Let Me Help YOU!!

Saturday, April 25, 2009

saat ni!!

tangan tekan2 keyboard laptop. telinga dengar alunan muzika. mulut terkunci sepi. mata mengeluarkan menda yang boleh keluar dan melihat skrin laptop dan sesekali memerhatikan jari jemari menekan butang keyboard. otak dan akal bersatu ligat memikirkan sesuatu. jantung berdegup laju. hati tak keruan. perasaan sedang gundah gulana seperti menyalahkan sesuatu.

kenapa saat ini? kenapa bukan dulu?

waraskah aku saat ini?

sepi... no answer!!

haih...

tertekan..

aku sgt2 memerlukan seseorang saat ni!!

nape ase cmni tetiba!!

aku tak suka bila perasaan gini!!

aku tak suka!!

tolonglah, da lama aku bentuk mind aku!!

pls!! dont take 'it' back from me!!

aku xde cari pasl dengan sape2 pun!!

go away!!

just go!!

dont leave any single thing here!!

arghhhhh!!!


Friday, April 17, 2009

.:they make me smile:.

hmm korang penah tak mengalami situasi ini, dimana korang sedang mendengar lagu. dan dalam masa yang sama korang juga mengikuti bait-bait lagu tersebut. kira macam korang ni tengah duet la dengan penyanyi asal lagu tu. nyanyi punyalah nyanyi tiba kat satu part dimana korang rase konfiden yang menebal. korang pun kuatkan nada korang then nyanyi. tiba-tiba...

salah

dan mase tu korang duk dalam kete or dalam bilik bersama-sama kawan-kawan korang yang lain. ramai lak tu. lbh pada sorang kira ramai la kan. kawan-kawan lak jenis kalo bahan member tak ingat dunia. hahaha.. opss tergelak..

symptom yang aku sebut di atas banyak menular pada kawan-kawan aku. dan secara aku di kelilingi oleh orang-orang yang mengalami masalah ini. dan aku juga terdedah dengan penyakit yg merbahaya ini. kenapa bahaya? hmmm.. bahaya la beb bila kamu bisa memalukan diri sendiri. kalo depan member-member tak pe lagi. kalo depan mamat ensem ke, bakal kuarga mentua ke.. parah2..

tapikan member-member aku yang best lg cool neh steady je bila salah lirik neh. da r stock2 nyanyi kuat2 pastu bila salah wat muka toya.

so far la kan byk la symptom2 lain contohnya salah msuk line ke, tune lari berciciran sume ade r.. hahaha.. opss gelak lg..

contoh situasi:

seorang sahabat aku ni. dia memang kacip r dgn penyakit ni. nama dia ipah (bukan nama sebenar). dia banyak gak tau lagu2 ni. kira sume lagu r dia tau. tau hentam. hahaha. adeh gelak lagi. sori2. tapi dia steady je. bak kata orang usaha tangga kejayaan. ade 1 lagu neh kalo aku dengar sure ingt dia. mula2 dia try nyanyi lagu ni memang berterabur ar. tune dia lak bagai berlari-lari bapak di tepian pantai. tapi dia rilex. kitorang duk gelak2 dia still gak nyanyi. sampai la dia pro giler lgu tu. nak tau lgu ape.. KETAHUAN-matta band.

ade lagi citer neh. yang ni kawan kacip aku gak. memang rapat r. hehehe nama dia echa (bukan nama sebenar gak). dia ni jenis diam je time mula2 knal dulu. tapi smakin maju dia akhir2 ini. biasala kan. people change according their environment. ade skali tu aku duk wat keje dengan dia. aku bkk lgu kat laptop ku yg usang neh. dengan mode shuffle, so pelbagai lagu la yang menjadi santapan hawa telinga kami. tiba la kat satu lagu ni. tgah sedap2 layan tetiba si echa ni dengan lantangnya menyuarakan isi hati nya "APUROOO DOROOOOO" haaa xke lantang tu. aku yang terkesima seketika kembali gelak tahap2 xleh nak benti. nak tau lagu ape? purest of pain-son by 4.

