Let Me Help YOU!!

Sunday, July 24, 2011

keberkatan~

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah aku seakan tenang skrg. berkat istikharah yang aku buat, finally aku dapat ape yang sepatutnye. ape yang aku dapat? the true color of him. its really mean it to me. really2 mean it. terima kasih ALLAH.

sesungguhnye kita memang xtau ape yang terbaik untuk kita dan ape yang xelok untuk kita. jadi jangan berputus asa. teruskanlah usaha dan bermunajat kepada Allah. semoga yang baik2 sahaja untuk kita kelak.. Aminnn~

Monday, July 18, 2011

kuda belang VS kuda laut

nasib baik rumah aku dengan tempat keje xjauh mana. kalo tak kete aku tu baik2 kuda belang jadi kuda laut la jawab nye. boleh pulak aku stat meleleh kt traffic light. hehehe.

Sunday, July 17, 2011

'kau'

belajar untuk terima segala kemungkinan. kerana segalanya mungkin. kau tak tahu ape yang ada di hadapan. kau pinta Allah berikan kau petunjuk. jadi mungkin ini petunjuknye. dia bukan untuk kau. terima kenyataan itu.

walau kau menangis semahu mana, walau kau menjerit sekuat mana, jika dia bukan untuk kau, kau haus terima itu. harus. WAJIB. redha dengan ape yang berlaku. mungkin ade hikmah disebaliknya. semuanya ada didepan mata kau. kau lihat dan kau perhati semua itu. mereka bahagia bersama.

mungkin di hadapan sana ade yang menunggu kau.

*hatinye menangis semahu-mahu nye....kahsian nye yang bernama 'kau' itu...

kenyataan

sekali lagi aku menangis.

hati: kenapa nak menangis?

aku: nangis dalam hati je..

hati: kenapa?

aku: sebab aku sedih la..

hati: kenapa kau sedih?

aku: aku xde jawapan untuk itu

hati: kalo xde jwpn kenapa nak sedih?

aku: sebab aku...

akal & iman: kerana kurangnya rasa cinta dan sayang kau pada yang Maha Esa. ko sentiasa mengejar duniawi yang penuh dengan nafsu nafsi yang boleh menyesatkan kau wahai HANUM. didiklah hatimu dengan ketenangan abadi milik Allah. berikan nuranimu makanan zikir dan ibadat yang secukupnya..

aku: *speechless

Sunday, July 10, 2011

SAKETTTT

aku rase macam nak pergi jauh dari sini. jauh dari semua orang, jauh dari kebenaran ini. tak pernah aku rase macam ini. makan dalam la siot. huhuhu.

tapi siyes. aku nak bersendirian di suatu tempat yang mampu memberi kedamaian kepada ku. aku mahu muhabah diri ini. ape yang aku lakukan selama ini. tindakan aku betul ke salah.

namun kesakitan ini cam ptus cinta. tapi lg dalam luka nye. hmmmm~

ARRGGGHHHHH!!!!

untitled 2

skali lagi aku rasa berjauh hati. oh man! aku tak patut rase mcm ni. there is nothing happen actually. but, the truth sometimes is hurt.

its killing me from the inside. hampir saje aku menangis tadi. apalah agak nya yang aku fikir sampai aku blh bertindak macam tu.

tapi ianya sangat2 menyakitkan. sangat.

Ya ALLAH,
ampunkan dosa-dosa ku,
berikan aku ketenangan,
janganlah kau biarkan aku sengsara begini,
menahan perasaan seperti ini,
bantulah aku dalam mengawal perasaan ini,
aku buntu,
ape yang aku rase,
adakah ini hanya nafsu semata-mata,
atau ianya petunjuk dari mu,

Ya ALLAH,
aku terkedu saat mendengar berita itu,
namun aku tetap bersyukur dengan kurniaan kekuatan Mu terhadap ku,
setidak2 nya aku mampu mengawal perasaan sedih dan amarah ku.

there is nothing much to say,
just face it or leave it,
insyallah u can!!!

Saturday, July 9, 2011

S.y.u.K.U.r

sudah menjadi lumrah. mase depan seseorang itu mungkin sama atau mungkin tidak same dengan seseorang yang lain. contohnya, ade sesetangah insan terpaksa berusaha atau bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu. namun tidak pada seseorang yang lain. seseorang yang lain itu, mungkin xperlu berusaha keras lah, namun dah pun dpt ape yang di mahukan.

ini bukan soal adil atau tidak. kerana setiap yang berlaku itu ade hikmahnye. mungkin sesorang yang perlu berusaha keras itu di beri kelebihan dari segi yang lain. kepada seseorang yang tak perlu berusaha keras pula mungkin menghadapi kekurangan dari sudut yang lain. aku pasti dengan itu.

jadi dengan itu bersyukurlah dengan ape yang kita miliki. sesuatu yg sukar diperolehi mungkin akan memberi kenikmatan yang paling indah untk pemiliknya.

syukur Alhamdulillah~

Tuesday, July 5, 2011

semakin..semakin..

penat melayan perasaan yang entah apa-apa ni. wahai cik hati kenapalah asyik gundah gulana je ni. orang tu tak ada apa pun. namun perasaan aneh itu tak pernah nak surut. semakin menjadi-jadi ada la.

berikut adalah hipotesis yang boleh di buat:

semakin aku cuba,
semakin tak boleh,
semakin nak elak,
semakin tu lah kau lalu depan mata,
semakin nak aku nak buat biasa je,
semakin manis senyuman yang kau lemparkan..

habis cmne?ce cite..ce cite.. huhuhu~ ting tong la lu minah. banyak lagi yang ko nak kena fokus. keje kau tu. buat btul2. jangan nak menyanyah xtentu pasal. walauwehhhh~