Let Me Help YOU!!

Saturday, November 20, 2010

jalan itu

dalam menuju jalan kebaikan, ada sahaja penghalang yang tiba. dari kiri, kanan, depan dan belakang. pendek kata dari semua arah la.

semakin jauh aku melangkah mengharungi hari-hari yang berlalu ni, aku dapat rase kan yang aku semakin menyimpang jauh. aku tak mengharapkan untuk jadi begitu. aku tak nak jadi begitu. tapi kenapa. kenapa perkara ini berulang kali terjadi. betullah kata orang. mahu ke jalan yang benar bukanlah semudah yang kita sangka. berbanding dengan ke jalan yang sedia tersimpang. sangat mudah.

tapi, andai kita mampu mengawal nafsu nafsi yang sering meguasai diri mungkin kita mampu mengharungi segala halangan yang tiba. kalau begitu, dimana hendak dicari kekuatan yang sekukuh itu? bagaimana kalau kita sehabis usaha menjauhi segalanya tetapi keadaan dan situasi yang membawa kita dekat kepada perkara durjana itu? bagaimana?

keimananlah yang menjadi ukuran untuk itu semua. ya Allah jahilnya aku. sungguh jahil. aku seakan tak mampu menilai yang mana permata yang mana kaca. aku tak mahu pengakhiran hidup ku begini. sungguh ku tak mahu. tanya sahaja pada sesiapa pun, pasti mereka mahukan kehidupan yang bahagia dan indah di akhir kelak.

jadi, harus lebih usahanya dalam mencari kekuatan. Astagfirullah.

No comments: