Let Me Help YOU!!

Thursday, January 1, 2009

...kehidupan #01...

"Kalau ada pertemuan mesti ade perpisahan" Am I right? Aku yakin semua setuju dengan qoute ni. Aku juga yakin hampir semua manusia atas muka bumi Allah ni pernah mengalami situasi ini. Cuma yang bezanya keadaan situasi itu berlaku. Ada yang diakhiri dengan kegembiraan, tenang, redha, sedih, kecewa dll. Aku juga mengalaminya. Tahun lepas, bulan lepas, 2 minggu lepas. Yaaa. Semuanya berlaku begitu pantas. Tanpa sedar aku sudah melaluinya dengan penuh rasa terkejut, marah, sedih, kecewa, dan banyak lagi feeling yang tak dapat aku nak ungkapkan.

Dia. Tanpa sebab. Aku tak pasti. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri.

Perlu ke aku bersangka baik lagi towards him after all the thing that he had done to me?

Aku tak tahu.

Well, just let it be. Aku bukan sesiapa nak menghukum orang lain. Aku juga manusia seperti dia. Tak ada sikit pun yang lebih antara aku dan dia. Aku doakan kebahagiaan dia.

Kalau Adi vokalis 6th sense kata "tanpa engkau aku tak mengerti", ia buat aku terfikir sejenak. Sampai bila? Walaupun kehilangan dan perpisahan itu satu perkara yang amat menyakitkan aku redha. Kerana aku yakin itu yang terbaik untuk ku.

"Tak semestinya apa yang kita mahukan itu baik untuk kita, dan tidak semestinya apa yang tidak menjadi kemahuan kita itu tak baik untuk kita" Eilah yang memperkenalkan aku ayat ni. Aku tak pernah dengar sebelum ni. Sungguh. Ayat ni juga buat aku terfikir dengan begitu dalam. Sangat dalam. Betul ke apa yang lakukan selama ini. Terbaik ke ape yang aku terima selama ni? Lastly, aku just buat 1 conclusion yang berbunyi "hargai apa yang dah ada selama ni".

So aku cuba hargai apa yang aku ada sekarang. Pada yang dah tak menjadi kepunyaan aku selama ini, aku lepaskan kalau itu yang terbaik untuk dia. Siapalah aku untuk memaksa. Siapalah aku untuk mengubah takdir ini. Mungkin ada yang lebih baik di hadapan sana. Who knows. Hehehe. I hope so.

Sekarang masa untuk aku revenge semua yang berlaku sem lepas. Sungguh ramai 'D' dalam slip result aku. Yeeee. Akan aku hapuskan sem ni semua 'D' tersebut. InsyAllah.

2 comments:

nuyuljana said...

no matter hard it is, life has to go on.. be strong ogey.. :)

Blog Aku

joyah sepot said...

thanks jannah...
jumpe pulak ye ko blog aku...
hehehe...