Let Me Help YOU!!

Saturday, December 31, 2011

akhir 2011...

di hari terakhir sebelom melangkah ke tahun baru. azam tahun ni xtercapai lg. bukn tahun ni je tp dah 5 thun dah azam aku tu. masih tak xtercapai lagi. hehehe. ape azam nye? biarlah rahsia.

disebabkan 2011 bakal berakhir ape salahnye kita start citer pasl 2012 kn. aku cm dapat bayangkan ape yang terjadi thun depan. ape yang aku bayangkan adalah aku masih sendiri seperti thun ni. tapi aku xnkkkk..hehehe

jadi dengan itu aku msuk kan azam thun baru 2012 aku adalah nak kawen. boleh?? desperate sgt x? hehehe tu azam je kan. mende baik ape salahnye. lagipun umo dah meningkat 'remaja' ni. hahahah.

jadi pada sesapa yg bce ni, doakan sy ye. hahaha untuk azam yg masih lagi xtercpai tu aku msukkan gak lah, moga2 thun ni tercapai. hehehe.

Wednesday, December 7, 2011

milikku..

Haloooii...lame nye xberblogging..hehehe.


Sekarang ade mse skit nk berblog. Bru pas lunch sbnrnye. Tetiba ade satu perasaan asing di sudut hati utk mnjengah blig aku yg dah bersawang neh..hahaha.


Just nk update. Dalam pada aku pening nk bli hp ape kn, tetiba aku terbeli hp yg xde pun dlm senarai yg aku aim..hahaha.


Tu je nk citer. Hp ape? Nnt aku bgtau. Cam ade je org nk tau. Hahaha. Adios..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, September 17, 2011

untitled 4

merenung jauh..jauh lagi..lagi jauh..xnampak pape pun..

malas nak pikir tp keadaan sekeliling buat aku terpikir. ke sana ke sini perkara yang sama terus dan terus berlaku. tapi apelah daya ku. mungkin itu yang tertulis untuk aku.

melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang. aku yakn dengan ape yang tertulis ini. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu ape yang terbaik aku dan orang disekeliling aku.

syahdunye hati ni...hmmm~

Sunday, September 11, 2011

di saat aku terjatuh dan tersungkur kau biarkan aku sendiri,
kau melangkah pergi tanpa sedikit rasa simpati,
biarlah,
bukan rasa simpati mu yag ku harapkan,

Insyallah,
kiranya takdir Allah membenarkan aku bangun semula,
berdiri utuk berjuang ke jalan-Nya,
kau jangan sesekali datang menghampiri,
disaat itu,
memandang mu pun aku tak sudi,
teruskan hidup mu tanpa aku,



tetiba rasa syahdu. hari ni 1 hari spent time dgn fmily. best je aku rase. skarg aku duk umah. yg lain g open house. aku xde mood nk g. ehehe.

duk umh ni dgr lagu sedih plak. hehehe. hmm apsal la sensitip je. esok keje. keje aku plak lately asyik kena push je dg bosses. salah org lain pun jd slh kami. haish x adil btol.

hmmm~

Thursday, September 1, 2011

pok su tunang...

haaaa...lastly aku dapat merehatkan diri selepas merushingkan diri sepnjang pg n tgah hari td..hari ni hari yang bermakna untuk p.su aku...hehehe ikatan janji untuk bersama si kekasih hati sudah termetrai..dan hri ni sudah pun bergelar tunangan orang. Alhamdulillah. semoga pok su dipermudahkan dalam segala urusan beliau.

tunang beliau sangat la comel orang nye. kecil, ramping, manis, comel, dan cantik. hehehe aku lak yang excited. tapi tunang nye belum habs blajar lg. insyallah, kalo tak de aral melintang habis nye pertengahan tahun depan. dan selepas itu susun atur untuk ke peringkat seterusnya akan di buat. hehehe.

gambo tak dop lg...nnti kalo dah trnsfer i upload k..

akhir kata dari saye, doakan saye plak untuk post entry mengenai majlis tunang saya sendri. hahaha...=p

Tuesday, August 30, 2011

happy eid mubarak...=)

Alhamdulillah sempuran sudah ibadah puasa untuk thun ini. walaupun aku tak pasti sesempurna mana ibadah aku tawakal je pada Allah...muga2 segalanye baik2 sahaja.


puasa dah lepas kn..so kia citer pasal raye plak.


raya aku pun masih ok...masih ade ibu dan abah untuk aku meminta ampun dan maaf. Ya Allah berikanlah mereka kesihatan dan kesenangan yang baik di dunia dan akhirat. and as usual aku tetap single untuk raye tahun ini.. hehehe one of my cousin already get married and now don have time to spent with me and my sis. its ok la babe. as ling as u're happy then i also will hppy for u.


tetapi...


aku mash menanti saat dan ketika untuk menyambut raye bersama pasangan...anyone that willing to be my heart partner?hehehe desprate giler cik joyah raye thun ni...hahaha

ni boleh wat advertisement ni..tampal kat bus stop, papan kenyataan sekolah, tempat bayar parking kete...hahahaha


ape daaa aku merepak meraban nih...


neway, saya memohon ampun dr hujung tudung sampai hujung kasut sekiranya ade kesilapan taip di blog ini sehingga membuatkan para2 stalker blog sy tertanya2 ape yang sy cuba smapaikan..hahaha


selamat hari raye yekkkk!!!!

Wednesday, August 24, 2011

diam tak beerti aku stuju dgn ape yang org buat. tp tak gak bermakna aku suke. hmm~

Tuesday, August 23, 2011

malam ni aku nak ngaku yang aku memang lemah. sangat lemah. mudah ditipu, senang org nk tindas. time nak mintak tolong aku muka manis je. time aku yang mintak tolong muka macam taiikkk,,,

blah la. aku tak hadap langsung. kalo dengan care tu ko blh bahagia teruskanlah. moga slamat la hidup ko smpai akhir hayat ko.

berambusssssssssss....

