Let Me Help YOU!!

Tuesday, November 17, 2009

kejayaan dan kegagalan...

aloo2...enibadi hom? hehehe.. lama gila aku tidak meng'update'kn blog ku yang usang ni. tapi sape kesah kn kalo aku x update. tak de pun orang datang nk bace aku merapek meraban cam nenek kebayan. hehehe

past 2-3 weeks ni aku memang busy gila kambing. psm lagi, final lagi, nk tengok muvi lg, nak hang out dengan kengkawan, nak tido lebih masa agi. haih byk la senang citer. hehehe. aku tau yang banyak tu sume yg laghaa je. tapi Alhamdulillah projek aku da ada hasil. skarang aku tmbh skit2 ape yang patut pastu wat model. nanti kalau da siap aku upload pic nye. hehehe ade ke sape2 yang nak tengok. tak de yang tengok pun xpe. aku nak upload gak. tak kira. hehehe.

tu citer pasal kejayaan. walaupun belum sepenuhnya la. sebab thesis aku ade lagi 2 chapter and a half lagi tak siap. minggu depan da nak present thesis xsiap lagi. ape citer? huhuhu. aku nak citer pasak kegagalan aku lak.

last 2 week aku g JPJ test. tak tau JPJ test ape? tu utk orang yang nak drive kete secara halal. so kenalah amik test tu. ok fine. aku tau aku da tua tapi baru amik. nak wat camne baru sampai seru. hehehe. mula-mula test litar. jantung aku memang da berdegup kencang bila tgk je muka2 orang2 JPJ yang tak ada sorang pun yang ensem. haih. bila nak surut pun aku tak tau. dan aku ade rasa sikit tak confident sebenarnya. tapi aku yakin kan diri gak. pastu orang tu panggil nama aku. aku terkejut. dia suh bawak kete g kt tmpat test bukit. aku pun masuk kete bace BISMILLAH sbb tak hafal doa naik kenderaan. hehehehe. aku drive g kt tmpt ready untuk panjat bukit yg tak bape nak curam tu. masa tu hujan renyai2. aku sejuk kan hati. pastu encik JPJ tu bagi isyarat tangan. isyarat suh aku naik bukit, bukan isyarat lucah ke ape ke. hehehe. aku pun tekan pedal minyak da nak sampai tu tekan kelas sampai kat tempat sasaran tu aku tekan brek kaki then tarik hand break free, gear then angkat tangan. JPJ tu senyum tujuk ibu jari dia yang tak bape nak panjang kat aku. ibu jari ye bukan jari hantu. hahaha. aku sengih gak. dia suh turun bukit. pastu aku pun tekan clutch, masuk gear 1, lepas clutch sikit2, tekan minyak, lepas hand break dan kete tu pun maju ke depan. ALHAMDULILLAH tu je yang mampu aku ucap. g test side parking plak. ALHAMDULILLAH lepas gak. yang last skali 3 penjuru a.k.a L parking. aku lepas clutch slow2 kete gerak, aku masuk kiri. cantek kete dalam keadaan tengah2. sekarang nak belok kanan lak. TETIBA. hp aku yang dalam pocket jeans aku vibrate. aku glabah terlepas clutch. kete tlajak. WARGHHHHHHHHH. JPJ tu da tgk aku sengih2. ase cam nak tampar je. tension2. boleh bayang tak ape yang aku rase time tu.

sedih2 bila orang tnya 'cmne test JPJ td?' aku pun jawb 'fail litar. 3 penjuru'. ade yang gelak, ade yang suh aku sabar, ade gak yang cakap gini 'lorh 3 penjuru ko failed. besenye orang failed bukit ke, jalan raya ke' aku pun senyap je lah. dan orang yang call aku time tu memang rasa sangat bersalah. huhuhu. tapi aku tak salahkan dia pun. aku yang silap sebab hp vibrate pun nk glabah. huhuhu. tapi still ade sikit terkilan. pastu orang rasa bersalah tu cakap kt aku gini.


