hari itu. aku ditemani rumetku ke astaka UMP untuk menderma darah. selepas melalui proses-proses berikut aku sah sebagai penderma darah yang tercomel. hahaha.
-isi borang pass
-cek homoglobin darah + timbang berat pass
-cek tekanan darah pass
-doktor interview berkenaan syarat dan terma derma darah pass
-update buku derma darah pass
-baring atas katil pass
-pegawai perubatan datang cucuk jarum pass
-darah keluar sebanyak 450cc pass
-rehat 10 minit pass
-menjamu selera sebentar (orang dah hidang tak kan nak tolak) pass
-ambil sijil dan beg percuma sebagai tanda penghargaan pass
hahaha. kat bawah ni ada sikit gambar sumber ihsan rumet ku selaku jurugambar tak bertauliah pada hari itu. okay sebenarnya aku yang paksa dia snap gambar aku. terima kasih ye kamu. hehehe.
besarkan jarum tu. hehehe~
itu darah saya. 450cc.
tu darah yg mula-mula kuar. tak tau nape diorang asingkan. huhu~
"ok dik. da blh tanggalkan ni jarumnye. tahan sikit ye" kata beliau kepada saya.
'saya' dan saya. haha. si jurugambar paksaan. haha
"bagus awak ni. da empat kali derma" kata pakcik yang update buku ni kepada saya. hehehe
hadiah percuma~
best woo derma darah. aku rasa puas setiap kali derma darah. pastu aku ada gak dengar mitos yang mengatakan kalau kita derma darah badan cepat naik. aku aku dengan perasaan curiousity yang menebal tanya kat pegawai perubatan yang tengah cucuk jarum kat aku
"cik betul ke kalau kita derma darah badan cepat naik?"
dia replay
"kalau tak jaga makan, tak derma darah pun badan naik gak"
hahaha. terlepas ketawa aku yang memang tak boleh nak cover.
so itu hanyalah mitos ye kawan-kawan. hehehe.