pertama-tamanya aku nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah.
pernah tak korang berkesempatan untuk merasai keadaan bagai 'telur dihujung tanduk' means dah nak mati la. apa rasanya? takut tak? hmmm. mesti takutkan. itu kalau aku la. sebab? aku tak yakin amalan da cukup untuk menghadap Yang Maha Esa.
that day, aku dan rumet aku pergi berlibur kt satu tempat ni. aku memang jenis yang teruja kalau tempat mandi manda ni. memang sangat teruja. sejak dari kecik mak aku cakap aku ni jenis gitu. aku main2 air atas pelampung dengan salah sorang rumet aku. mungkin kerana keterujaan aku yang terlampau pelampung yang kitorang naik tu terbalik pada ketinggian 1.5m++. dekat-dekat 1.6m da ase nye. tak bape sure. and for your information my height is 1.59m and aku memang tak pandai berenang. kalau setakat nak terapung dlm air tu blh la. then aku terkapai-kapai dalam air ni nak cari pelampung tadi, tapi malangnya pelampung tu ade kat rumet aku dan dia jauh di bawa ombak jadi-jadian tu. dan aku terus terkapai-kapai plus panik yang amat. aku cuba untuk tidak panik tapi sebab aku tak blh nak bernafas dengan sempurna aku terus la terkapai tanpa mencuba cara lain utuk selamatkan diri. contohnya terapungkan diri ke, cuba berenang-renang ke tepian ke. and all i do is terkapai-kapai. and masa tu first thing yang aku da wat adalah mengucap. air yang aku telan tak usah cerita la banyaknya. nasib baik aku telan kalau aku sedut ikut hidung lagi la aku tak leh nak survive. sebab hidung aku amat la sensitif. dan sampai lah aku terfikir untuk give up je tapi semacam ada suara halus yang menyuruh aku untuk tidak berbuat begitu. 'pantang maut sebelum ajal'. dan usaha aku adalah terkapai-kapai jelah.
sehinggalah aku rasa ade orang tarik tangan dan badan aku sampai aku nampak dunia yang dinamakan daratan dan beliau mengarahkan untuk aku berpaut pada satu benda yang konsepnya ala pelampung. so aku berpautlah kat menda tu sambil menyedut oksigen sedalam-dalamnya. brother tu tanya aku sebaik sahaja aku berpaut pada mende tu 'adik ok dik?' aku tengok dia sambil sendawa 'burlppp' opss.. bukan sengaja beb aku telan air banyak tau. huhu. aku malu, brother tu gelakkan aku sambil cakap 'banyak ke telan air'. aku diam je tak de mood nak gelak. dia pun bawakla aku ke tempat yang tak bape nak dalam. dan aku yang masih fobia dengan kejadian sebentar tadi hanya berpaut pada menda tu tanpa cuba untuk menjejakkan kaki ke dasar. dan abang tu pun tanya 'da boleh jejak dik?' aku pun cakap 'jap bang saya tak stabil lagi ni' sambil rasa nak terjatuh lg. sampai la aku perasan cam da cetek sebab tengok orang sekeliling dan aku cuba jejakkan kaki sambil bersuara 'eh da boleh jejak' hehehe. malu lagi dengan brother tu. abang tu pun cakap suh be careful dan aku pula mengucapkan terima kasih tapi lupa mintak no fon. adeh. hehehe. tak de lah. tak kan lah aku nak wat gitu, ade je brother tu selam aku lagi sekali. hehehe.
dan sekarang Alhamdulillah aku masih bernafas. aku ade terfikir kalau la Allah nak amik nyawa aku masa tu, dah bersedia ke aku? mak ayah aku camne? kawan-kawan aku? hmm inilah manusia. terlalu sayangkan dunia. aku lah, orang lain aku tak tau. dan dari itu beramal lah seperti esok kita nak mati dan berilmu la seperti kita akan hidup selama-lamanya.
3 comments:
alamak..apesal lu x amik no fon..
tensen aku..
bkn pe..pasni agak2 nak lemas..leh text dlu brader tuh...
hehe...
ayukur ko pnjang umur...
langkah lagi dalam dunia kehidupan..
=)
same situation with me!
nnt free aku bt entri!
haha
lumut:
tu r...
aku plan gitu gak...
tp siyes weh...xnak aku lemas lg...tu mujur ade org tlg..huhu..
syukur Alhamdulillah...
nuyuljana:
huhuhu...sama la kita ye...bereh2..aku tgu entry yg satu itu...hehehe
Post a Comment