Let Me Help YOU!!

Tuesday, August 31, 2010

kusuttttttt

time bulan puasa macam ni seharusnye manusia lbh bersungguh2 nak beribadat, nak mendekatkan diri pada Allah. tp ade gak yang lalai. tak cakap orang lain, tapi aku sendiri. mungkin sebab tu banyak dugaan yang disangka-sangka datang menguji aku. lately, memang aku rasa stress sangat. aku rasa macam aku tak boleh nak laksanakan tanggungjawab aku dengan sempurna. perlu ke aku guna kekerasan. aku da bagi peluang banyak kali dah. but it seems nothing change and the same thing still happen again and again.

apakah maknanya kalo seseorang manusia yang beragama ISLAM yang dulunya bertudung litup dan sekarang telah nekad untuk free hair sebab nak merasai ape yang kawan-kawannya rasa. keputusan dibuat dalam bulan RAMADHAN. setan sume xde. Ya Allah, Dia saje yang tahu perasaan aku macam mana. bila ditegah dia tetap dengan keputusannya. katanya

'nape tak boleh kan dosa tanggung sendiri'

'pale hotak ko, bapak ko yang tanggung dosa ko selagi ko belum kahwin' balas aku

'biarlah aku nak buat gak' dia cakap lagi.

time tu ringan je tangan aku ni nak singgah 2-3 kali kt pipi dia tu. menutup aurat tu menjadi kewajipan semua manusia yang bergelar muslim dan muslimah. kita tak pernah diberi pilihan untuk nak atau tak nak untuk menutup aurat. susah sangat ke nak buat. lawa sangat ke kalo free hair? huduh sangat ke kalao bertudung.

tapi saat ni aku memang rasa kecewa yang amat. dan sekarang aku buntu. tak tahu nak buat ape. kalo orang lain memang aku nak biar je. means, aku dah advice tp dia still xnak ikut. kira tanggungjawab aku dah lepas. tapi kali ni orang yang sangat rapat dengan aku. tolonglah jangan cabar kesabaran aku.

hmm..perlukah aku doa kan agar dia ditimpa kesusahan. dan dengan itu dia akan kembali seperti dulu. Ya Allah, mana boleh doakan kecelekaan untuk orang lain. Astagfirullah.

aku buntu. yang amat~

3 comments:

nuyuljana said...

doakan agar Allah beri hidayah.

nak paksa xbole sebab dah besar.

MangkOk cHenTa ♂ said...

hooo..tenang2~

Liyana said...

kalo da akhil baligh pun da tanggung dosa sendiri jugak kan?