Let Me Help YOU!!

Monday, November 10, 2008

..kant0i --> tak kant0i..

peristiwa-peristiwa...

9 November 2008

Dalam pukul 10.30 p.m selepas aku bersiram dan Iffah siap bersantap Maggi Kari Letup (mungkin), kami bergegas ke bilik Eilah. Untuk memulakan persiapan majlis seorang sahabatku. Menu hari ini adalah cucur udang Adabi (belum bayar lagi kat Eilah) dan air Milo. hehe..

Sedang aku leka membancuh adunan cucur udang Adabi, Fatin, Nani dan Amy tiba di muka pintu bilik Eilah sambil tersengih-sengih menunjukkan gigi mereka yang tak berapa nak putih. Setelah selesai mengadun cucur (tambah air je sebenarnya..hehehe), aku memulakan tugas seterusnya iaitu merendam cucur udang tersebut ke dalam minyak yang panas sehingga garing atau dengan kata nama lain menggoreng. Tapi Fatin membantah cara kerja ku yang ku rasakan begitu cermat dan sangat berhati-hati. Dia tidak berpuas hati dengan saiz cucur yang ku goreng. Besar. Katanya la. Tanpa melengahkan masa, aku terus menyerahkan sudu dan bekas adunan cucur tadi kepada Fatin. (Haaa amik kau nak complain sangat kan, Buat sampai habis hehehe). Ye aku tau tindakan aku itu sangat kejam. Fatin meneruskan kerja-kerja menggoreng dengan perasaan bahagia kerana saiz cucur yang menepati saiz idamannya tadi. Aku menjengah untuk melihat hasilnya. (Hmmm sama je, biarkanlah dia hahaha).

Sambil menunggu akak Fatin menggoreng, kami (aku, Eilah, Iffah, Nani, Amy dan roomate2 Eilah) berbual-bual kosong bercerita tentang peperiksaan yang agak menyakitkan hati itu. Huhhh aku rimas. Hehehe.

Setelah selesai menggoreng cucur, Amy pula mengambil tugas untuk mencuci apparatus-apparatus milik Eilah yang kami gunakan untuk mengadun cucur. Antara apparatus yang kami gunakan ialah spatula (sudu) dan mangkuk pijar (bekas plastik je). Sementara menunggu Amy membasuh Nani dan aku membancuh air milo dan mocha(Eilah sponsor).

Setelah semua selesai kami terus bergerak menuju port biasa kami semasa musim peperiksaan ni. Blok c7. Aku cari Yen (rumet Aisyah). Dia lepak kat bilik Jue rupanya. Iffah pun ada juga. Tengok dari gaya mereka yang tersengih apabila aku melangkah masuk macam mengumpat. Ahh persetankan itu semua. Misi malam ini harus berjalan dengan lancar.

Lepas setting baik punya, aku meminta Yen mengalih perhatian Aisyah, supaya aku dapat menutup matanya untuk di bawa ke port kami. Tapi malangnya gagal. Yen terus menuju ke bilik air untuk melepaskan hajatnya. Timing tak berapa nak betul. Hehee. Selesai misi Yen dan toilet, kami keluar bersama untuk menuju ke bilik beliau dan cuba untuk melakukan misi yang gagal sebentar tadi. Tapi...

Tapi...

Tapi...

Aisyah sedang berdiri di depan pintu menjengahkan kepalanya and suddenly, she saw me....

Arghhhhhh.... Kantoi....

Wahahaha... Frust betul aku.

Akibat sudah terkantoi bongok dengan si Aisyah, aku berlari ke port kami sambil ketawa dalam menjerit dan membuat sedikit adegan annoying sampai Iffah tengok aku semacam. Ahhhh. Aku tak peduli itu semua. Hehehe..

Jadi Misi aku malam ni boleh dikira sebagai Failed. Dan perlu repeat atau ambil short sem.

10 November 2008

Haaaa... Sebagai gantinya kegagalan misi semalam, aku dalam diam main mesej dengan Ammar(ehem..ehem Aisyah) untuk menjayakan 1 lagi misi (Aisyah percayalah bukan mesej cinta ye. Hehehe). Setelah 2-3 hari kami berbincang dan bertukar pendapat terbitlah 1 idea yang simple tapi baik punyaaaaa.