ok next citer pasal nina(bukan nama sebenar lagi) lak. aritu kitorang kuar. guna kete mak member aku. dia blik umah mase tu. jiwa aku time tu memg meronta-ronta r nak kuar. serabut giler.. pastu da lpas makan, jalan2, tgk2 slipar, tah ape lg tah ktorang wat, aku pun bagi cadangan nak g karok yeyeahhh!!! so gerak la kami bertiga ke karoke jamban. aku bayar rm 5. maknenya blh nyanyi 5 lagu. msuk jamban. i mean bilik karoke tu r. amik sit. pastu pilih lagu. melalak la kami time tu. aku lak time tu mood suram lg gloomy. pilih r lgu2 sadis yg bisa menusuk kalbu smpai blh tembos tulang belakang. tengah layan2 lagu ni smbil kenangkan kisah2 lama. kira feel hbs la tetiba si nina ni slah msuk lak. hahahahaha aku yg time tu berair mata, skit je, trus gelak.. hehehe neway thanks nina coz make me laugh time2 aku bersedih tempoh ari. yg ni lagu nya dirahsiakan. =)

see, they make me laugh. mungkin satu ari nnti kalo aku ingt symptom2 ni sure aku gelak sambil kenangkn member2 aku yg kt ats ni. ade ramai lgi yang ade symptom ni. aku pun kekadang terjangkit gak. hehehe. cter kt ats ni terjadi dlm msa yg terdekat, tu yang aku leh story blik. hehehe. kami ade lg 1 sem lbh skit nk bersama2. untuk bahan member2, gelak sesama n sume la. wpun da kurang sorang, we still closed. life must go on. dia? tetap ade kt hati kami. sbb? sbb setiap kali kalo kami jalan2 ke mesti teringat dia. n sesape mesti meluahkan rasa itu. walaupun ade yang muka toya je bila ade yg ckp cmtu, tp aku tau jauh di sudut ati dia pun merasai perkara yang sama. thanks everyone. u all light up my life. betul r kata orang, kita xde pakwe or makwe tp jgn xde kawan. sunyi beb. tgk cm aku, pakwe xde tp kawan yang menyokong ramai, so hepi je ase, ceria n berbunga-bunga je hari2 ku.

so dikesempatan ini aku nak wish gud luck la kat karakter2 di atas yang bukan nama sebenar tu. dan xlupa juga suma pesakit kepada penyakit di ats. gud luck ye for final nant. aja2 fighting. =)

Tuesday, April 7, 2009

Anin..Maafkan along...

Tadi Anin msg.

'alg..mat da xde'

Aku tengah tengok Family Outing. Terkejut. Tak percaya. Aku tak boleh nak pikir ape-ape. Aku nak replay msg anin tapi dia da call. Dia nangis. Aku? Tak tu nak rasa apa. Semua perasaan ada. Aku dengar Anin citer. She told me that she need me so badly. She ask me to balik rumah. Tapi aku banyak lagi kerja nak buat. Paling awal pun aku boleh blik this weekend, after all those work is settled. She ask me to go back as soon as posible. Ya Allah, what should I do..

Anin,
Along bukan tak nak balik. Tapi along ada keje sikit ni. Along cuba selesaikan as fast as I can. I'll try. Sabar k. Da sampai masa dia. Kita kena redha. Jangan nangis banyak sangat. Nanti seksa arwah kat sana. Sedekah Al-Fatihah banyak2. Baca surah Yaasin. Nak nangis tak pe. Tapi jangan sampai meratap. Its not good.

Jaga diri elok-elok ye. Nanti along balik rumah, kita try mintak izin ibu abah nak balik kelantan. Kalau xde duit kita guna duit along dulu k.

Anin sabar tau. Along minta maaf sangat2. Along tak da kt anin time2 cam ni mcm anin selalu teman along masa along sedih dulu. Maaf sangat.

Ya Allah tabahkan hati adikku. Kau berikanlah dia kekuatan dalam mengharungi dan menempuh dugaan Mu ini ya Allah. Kau ampunilah dosa2 arwah. Tempatkanlah ia bersama orang-orang yang beriman. Aminn..

Sunday, April 5, 2009

I l0ve my m0m

Nama ibu saya ialah Puan Khairiah binti Muhd Yunus. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1964. Dan ketika dan saat ini, saya amat merindui beliau yang sekarang ini sedang nyenyak tidur di atas katil yang terletak di bilik beliau, di dalam rumah kami di Johor Bahru. Waaaaaaaaa nak balik rumah...

td wt report PSM pastu dengar 1 lagu ni. pastu ase nak nages pun ade. wuuu~

Sheila On 7
Just For My Mum

sometimes I feel my heart so lonely but it's ok
no matter how my boy just left me and I just don't care
whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
she's there for me, it's she's my mom

just for my mum, I write my song
just for my mum, I sing this song
its just for mum, can wipe my tears
its just my mum, can only here

trap in a subway, can't remember the day but I feel ok
damped in damn situation, in every condition with no conclusion
whenever the rain comes down and it's seems no one to hold me
she's there for me, it's she's my mom

you may say I have no one, to cover me under the sun
you only get it from your mum.

p/s saya edit sikit lgu ni ikut kesesuaian nya.. hehehe maap ye SO7.. =)



best kan lagu tu? huhuhu...
ibu, tunggu kepulangan anak mu ini..wuuu~
along sayang ibu..

p/s prasan x yang mak saya ni kalo senyum pun dia tutup mulut...hehehe comel kn??

