Let Me Help YOU!!

Sunday, January 4, 2009

.::kesilapan..mistake::.

Dalam kehidupan ni memang kita tak boleh nak lari dari melakukan kesilapan, sebab dari situ kita boleh betulkan diri kita secara tak langsung. Selama aku hidup 21 tahun 2 bulan ni (Alhamdulillah), aku boleh simpulkan kesilapan ni ade banyak jenis. Antaranya:-
  • silly mistake
  • kesilapan sendiri buat, sendiri rasa
  • kesilapan sendiri buat, orang lain rase
Tak ada lah banyak sangat, 3 je rupanya. Hehehehe. Okay berbalik pada topik kita. Biar saya terangkan atau huraikan satu per satu point di atas. Teringat pula time buat karangan esei dulu. Huhuhu.

Point pertama. Kesilapan jenis ni biasanya berlaku bila peperiksaan, ujian bulanan, ujian tahunan, ujian saringan, ujian air kencing dan sebagainya. Hmmm. Contoh situasi pula macam ini. Masa test Electric Circuit 1 & 2. Untuk 1 soalan kami memerlukan jalan kira yang panjang. Dan dalam semua jalan kira tersebut, ia akan berkait antara satu sama lain. Kira macam kalau yang di atas salah, maka the whole soalan tu akan salah. Tapi markah jalan kerja dan rumus tetap ada. Itupun bergantung kepada budi bicara pensyarah tersebut. Kadang2 kalau 20 markah, dapat la dalam 8-10. Tapi kadang2 0 terus. Ini berlaku apabila pensyarah tersebut sudah kehilangan hati dan perutnya. Atau kebiasaannya orang akan berkata begini "tak ada hati perut langsung"... Ohhh sudah jauh kita menyimpang. Ok bukan kita tapi saya. berbalik pada point tadi, silly mistake ni biasanya terjadi apabila pelajar tersebut syok sendiri. Dalam kertas jawapan nilainya betul, tapi bila kira di kalkulator saintifik CASIO fx-570MS, nilainya jadi lain. 'Saloh pecet nombor' kata orang Kelantan. Tu je yang berkenaan dengan silly mistake. Huh panjang sungguh huraian beta. Hahaha.

Okay guys, point seterusnya. Kesilapan sendiri buat, sendiri rasa. Kesilapan jenis ini pula bagus untuk seseorang individu tu. Sebab dari kesilapan nya sendiri, dia akan balajar untuk memperbaiki dirinya. Contohnya, seperti seorang ibu melarang anaknya keluar rumah, tetapi, anaknya berdegil untuk keluar juga. Jadi, diam-diam dia keluar melalui pintu belakang. Dengan tidak semana-mena, berlaku sesuatu yang tidak elok kepada diri anak tadi. Contohnya, ribut taufan, ataupun anak itu hampir-hampir diragut oleh peragut, atau lain-lain kejadian yang tidak diingini. Tetapi semuanya dapat diakawal. Nasib menyebelahi anak tadi. Dia selamat pulang ke rumah dan ibunya masih belum tahu tentang apa yang berlaku sebentar tadi. So, anak yang masih lagi terketar-ketar lututnya tadi mula berfikir sambil berbisik dalam hatinya "Kalau la aku dengar cakap ibu tadi, mesti aku tak perlu merasa bagaimana rasa takut yang amat sehingga longgar sendi lututku" kannn. Kerana kesilapan dirinya yang tidak mahu mendengar kata ibunya tadi, dia menyasal. The End...

Okay babe, last point. Kesilapan sendiri buat, orang lain rasa. Bagi saya, kesilapan jenis ini amatlah bahaya. Sangat-sangat bahaya. Tahu kenapa? Yelah sebab kesilapan kita orang lain yang rasa. Cuba kita bayangkan, disebabkan kecuaian orang lain, kita yang rasa, kita yang mendapat natijahnya. Adil tak? Okay contoh situasi kesilapan. Seorang pelajar di salah sebuah universiti awam di semenanjung Malaysia telah menceburkan dirinya dalam badan beruniform yang telah dianjurkan di universiti itu. Dengan berusaha gigih, pelajar ini mengaktifkan diri. Setiap hari rabu dan Sabtu dia perlu bangkit awal dari lenanya kerana perlu menghadiri row call atau menjalani PT pagi. Bukan itu sahaja, dia juga perlu menebalkan mukanya untuk memakai uniform polis yang kalau sekali pandang macam mak guard yang kadang kala juga menjadi buah mulut pelajar-pelajar di situ. Tetapi dia tetap gigih, dia abaikan semua itu. Bagi dirinya itu merupakan tanggungjawab. Persetankan semua kata-kata sinis orang lain. Maklumlah, mulut orang bukan macam mulut tempayan yang boleh ditutup. Jadi biarkanlah mulut mereka terus terbuka. Hari demi hari, bulan demi bulan. Kulit muka yang dahulunya senada, tidak lagi kini. Bak kata salah seorang sahabatnya "kau ni da macam pakai topeng kalau tak pakai tudung". Maknanya bahagian muka yang terdedah sedikit gelap jika dibandingkan dengan bahagian yang dilindungi dengan tudung. Hmmm bukan sedikit tetapi nampak ketara. Okay berbalik kepada cerita tadi. Berita kemasukan elaun ke dalam akaun bank tersebar. Dia gembira. Gembira yang amat. Berlari menuju ke ATM machine. Dengan tergopoh gapah dia menyucuk kad ATM nya ke dalam bank. Setelah memilih bahasa, memasukkan pin kod, memilih 'Pertanyaan Baki' dengan rasa yang teruja. Tunggu, tunggu, tunggu, tunggu, tunggu lagi. Hampa. Di skrin tertera "baki RM 5.90". 'Aik kata dah masuk' bisiknya di dalam hati. Pulang dengan muka yang hampa. 'Mungkin lambat sikit kot' bisiknya di dalam hati lagi. Jadi dipendekkan cerita. Sampai sekarang elaun nya masih belum msuk lagi. Setelah disiasat, pihak atasan telah tersalah masukkan no akaun nya. Dan natijahnya, pelajar tersebut yang merasa kesengsaraan bukan pihak yang tersalah tadi. Kesiankan pelajar itu.

Jadi itu sahaja cerita hari ini. Sekian terima kasih...


Waaaaaaa. Bila elaun aku nak masuk. Eh bukan aku. Hmmm. Okay. Bye..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Elaun akuuuuuuu...

7 comments:

mYsteRi0us said...

saye tahu sape kah yg tak dpt elaun nye itu lg...!!!

joyah sepot said...

hmmm...
cmne ko tau?
lalala~

mYsteRi0us said...

ak tau laa...!!

huahuahua..

perLu ke ak bitau kepade umum siape kah makhluk itu??

nich said...

anom.. bkn anom je tunggu elaun 2 taw... neeQ pom tunggu gak.. ngahaha

joyah sepot said...

mysterious:
kene ke bgtau? hehehe...
sy rase xperlu la kita dedahkn identiti individu itu.
biarlah rahsia...
hmmmm...
wachaaa!!!

saya:
aik...
nape anda juge menunggu? anom tu sy ke?
sy ke yg menunggu elaun itu...
huuhu...

SKODENG said...

elaun masuk dah

joyah sepot said...

ye encik skodeng...
elaun sy tiba dikala elaun encik sudh hilg ntah ke mana...
hehehhee...