Let Me Help YOU!!

Showing posts with label malang. Show all posts
Showing posts with label malang. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

salahkah aku??!!

Tadi aku gi Kuantan Parade. Nak ambil gambar untuk buat passport. Biasalahkan orang yang sedang berperasaan normal akan tersenyum bila berhadapan dengan kamera. Dan tak terkecuali aku. Tapi masalahnya MEREKA gelakkan aku sambil berkata "mana ada orang senyum nampak gigi untuk letak kat passport!! Hahaha(gelak sebesar alam).."

Aku terpinga-pinga sambil cuba menegakkan benang yang separa basah. "Ye je korang ni. Apsal tak boleh senyum?" soal ku tak puas hati. Tapi tiada jawapan yang tepat dari MEREKA kerana mereka terus-terusan menggelakkan aku. Ada pula salah seorang dari MEREKA cakap macam ni "kalau tak silap aku imegresen reject kot gambar orang yang senyum".. Adeh terpana aku dengar. Waaaa. Mahal tu aku bayar. Ermmm RM13.00. Okay2 mungkin tak mahal bagi mereka yang berkemampuan. Tapi bagi aku boleh buat beli makanan 2 hari tu. Tak pun KFC snack plate plus cheesy wedges babe!!

Aduhai, tak sangka pula masih ada lagi benda-benda pengetahuan am yang macam tu aku tak tahu. Actually tak ambil tahu. Hehehe. Nak buat macam mana ni?!




ehh. aku dah semakin tembam la.. ke sebab aku senyum nampk gigi?? hehehe...

p/s malang betul nasib aku. Dah lah tudung aku senget lak tu... Waaaa..stressss.. Ade sape2 nak belanja aku wat gambar passport lagi sekali.. plsss(muka merayu tahap nak nangis dengan mata yang bersinar-sinar)..xde? okay forget it!!

salahkah aku tersengih time amik gambar passport!!!