Friday, April 3, 2009

.:Selamat Pengantin Baru Puan Jihan:.

NURJIHAN BINTI MOHAMAD DANIEL
&
MUHAMMAD DANIEL YEWSOF

SABTU 21 MARCH 2009
24 RABIULAWAL 1430H

Selamat pengantin baru untuk Puan Jihan dan suaminya Encik Daniel. Seorang lagi sahabat saya yang dah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada 21 March 2009. Semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat. =)
Antara detik-detik bersejarah mereka di rumah pengantin perempuan. Puan Jihan kelihatan sungguh berseri-seri. I'm happy for you my dear friend ang so sorry bcoz can't be there at your big day. Wuuu~

~Nurjihan Binti Mohamad Daniel~


Ni pic time sweet 18. Hehehe. Muda remaja lagi time ni. Bak kata Sensi yang berada nun jauh di Seberang "1 down, 6 more to go"
Who's next?
Don't have the answer.

hehehe.. =)

Thursday, April 2, 2009

.:untitle #02:.

Dalam perjalanan sebagai khalifah di Bumi Allah aku selalu alpa dan leka. Terkadang aku terlalu asyik dengan kehendak duniawa tanpa menghiraukan Akhirat ku kelak. Apakah cukup bekalanku? Apakah aku sudah bersedia? Kemanakah hala tujuan ku nanti?

Aku sering menuding jari dalam setiap apa jua keadaan dan kejadian yang berlaku. Wajarkah tindakanku? Benarkah itu caranya?

Aku jua seringkali melakukan kesalahan dalam keadaan sedar. Aku sering mengulangi kesalahan yang sama. Aku sering bertindak tanpa berfikir. Aku sering mengikut nafsu amarah ku. Aku sering melayani kehendak hati ku yang sia-sia. Aku sering kali menyesali apa yang berlaku selepas ianya terjadi dan aku bencikan semua ini!!!

Aku ingin menjadi hamba Mu yang sempurna ya Allah. Aku ingin menjadi umat pesuruh Mu yang sempurna ya Allah. Aku ingin menjadi anak yang sempurna ya Allah. Aku ingin menjadi sahabat yang sempurna kepada sahabat-sahabat ku ya Allah. Aku ingin jadi yang sempurna Ya ALLAH.

Tapi aku pasti kesempurnaan itu bukan milik ku. Aku pasti ada hikmah disebalik kecelaan yang ada pada ku ya Allah.

Ya Allah,
Kau ampuni lah dosa-dosa ku Ya Allah,
Kau ampuni dosa-dosa kedua ibu dan bapa ku,
Kau ampuni dosa adik-adik ku,
Kau ampuni dosa sahabat-sahabat ku,
Kau ampuni lah dosa hamba-hamba Mu samada yang masih hidup ataupun yang sudah menghadap Mu ya Allah,
Kau berikanlah aku Hidayah dan Taufiq mu untuk aku meneruskan sisa hidup ku,
Agar dapat ku mencari jalan-jalan Mu,
Agar dapat ku perbetulkan salah dan silap ku,
Setelah aku memilih jalan yang benar, janganlah Kau bolak-balik kan hati ku,
Kau berikanlah aku ketenangan dan kedamaian di dunia dan Akhirat,
Kau berikanlah aku kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan Akhirat,
Kau berikanlah aku kesenangan dan permudahkan segala urusan ku di dunia dan Akhirat,
Kau jauhilah aku dari kemaksiatan,
Kau jauhilah aku dari kehinaan,
Kau jauhilah aku dari malapetaka,
Kau jauhilah juga aku dari kealpaan dan kelalaian terhadap Mu Ya ALLAH,
Kau permudahkanlah Sakaratulmaut ku kelak,
Janganlah Kau aibkan kematian ku kelak,
Sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang hina Ya Allah,
Dan hanya pada Mu lah aku meminta,
Hanya pada Mu jua lah aku bermohon,
Maka, hanya Kaulah sahaja yang mampu mengkabulkan permintaan ku ini,
Tiada tuhan selain Mu ya ALLAH,
Dan Nabi Muhamad itu pesuruh Mu Ya ALLAH..

Amin Ya Rabbal Alamin...