'weh sabar ye. kau anggap je ape yang jadi ni cam kegagalan dan kejayaan kau datang serentak'
'nape plak?'
'sebab PSM ko da ok tapi lesen ko failed, ko nak kalo ko lulus lesen tp PSM ko tak jadi'


yang pepel tu orang yang rasa bersalah tu yang biru tu aku.

aku terdiam. berpikir sejenak. betul jugak. tetiba aku rasa cam tamak je sebab nak sume. mungkin ada hikmah nya aku KANDAS lesen. haih. tapi sampai sekarang sebenarnya aku cm terkilan. kalo nak tido, termenung jap mesti tringat pasal tu. tapi tak pelah. aku lagi rela repeat JPJ test dari repeat PSM. hehehe.

haih~

Monday, November 2, 2009

semalam punya cerita

1st of all, i want to thanks to who has wish me yesterday. cewahhh! cam menang award la plak. hahaha. hmm tau ape jadi semalam? hehehe. meh aku story.

semalam adalah hari aishwarya rai di lahirkan. kat mana beliau dilahirkan, aku tak bape nak tau. aku boleh ingat birthday dia sebab tersama lak dengan birthday aku. hahaha. gelak lagi. ok..ok.. serius. hm hari ini pula birthday shah rukh khan a.k.a SRK. macam mana aku bolah ingat birthday dia? sebab birthday dia esoknya lepas birthday aku. hehehe.

walaupun tahun ni tak macam tahun-tahun lepas, aku tetap bersyukur sebab Allah masih memberi pinjam kepada aku sebuah kesihatan, kebahagiaan dan semualah. bape dah umur aku tahun ni? hahaha. 18 tahun. tak caye? memang tak boleh caye. hahaha.

thanks gak kepada klasmate aku yang datang ke bilik dengan sebijik kek dan 100 cucuk satay. hahaha. lazat woooo. hingga menjilat lidi.

korang tau sapa org yang pertama wish? haha. maxis and celcom. huhu. bengkak telinga aku semalam bergayut. maxis free tu 1 hari. maka dengan itu 1 hari suntuk la aku berborak dengan family, rakan taulan, dengan sapa lagi tah. hehe. celcom free gak 7 hari. tapi kt no upax je. no upax lak member sama u dengan aku. so tak de sapelah yang aku nak call sangat. tapi kiranya sekarang malas la nak menaip msg. call je. call mereka-mereka yang ada dalam list 8pax la. hehe.

sape tak kenal kembar aku yang lain tahun ni aku kasi tengok gambar. tengok betol-betol tau. ada iras-iras muka aku tak. hahaha.




haaa. ade tak? ade kan sikit-sikit? hahahaa. perasan nak mampos.

jadi, sebelum aku click 'publish post' aku nak ucap terima kasih sekali lagi kepada semua orang yang wish aku sama ada secara rela atau paksa rela atau kena paksa tak lupa juga kepada mereka yang betul-betul ingat atau bila reminder bunyi baru teringat atau ingat dengan lain-lain cara. hahaha.


aku da tuaaaaa!!!

ok..ok..ok..behave sihasu tua da ni.. =)

Wednesday, October 28, 2009

aku sayang ibu, abah anin, anna, anif n aziq

tadi abah call. bertanyakan perihal aku yang jauh di sini. (tak delah jauh sgt, kalo naik bus dari jb sampai kuantan 6 jam je.) aku pun citer jelah sikit2 ape yang jadi kt bumi gambang yang tandus ni. pastu abah pass plak phone kat ibu. ni yang ak tak bape gemar kalau on call dengan ibu time2 genting ni. bukan ape, ibu aku ni dia cam ade je sensor perasaan aku kt area dia. dan aku tak suke bercakap kalau menangis. sebab aku style menangis senyap2 je. buruk weh kalau nangis sambil bercakap. sumpah aku tak tipu.