Dan misinya ialah....

jeng..jeng..jeng..

Tepat pukul 8.45p.m kami(aku, Iffah, Eilah, Jujue, Syaza, Lynn dan Birthday girl) bergegas ke restoran tepi tasik yang amatlah dekat dengan UMP ni.(Kalau jalan kaki boleh tahan jauh juga). Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh seorang mamat yang sedang bergayut dengan aweknye. Hehehe sori-sori. Mamat tu xde kena-mengena pun sebenarnya. Selepas mencari tempat yang agak strategik. Hmmmm tak ada lah strategik sangat. Sebab Jujue cakap tempat tu "gelap gup gup" (loghat ganu kiteeee). Tapi belasah je lah. Hehehe. Tetiba Ammar telefon tanya kami di mana, tapi aku rilex je. Dengan muka selamba aku melaporkan kepada Ammar yang kami telah selamat sampai. Beliau yang hadir bersama teman sesengalnya, Fendi Sengih juga melaporkan bahawa beliau sudah sampai dan bersedia untuk menuju ke tempat kami.



Aku buat macam biasa.



Tiada perasaan tapi gelabah.



Setiap kali bunyi derapan kaki yang singgah ke telinga ku, aku jadi berdebar-debar. Degupan jantung ku laju. Bukan apa, aku takut kali gagal lagi. Sebab aku benci kegagalan. Arghhh tension ingat peristiwa semalam. Hehehe.

Aisyah bersuara "Eh Fendi laa.." aku diam. Bukan aku, tapi kami. beberapa saat selepas itu Aisyah bersuara lagi. Tapi macam tak berapa nak bersuaralah. Mungkin berbunyi. "Ehhhh...". Senyap. Tiada sambungan Dari Aisyah. Mungkin beliau gagap apabila melihat ehem ehem nya tersengih ke arahnya. Matanya kemudian beralih ke arah aku. Aku?!!! Kenapa aku? Ok.. Ok.. Aku tersenyum manis ke arahnya.

Ammar menghampiri kami dengan sekotak kek Tiramisu dan hadiah untuk Aisyah. Aisyah masih tersenyum dan tidak bergerak.



Kejung agaknya.


Hahahaha.


Aku faham perasaannya.


Tergamam.



Kami meneruskan majlis dengan potong kek Tiramisu(Aisyah la yang potong sampai berterabur. Sungguh tiada terserlah bakatnya. Hehehe), ambil gambar bersama, rakaman video dari K750i milik ku, tunggu akak kedai hantar makanan, makan, berbual kosong, main mata(Aisyah & Ammar la. Hmmm aku hentam je. Hehehe) dan sebagainya.

Perasaan aku??? Ye.. Aku bahagia. Sebab? Sebab Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Betul lah kata orang 'Gagal sekali, tak bererti gagal selamanya'.

kepada Aisyah:
Maaf ye kalau ada ketidaksempurnaan dalam majlis tadi. Aku harap sangat kau terasa macam surprise. Hehehe. Then, maaf lagi sekali sebab suprise party yang aku rancang ni tidak lah segah surprise kau untuk aku hari tu. Huhuhuhu.
~Semoga panjang umur
~dimurahkan rezeki
~dipermudahkan segala urusan di dunia dan di Akhirat
~aku sayang kau... Huhuhu



kek Tiramisu dan tangan beliau




beliau memotong kek dengan rakusnya (mulut ternganga) sambil
diperhatikan oleh ehem ehem nya. Hehehe



Kami. Ada lagi seorang. Nama diberi Iffah sebagai fotografer.
pic tak berapa nampak.
guna hp murah.
Hehehe.
dari kiri: jue, lynn, syaza, eilah, aku, aisyah, ammar dan fendi bersama Dunkin' Donuts.

Saturday, November 8, 2008

..its 0kay..

..its 0kay babe..

..sape lah saye..

..sy xnk pakse2..

..sbb, nnti kalo sy pakse awk..

..awk jd xsuke kt saye..

..its ok..

..sori ye kalo sy neh cam suka paksa2 awk..

..sori sgt2..

..sori lagi..

..untuk sekian kalinya sy nak ckp sori lagi..

