Wehuuu! Lama dah aku tak update blogspot ni. Hehehe. Hmm macam mana life sepanjang tak update blog? Macam tu lah. Semua rasa ada. Kecewa, sedih, happy, resah gelisah, excited, bengang, rasa macam useless pun tak ketinggalan. Cukup lengkap perasaan yang aku rasa. Hari tu balik rumah aku jumpa kawan lama. Cik Midah. Merangkap nak jadi Puan dah minah ni hujung bulan Julai ni. Insyallah. Seiring sejalan dengan dia nak jadi PUAN aku pun akan naik pelamin gak bersama dengan dia. Tapi bukan pelamin aku la gila. Pelamin dia la. Hehehe. Ada gak aku jumpa Echa. Ex-classmate aku time kat teknik dulu. Kurus je minah tu. Tak makan nasi ke apa. Mungkin dia dah tukar makanan ruji dia kot. Aku ni bila plak nak kurus. Hehehe. Ada gak aku jumpa aku jumpa orang-orang yang tak sepatutnya aku jumpa. Hmm.
Time cuti hari tu pun aku sempat menghabiskan duit pampasan berhenti kerja adik ku sebab kilang dia dah nak bankrupt. Sian dia. Tapi bila dia ajak kuar lepas dapat duit pampasan tu memang aku tak boleh nak tolak langsung. Aku pun tak tahu kenapa. Aku bukan apa. Aku just nak jaga perasaan dia sebab yelah kan kalo aku tolak pelawaan dia tu nanti dia kecik hati dah la dia tengah sedih sebab tak da keje. So nak tak nak aku kenalah gak kuar dengan dia. Hmm ok2. Gila apa nak tolak orang nak belanja. Kalau aku tolak tu belum tentu dia nak tanya lagi sekali. Hehehe.
Cukup cerita pasal cuti hari tu. Benda yang lepas jangan dikenang bak kata cikgu BM aku dulu. Hehehe. Cerita plak pasal sem baru aku kat UMP. Hmm memang aku memerlukan ketahanan mental dan fizikal sem ni. Kenapa? Sebab aku kena wat PSM, aku kena bangun pagi yang amat kalau jadi pindah ke kampus PEKAN, aku kena bertahan di PEKAN sehari suntuk tanpa kemudahan internet di sana, aku kena concentrate gak kt kelas memandu aku supaya tak perlu amik sampai berkali-kali, aku kena pergi latihan SUKSIS supaya dapat elaun untuk bayar duit kelas memandu aku dan mungkin yang ni yang terakhir, aku kena skor gila bangang sem ni supaya CPA aku jadi 3.01 and above dan supaya juga aku tak perlu nak extend sem dan boleh grad bersama-sama rakan yang lain. Dan setelah tolak, tambah, bahagi dan darab aku kena dapat at least 3.5 untuk melayakkan transkrip result aku sem ni di cetak dengan CPA 3.01. What the heck??!! Pening-pening. Kalau tanya mak ayah aku diorang ok je kalo aku extend. Tapi kalau boleh tak yah extend lagi baik. Tapi bila aku fikir-fikir balik, nanti kalo extend kena pakai duit yang agak banyak sebab kena bayar yuran untuk sem aku gi LI. Pastu lagi satu, sepanjang aku belajar ni, tak pernah sekali pun aku dapat Dean List. Hahaha. Apa salahnya kalau sem ni ak try. Kalau orang lain bolah, tak kan la aku tak boleh.
Tadi aku gi taklimat LI. Tak tahu la kenapa time dengar orang yang bagi taklimat tu citer-citer aku rasa berdebar-debar. Cemas ada gak. Tangan aku da start berpeluh-peluh. Haish! Dah nak LI dah aku ni. Nak kena wat resuma. Isi form tu, isi form ni. Macam-macam la. Nanti da LI kt industri lain lak keje aku. Nak sesuai kan diri, nak kena tahan kena maki, nak kena belajar benda baru, nak kena ushar-ushar engineer kt tempat tu lagi. Banyak gak list kerja aku ni. Ark! List yang last tu sila abaikan ye. Hehehe.
Akhir kata dari aku 'memang susah nak jadi senang dan memang senang nak jadi susah'. Yang mana jadi pilihan anda? Lu pikir la sendiri.
No comments:
Post a Comment