ibu memulakan bual bicaranya:

ibu: tengah watpe?
aku:takde wat pape..tengah men fesbuk.
ibu:bagus..(nada memerli..hehe) duit ade lagi?
aku:ade..rm10..hehe (gelak skali dgn hint suh masuk kn duit)
ibu:Insyallah esok ibu masukkan. hmm study ok?
aku:(diam jap)..haa ok2..
ibu:are you sure?
aku:(ni memang aku tak boleh nk bercakap dah)...bukan sebab study tapi along tak tau nape hati along ni tak tenteram. along nak balik umah. along nk balikkkkk. (dalam hati je ni)
ibu:its ok along..just do ur best..dont too force urself k..every human has a limit..kalau terlalu force sangt nnti awk collapse..
aku:(air mata aku dah turun selaju-lajunya)..

dan oleh kerana ibu pun sedia maklum yang aku tak kan bercakap bila menangis, ibu terus je pesan pun suh jaga diri, blajar rajin2 dan bagitau yang dia sayang sangat kat aku.. Ya Allah, aku juga sangat menyayangi wanita itu. sangat2. sebab tu aku tak suke kalo ade orang2 yang tak sepatutnya wat ibu nangis dan jika ianya berlaku di hadapan aku, aku akan berusaha membuat orang itu juga menangis dengan skill2 memerli dan ayat2 pedas aku. AWAS ye orang2 itu.

kalau lah ibu tau kenapa aku menangis tadi, mesti ibu agak kecewa. ibu pernah cakap gini dengan aku 'walau ape pun pilihan along, ibu terima tapi dengan syarat ia juga boleh membahagiakan along. masa depan along, along decide sendiri. ibu sentiasa doakan anak2 ibu bahagia dunia dan akhirat.'

dan aku akan terus berusaha untuk bangun walau teruk mana pun aku jatuh. aku akan berusaha demi ibu dan abah. aku nak ubah hidup keluarga aku. insyallah aku boleh. kalian, doakan aku ye.


hmm~ basah lengan baju aku.

.:untitle #07:.

semalam biarkan ia berlalu. sebabnya kita masih ade esok untuk kita kejar dan hadapi. hari ini kita cuba buat yang terbaik agar tidak kecundang seperti semalam. tapi aku masih kecundang untuk hari ini. sejak hari itu, hari aku dan teman berbicara soal hati. aku mula terfikir ada benarnya kalau aku terus melupakan semalam. walau berat, aku cuba. aku gagahkan diri. setakat semalam Alhamdulillah aku berjaya. aku berjaya untuk menjadi seperti dia. tapi hari ini, malam ini dan saat ini, aku tak dapat nak menahan rasa. kenapa aku begini, aku pun tak ada jawapn yang pasti.

oh hati! tenanglah. janganlah terus bersedih.

aku tak pasti apa yang berlaku sekarang. keliru.

mungkin belum tiba masanya untuk aku bergembira. jadi sekarang biarlah aku berduka untuk seketika. siapa tahu mungkin aku juga akan bahagia di masa akan datang. Aminnnn.

Friday, October 9, 2009

#&*$%@!#$%^&#$$@

well gud night. hehe. dah lewat malam ni. tapi aku still duk terhegeh-hegeh menaip. sekarang ni rasa sayu je. sebab ape? banyak sebab. banyak sangat. haish.

ada orang cakap satu perhubungan tu ibarat macam ikatan kimia a.k.a chemistry bond. bila dah terlalu rapat dia akan saling menolak. betol ke? mungkin betol. semua yang terjadi mesti ade reason. mesti ade. wajib ade.