..bubbye..


sepi-->> semangat -->> happyy-->> ????

aduhai meleleh lagi air jernih neh. huhhh nape aku ni? sampai bila aku nak jadi cam ni? i have to move on. kalo bukan aku yang start sape lagi? orang lain just bolah cakap "u can do it", "what past is past..jangan ingat lagi dah..", "sabar k..sume yang berlaku tu ade hikmahnya..", ade gak yang cakap cam ni "tu la ko...dulu kan aku da cakap, dia tu memang tak boleh harap.." ade la lain2...ape yang diorang cakap sume betul, tak ade 1 pun yang salah, tak ade 1 pun yang silap. cuma aku je yang still macam tak nak dengar. nape? ok aku admit memang aku degil. ikut hati je..

tapi itu yang aku rase. walau ade 100000 orang cakap "u deserve better" aku still dengan feeling aku. susah kalo aku nak buang cam tu je. aku bukan jenis yang senang nak fall in love, bukan jenis senang nak sayang sesorang tu dalam masa yang singkat.. itu memang betul2 bukan aku. tapi at the same time aku kena admit ape yang orang lain cakap. sebab mak aku cakap "along, orang sekeliling lebih nampak sape kita dari diri kita sendiri. sebab orang lain akan lihat dan mentafsir diri kita dari diri dia sendiri. and same goes to you. u will always said that everything u had done is a right thing tapi sebenarnya..." alahai mak aku.. aku sayang dia. sangat2. dia akan cakap lembut2 je kalo ape yang aku wat tu, tak berkenan kat mata dia. perasaan halus seorang ibu tu memang ada kt dia. my mum.

what about me?aku tak tau nak rase ape? kalo tengok sekeliling memang aku akan rase down sangat2. bila tengok orang bergayut lama2, dating, tapi ape yang aku boleh wat kan. tengok je la. nasib bek aku ade member2 yang betul2 care pasal aku. banyak mende yang aku wat kalo aku rase cam teringat ke. time tu la member2 aku akan main peranan secara tak sengaja. aku hepi bil tgk diorang ketawa. sangat2 biarpun time tu dalam hati aku da banjir plus tsunami sume. hehehe diorang menghiburkan hati aku. seyes.

dia...masih seperti dulu. datang dan pergi sesuka hati. aku ke yang tak sabar?aku ke yang tak faham dia?aku ke yang salah? normal ke kalo camtu? everytime busy. then nape nak jadi cam dulu? nape nak betolkan kesilapan dulu kalo perangai dia still cam dulu? huhu aku pun tak tau ape masalah dia. masalah peribadi kot. tu sume memang berselirat dalam otak aku neh sampai la satu ari, aku dapat ayat ni dari 'someone':

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai...

aku memang terkejut sangat. nape nak bagi ayat ni kat aku. tp seyes setiap ayat yang tertulis kat situ memang meaningfull to me. sangat. aku x ucap terima kasih pun kat dia. bukan tak nak tapi tak sempat.huhuhu..

then lama sikit aku ade bce 1 artikel kt link ni. masa tu rasa nak gugur jantung aku. ayat yang sama..mungkin 'someone' tu bace artikel yang sama dengan aku bace tu hehehe..ape yang aku rase??? biar lah aku je yang tau. aku tak nak wat statement yg wat orang lain rase macam tak selesa. dan sekarang feeling2 yang tak best tu memang ade lagi tapi aku rilek je an. ape sangat yang setan2 keliling aku ni blh wat kan kalo aku ada Cinta yang hakiki. yeah!!! sekarang Alhamdulillah ok sikit kot. hehe.

'someone'...terima kasih. mungkin dia tau lah sape dia. hehe. orang lain? xperlu la tau. hehe. pasni nak sambung study maintenance.

adois~~~

Friday, November 7, 2008

4 d0wn...1 m0re t0 go...


Alhamdulillah...
selesai lagi 1 paper..paper Analog Electronic III...

maknanya da 4 paper habis aku ranapkan...hahaha...

ade lg 1 paper...

harapan aku untuk next paper neh nk dapat A la plak...A- pun jadi r..

hahaha...tinggi cita2...

yang lain tu memang tak boleh nak harap dah...

hahaha...

haih ape nak jadi neh...

bulih ke nak jadi engineer nehhh???





huhuhu...

sepi....

no one can give an answer 4 that kind of question...
ask yourself babe...



