatuhan kita.