boleh tak kalau aku nak lari dari sume ni. lari dan terus lari. tapi sampai bila aku nak lari. kenapa aku kena hadapi sume ni. sekarang ni aku rasa cam nak jerit kuat-kuat. sangat kuat. tapi tak boleh dah malam. nanti orang lain marah. boleh tak aku nak campak sume barang depan aku. tapi tak bolah sebab sume barang ni aku nak guna lagi. atau boleh tak aku nak tumbuk-tumbuk terajang-terajang punching beg. tapi tak boleh gak. sebab aku tak de mende tu. hm ade sape-sape nak blanja aku mende tu? argh geram nya aku. sangat geram. marah pun ade. dan lastly, yang aku mampu buat ialah sedut hingus, lap air mata denga lengan baju. tu jelah yang aku mampu. menda kecik je. ye mungkin menda kecik. aku akan rase down bila aku tau aku wat orang lain down. arghhhhhh!!!!!!!!!!!

ye. memang aku tak stabil sekarang ni. aku harap sangat aku boleh marah aku ni sampai betol2 reda. janganlah ade sape2 yang jadi mangsa aku esok. Ya Allah bantulah hamba Mu yang hina ini. aku lemah tanpa Mu Ya Allah.

kamu..
kalaulah kamu tahu apa yang jadi kat kitorang sekarang mesti kamu pun sedih gak..
aku sedih ni..
sangat2..
raya aritu baru aku jumpe kamu..
rindunya kat kamu..
rindu sangat2..
kamu nak tahu tak..
aku selalu wat orang sakit ati..
aku selalu wat orang kecik ati..
cmne ni..
aku tak suke cmni..
aku tak suke bila kita-kita ni jadi cmni..
k lah kamu..
aku nak baring sambil menangis sampai tertidur..
moga2 esok aku akan tenang..

Al-Fatihah~
semoga kamu tenang disana..
aminn..

Tuesday, October 6, 2009

peristiwa itu

pertama-tamanya aku nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

pernah tak korang berkesempatan untuk merasai keadaan bagai 'telur dihujung tanduk' means dah nak mati la. apa rasanya? takut tak? hmmm. mesti takutkan. itu kalau aku la. sebab? aku tak yakin amalan da cukup untuk menghadap Yang Maha Esa.

that day, aku dan rumet aku pergi berlibur kt satu tempat ni. aku memang jenis yang teruja kalau tempat mandi manda ni. memang sangat teruja. sejak dari kecik mak aku cakap aku ni jenis gitu. aku main2 air atas pelampung dengan salah sorang rumet aku. mungkin kerana keterujaan aku yang terlampau pelampung yang kitorang naik tu terbalik pada ketinggian 1.5m++. dekat-dekat 1.6m da ase nye. tak bape sure. and for your information my height is 1.59m and aku memang tak pandai berenang. kalau setakat nak terapung dlm air tu blh la. then aku terkapai-kapai dalam air ni nak cari pelampung tadi, tapi malangnya pelampung tu ade kat rumet aku dan dia jauh di bawa ombak jadi-jadian tu. dan aku terus terkapai-kapai plus panik yang amat. aku cuba untuk tidak panik tapi sebab aku tak blh nak bernafas dengan sempurna aku terus la terkapai tanpa mencuba cara lain utuk selamatkan diri. contohnya terapungkan diri ke, cuba berenang-renang ke tepian ke. and all i do is terkapai-kapai. and masa tu first thing yang aku da wat adalah mengucap. air yang aku telan tak usah cerita la banyaknya. nasib baik aku telan kalau aku sedut ikut hidung lagi la aku tak leh nak survive. sebab hidung aku amat la sensitif. dan sampai lah aku terfikir untuk give up je tapi semacam ada suara halus yang menyuruh aku untuk tidak berbuat begitu. 'pantang maut sebelum ajal'. dan usaha aku adalah terkapai-kapai jelah.