[termenung sambil wat muka nyesal]

Thursday, November 6, 2008

E.M.T = eNtah MEnde TahH!!!

wellll...

aku tgal lg 2 paper...

1 paper yg cm xde harapan tu da lpas...

Alhamdulillah...

w/pun aku rase cm xcemerlang paper tu...bukn xcemerlang....xseswai...

haaaa...

lg skali...

w/pun aku rase cam xlulus paper tu aku redha...aku bersyukurrr....

tp sbenarnya nak lulus...

kpd *y** **sd* bin *a**u*:

selamat menanda kertas anak murid mu yg sentiasa blur2 dlm kelas...

lpas ni try ko apply keje engineer... confirm dapat...

sbb nye...

hmmm...





lu pikir la sendri....

Tuesday, November 4, 2008

..tak tau nak wat ape!!!...

kol 11p.m aku sampai tempat bese kitorg lepak time2 final neh.(baru sem ni sebenarnya)

ipah n eilah tade..mereka gi ESSO naik kete azie(rumet ipah)...

mereka pulang dalam kul 11.40 p.m bersama plastik oren....

isi kandungan plastik oren:
  • 4 tin air Red Bull(fatin, ipah, aku n eilah)
  • 1 tin livita honey(echa)
  • 1 nescafe(jujue)
  • kek pisang
that's all...

kesan daripada isi kandungan plastik oren itu adalah:
  • aku n eilah ngarut sampai kul 3.00 a.m(eilah study gak)
  • eilah n ipah tido kul 3.57 a.m
  • aku still khayal smpai skarang
  • echa layan hindustan sampai sekarang
  • jujue masih menatap Electrical Power System(da siap 4 page short note...aku kagum dgn dia)
  • aku, fatin, echa n jujue tak tido lagi sampai sekarang
sekian terima kasih....

aku nak sambung merenung note EPS...

perhatikan ayat di atas betul2...merenung bukan membaca...

ade beza ke???

adios~

Monday, November 3, 2008

...biar malu asal bergayeeee...

masa kejadian: semalam a.k.a pagi tadi la around 2.30 a.m....

tempat kejadian: bilik sebelah surau

kejadian: aku syok sendiri

keterangan pesalah a.k.a AKU:

malam yang sunyi. kepala agak berat(banyak ilmu kot). time tu baru lepas belajar Bode Plot, Root Locus, Nyquist, Phase Lag dan banyak lagi. tidak terlupa aku juga baru belajar sesuatu yang baru. hmmm....

bukan aku je, mereka jugeee...

mereka:
  • echa(captain)
  • eilah(orang suruhan captain)
  • iffah
  • fatin
  • jujue
yang tak ada jawatan tu sume pengikut. hahaha

berbalik pada keterangan tadi,

setelah aku rase agak bergaya lukiasan2 bode plot, nyquist aku yang berpusing-pusing tu, aku pun kemas2 barang a.k.a khazanah turun temurun ku seperti nota2 dr kak luqluq, soklan2 past year dari kak luqluq, dan semua yang dari kak luqluq (nampak nye disini kak luqluq adalah sponsor terbesar apda arini). selesai berkemas aku 'tubik' dari surau tempat kami belajar td.

keadaan aku:
  • beg kale kuning ade merah2 skit tersangkut di bahu
  • tangan sebelah kanan ade laptop dan fail kertas2 control
  • tangan kiri aku pegang bantal kegemaranku
  • keadaan muka..hmmm cmne ye nak explain...bg conclusion je la..kalo ade sape2 yang terserempak dengan aku waktu tu pasti...aku memg pasti mereka akan lari bertempiaran sebab ingat aku neh makhluk tuhan paling seksi...ehhh bukan2...sebab keadaan aku yang berserabai cm drug addict yang 'comel'..so diorang takut la tengok aku cam Nauzubillah. ish jangan wat muka confius boleh tak... tak paham sudah...

aku teruskan perjalanan. tak sampai 10 tapak aku nampak selipar ala2 rumet aku, nik(bukan nama sebenar sebab nama sebenar dia kalo tulis kat sini tak muat, sebab panjang sangat..hehehe) aku pun jerit nama dia kat depan 'tempat kejadian'(sila rujuk diatas) "nikkkkkk" nada kuat...

no response...

rase aku mungkin diorang tak dengar.. so aku ketuk pintu bilik tersebut dan terus bukak pintu tersebut..

