Let Me Help YOU!!

Sunday, May 24, 2009

bercerita tentang esok..hmm

esok? Berapa haribulan? 25 mei...

Hidup memang mencabar. Kalau duduk diam je dekat rumah tak buat apa-apa pun aku rasa mencabar juga. Sebab? Bosan juga satu cabaran bukan? Tak percaya. Okay cuba kamu-kamu try test tengok apa jadi kalau duduk sendirian tanpa ada yang menemani. Sure rasa tercabar punya.

Selain itu, perubahan hidup juga salah satu cabaran. Contohnya dari 'single' kepada ' in a relationship'. Begitu juga sebaliknya. Siapa setuju dengan aku sila senyum.

Dalam menjalani kehidupan ini terkadang aku lalai kerana terlalu berpuas hati dengan apa yang aku ada. Tanpa aku sedar ianya bukanlah milik ku yang abadi. Semuanya hanyalah pinjaman. Suatu hari nanti aku tetap akan kehilangannya. Aku pasti itu.

Semalam aku berbicara dengan seorang teman ku tentang kisah manis hidup ku. Kisah tentang esok tetapi 3 tahun yang lalu. Hingga ke saat ini pun aku mampu bercerita tentang apa yang terjadi 3 tahun yang lalu. Cepat benar masa berlalu meninggalkan aku bersama-sama kenangan itu. Segala yang manis masih tersemat rapi di dalam kotak fikiran ku. Yang pahit? Ada, tapi samar-samar. Kenapa ye begitu. Satu-satu nya keadaan yang aku sendiri tak mampu untuk menjelaskan. Mudahnya aku memaafkan dan melupakan dan akhirnya membiarkan aku disakiti untuk kali yang ke infiniti. Ya, itu adalah aku.

Skemakan ayat-ayat aku yang kat atas ni? Hadeh. sebenarnya dulu ada simpan cita-cita nak jadi penulis novel. Tapi tu la, baru 2-3 perenggan aku dah lenguh berayat skema. Ok sambung.

Actually aku rasa sayu je hati ni. Tak pula aku tau apa puncanya. Mungkin sebab esok untuk 3 tahun yang lalu. Mungkin juga sebab lain. Hebatnya penangan cinta tu kan. Siapa yang setuju dengan aku lagi sekali sila senyum sedikit lebar dari yang tadi.

Whatever it is, life must go on. Sebab kita hidup ke depan dan bukan berundur ke belakang. Kalau kita hidup ke belakang senang lah sikit. Sebab? Sebab kita dah tau apa yang jadi. Tapi cabaran hidup kedepan is we are not even know what will happen in the future. Good or bad we have no choice. We still have to face all those thing. Yes, I am absolutely sure about that.

So Sihasu, stop dreaming. Go back to the real world. Kenangan hanyalah hiasan hidup yang dah berlalu. Jadikan ia tauladan dan ukuran hidup untuk membina kenangan yang lebih baik di masa hadapan. Insyallah.



Sabda Nabi Muhammad s.a.w

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari yang semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T"

2 comments:

Anonymous said...

nk aku ajar camne xmo kasi lenguh tgn ms menaip?hehe..

joyah sepot said...

xpe..aku dah tau dah...
suh org lain tlg taip kn...
btol x?
wahahaa...