sehinggalah aku rasa ade orang tarik tangan dan badan aku sampai aku nampak dunia yang dinamakan daratan dan beliau mengarahkan untuk aku berpaut pada satu benda yang konsepnya ala pelampung. so aku berpautlah kat menda tu sambil menyedut oksigen sedalam-dalamnya. brother tu tanya aku sebaik sahaja aku berpaut pada mende tu 'adik ok dik?' aku tengok dia sambil sendawa 'burlppp' opss.. bukan sengaja beb aku telan air banyak tau. huhu. aku malu, brother tu gelakkan aku sambil cakap 'banyak ke telan air'. aku diam je tak de mood nak gelak. dia pun bawakla aku ke tempat yang tak bape nak dalam. dan aku yang masih fobia dengan kejadian sebentar tadi hanya berpaut pada menda tu tanpa cuba untuk menjejakkan kaki ke dasar. dan abang tu pun tanya 'da boleh jejak dik?' aku pun cakap 'jap bang saya tak stabil lagi ni' sambil rasa nak terjatuh lg. sampai la aku perasan cam da cetek sebab tengok orang sekeliling dan aku cuba jejakkan kaki sambil bersuara 'eh da boleh jejak' hehehe. malu lagi dengan brother tu. abang tu pun cakap suh be careful dan aku pula mengucapkan terima kasih tapi lupa mintak no fon. adeh. hehehe. tak de lah. tak kan lah aku nak wat gitu, ade je brother tu selam aku lagi sekali. hehehe.

dan sekarang Alhamdulillah aku masih bernafas. aku ade terfikir kalau la Allah nak amik nyawa aku masa tu, dah bersedia ke aku? mak ayah aku camne? kawan-kawan aku? hmm inilah manusia. terlalu sayangkan dunia. aku lah, orang lain aku tak tau. dan dari itu beramal lah seperti esok kita nak mati dan berilmu la seperti kita akan hidup selama-lamanya.

Friday, October 2, 2009

..jamuan mata..

aloohaaaa...

so far aku tengah kusut sebab byk masa yang aku korbankan dalam bus untuk tidur dan kekadang tidur dalam ketakutan bila pakcik bas bawak bas cam bawak roller coster. dan aku juga kusut bila jadual makan aku terganggu bila mana makanan di kampus pekan habis
dan bila sampai kampus kuantan aku perlu tunggu berjam-jam untuk makan lunch + dinner.

so tak yah banyak citer korang tgk la pic2 raye kat bwah ni ye. ade banyak lagi tapi tak sanggup nk tgu loading upload pic yang macam siput. hmm ade sape2 nak belanja berodben. hik hik hik. kalo rajin bg la komen sekerat dua. kalo malas tak yah komen. hehehe.



adik2 aku otw nk blik kampung..anin & anif.. (adik aku yang tak de dalam pic: anna n aziq a.k.a capang..=p)



anak2 pak teh aku yang comey2..hehehe sedang memujuk adiknya yg tkot bunyi mercun yang menggila pd mlm raye..bukan budak2 yang main..tp orang tua bangka..including me..wahahaha yang best nye sempat lak si akak nya posing bla aku snap..huhuhu


tgk mamat bju biru n tak bersongkok tu mkn..cam sebulan dah tak mkn..hahaha tu sepupu aku...best tau dia ni...sama baya dengan aku tp thun ni for the first time in mylife dia bg duit raye...ahaks..sbb tu aku ckp dia best..huk huk huk!


my sisterss..anin & ana..cantik kan mereka...


cucu2 perempuan nenek ku yg sangat la rajen..=p sian angah spupu ku yg bertudung pink itu xsempat 'siap'kan senyuman nya...hehehe


haaa..ni senyuman angah yang 'siap'..cantik kan mereka..


mereka yang siap awal di pagi dpt la msuk dlm pic ni..aku xde sbb wt keje kt dapur..so lmbt skit siap...hehehe


mereka ade persamaan..iaitu si bongsu..manja..ngada2..hehehe xde r...gurau je...jgn mrh ye pok su...ni pok su n adik aku yang bongsu..haziq..konon2 candid picture la ni..skali je xbpe nk jd..nape? sebab aku xde dlm pic ni...kalo aku ade sure jadi...hahaha



..sekian terima kasih..