keadaan senyap..

orang dalam tu semua tengok aku tercengang-cengang..

mata aku melilau cari nik...

nik tak ade...

hmmm...aku senyum kat mereka sambil berkata "sori salah bilik" terus aku tutup pintu da blah sambil tersengih-sengih dan akhirnya gelak batak sorang2 sampai aku turun tangga. tengah syok gelak2 ni ade sorang budak pompuan tengok aku pastu dia terus lari. kan aku da cakap keadaan aku memang menakutkan..

ahh peduli ape aku..

sampai bilik aku tengok nik da terdampar atas katil. aku senyum. maluuuu kat budak bilik tu yang sememang nye kenal aku. hmmm agaknye laaa.

aku g kat cermin...aku terkejut...hmm memang menakutkan..sian budak tadi

moral of the story:-
  • bukan nik je yang pakai selipar cam tu sbb baru aku perasan kt aras aku je ade lbh 5 orang yang seliparnye sama dengan nik.hahaa
  • sebelum gi mana perkemaskan diri anda kerana mungkin keadaan 'aku' seperti cerita di atas tu boleh memberi impak yang besar kepada pesakit2 jantung and etc.

Saturday, November 1, 2008

kejadian yang mem'blushing' kan aku!!!

7.14pm:
ipah jemput pergi majlis bacaan yaasin

9.00pm:
aku kecik hati dengan echa sebab outing tak bagitau. stock pen tak de. final just around
the corner. (wat muke rilex tp tertekan)

10.45pm:
dayah tanya "num ko tak gi yaasin mlm ni?" sbnrnya dia tersasul tp aku xprasan.
dayah lega (dayah baru ngaku tadi)

10.50pm:
dayah solat isyak. aku mintak izin main game kat laptop dia, dia izinkan. tp pastu dia ckp "num, jap2.." smbil berlari anak ke arah laptop nya. manakala aku yang lagi 2-3 tapak nak sampai kat laptop dia turut berlari, mana la tau ade barang baik kt laptop dia..hehe tapi malangnya adapter laptop nya tercabut, dan waktu tu laptop nya yang tak de bateri terus gelap..aku hampa..tapi dayah gelak2...

11.10pm:
bergegas ke tempat kejadian(majlis bacaan yaasin). aku masuk ade 2-3 ketul da sampai. aku bersama dayah dan ita.

11.20pm:
masih menunggu mereka2 yang belum sampai. sabar

11.30pm:
sabar lagi...

11.40pm:
malas tunggu dah. mulakan majlis. fatin conduct.

11.59pm:
Alhamdulillah suma setel. tuang2 air oren dan strawberi yang memang da ade kt situ. dalam hati ku puji budak2 ni a.k.a classmate aku la. "bagus gak budak2 ni. siap buat air" dalam hati.

12.02am:
echa kuar, ipah kuar, nani pun nak kuar gak..malas layan...ingat nak kuar gak tp malas

12.05am:
ade orang tolak pintu pastu wat masuk kek ade lilin2..ipah tutup lampu..aku? masih dalam keadaan confius.. byk stdy control agk nya.. diorang nyanyi lagu birthday..pastu aku cam 1 nama yg aku kenal, yang sinonim dengan aku...'ANUM' nama aku? aku dengar lagi. "happy birthday to ANUM". bru aku mula tersengih blushing2 gitu. masih ade yang ingat rupenya.

12.11am :
makan2..minum2..amik2 gambar..

12.40am:
mereka dengki aku. sapu icing cake kt muka. habis tudung. tp aku biarkan aje. sebab aku rase bahagia walaupun aku cam nak tampar2 orang yang sapu kt kening aku. bukan ape takut pertumbuhan kening aku semakin terbantut.hehehe

12.55am:
orang beransur pulang. kemas2 sikit.

01.20am:
majlis bersurai

mastermind: echa
konco2 nya: ipah, nani, yasmin, fatin, rumet2 ku(nik,dayah n ita), yen pun.
pengikutnya:mereka2 yang ade kt tempat kejadian...

time kasih sgt2. hampir menitis air jernih di tubir mataku ini (air idung pun tp sempat cover). masih ade yang ingat kat aku time2 getir nak ngadap buku neh..aku sayang korangggg... time kasih...