Thursday, August 18, 2011

di kala hormon ku here and there

gugur jatuh ke bumi. sekali lagi. nak buat macam mana kan, bumi kita ada daya tarikan graviti. so i guess that is the perfect answer for all the questions.

penat dah aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. but it keeps playing around my head. apa yang sebenarnya yang berlaku. there is nothing happen between u and me but.. arghhhh i still dont have the answer. kenapalah aku tak mampu buat apa yang kau dah buat. saat kau hadir tiba-tiba aku termangu. tapi tahu aku kuat. namun saat kau mula mendekati aku terkulai. DAMN!!!

pelikkan?? kita sangat berbeza.. sangat.

berambuusssssssss!!!!!!!!!!!


Saturday, August 13, 2011

gulana~

tetiba je dia muncul...

aku?

xkeruan...chait!!!!

Sunday, August 7, 2011

untitled 3

meniti perjalanan hidup.
menelan segala kepahitan,
mengecap segala kemanisan.
andainya terjatuh dan tersungkur,
cuba bangun dan berdiri semula.
mungkin itu la nama nye kehidupan.

kadang kala kita tersenyum,
kadang kala kita bermuram durja,
namun hakikatnye kehidupan saat kita tersenyum adalah lebih bermakna dari saat kita tertawa.


xtau dah nak mengarut ape. bosannn. menunggu saat aku blh menunaikan terawih dan menjalani ibadah puasa seperti biasa.

*merenung jauh

Sunday, July 24, 2011

keberkatan~

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah aku seakan tenang skrg. berkat istikharah yang aku buat, finally aku dapat ape yang sepatutnye. ape yang aku dapat? the true color of him. its really mean it to me. really2 mean it. terima kasih ALLAH.

sesungguhnye kita memang xtau ape yang terbaik untuk kita dan ape yang xelok untuk kita. jadi jangan berputus asa. teruskanlah usaha dan bermunajat kepada Allah. semoga yang baik2 sahaja untuk kita kelak.. Aminnn~

Monday, July 18, 2011

kuda belang VS kuda laut

nasib baik rumah aku dengan tempat keje xjauh mana. kalo tak kete aku tu baik2 kuda belang jadi kuda laut la jawab nye. boleh pulak aku stat meleleh kt traffic light. hehehe.

Sunday, July 17, 2011

'kau'

belajar untuk terima segala kemungkinan. kerana segalanya mungkin. kau tak tahu ape yang ada di hadapan. kau pinta Allah berikan kau petunjuk. jadi mungkin ini petunjuknye. dia bukan untuk kau. terima kenyataan itu.

walau kau menangis semahu mana, walau kau menjerit sekuat mana, jika dia bukan untuk kau, kau haus terima itu. harus. WAJIB. redha dengan ape yang berlaku. mungkin ade hikmah disebaliknya. semuanya ada didepan mata kau. kau lihat dan kau perhati semua itu. mereka bahagia bersama.

mungkin di hadapan sana ade yang menunggu kau.

*hatinye menangis semahu-mahu nye....kahsian nye yang bernama 'kau' itu...

kenyataan

sekali lagi aku menangis.

hati: kenapa nak menangis?

aku: nangis dalam hati je..

hati: kenapa?

aku: sebab aku sedih la..

hati: kenapa kau sedih?

aku: aku xde jawapan untuk itu

hati: kalo xde jwpn kenapa nak sedih?

aku: sebab aku...

akal & iman: kerana kurangnya rasa cinta dan sayang kau pada yang Maha Esa. ko sentiasa mengejar duniawi yang penuh dengan nafsu nafsi yang boleh menyesatkan kau wahai HANUM. didiklah hatimu dengan ketenangan abadi milik Allah. berikan nuranimu makanan zikir dan ibadat yang secukupnya..

aku: *speechless

Sunday, July 10, 2011

SAKETTTT

aku rase macam nak pergi jauh dari sini. jauh dari semua orang, jauh dari kebenaran ini. tak pernah aku rase macam ini. makan dalam la siot. huhuhu.

tapi siyes. aku nak bersendirian di suatu tempat yang mampu memberi kedamaian kepada ku. aku mahu muhabah diri ini. ape yang aku lakukan selama ini. tindakan aku betul ke salah.

namun kesakitan ini cam ptus cinta. tapi lg dalam luka nye. hmmmm~

ARRGGGHHHHH!!!!

untitled 2

skali lagi aku rasa berjauh hati. oh man! aku tak patut rase mcm ni. there is nothing happen actually. but, the truth sometimes is hurt.

its killing me from the inside. hampir saje aku menangis tadi. apalah agak nya yang aku fikir sampai aku blh bertindak macam tu.

tapi ianya sangat2 menyakitkan. sangat.

Ya ALLAH,
ampunkan dosa-dosa ku,
berikan aku ketenangan,
janganlah kau biarkan aku sengsara begini,
menahan perasaan seperti ini,
bantulah aku dalam mengawal perasaan ini,
aku buntu,
ape yang aku rase,
adakah ini hanya nafsu semata-mata,
atau ianya petunjuk dari mu,

Ya ALLAH,
aku terkedu saat mendengar berita itu,
namun aku tetap bersyukur dengan kurniaan kekuatan Mu terhadap ku,
setidak2 nya aku mampu mengawal perasaan sedih dan amarah ku.

there is nothing much to say,
just face it or leave it,
insyallah u can!!!

Saturday, July 9, 2011

S.y.u.K.U.r

sudah menjadi lumrah. mase depan seseorang itu mungkin sama atau mungkin tidak same dengan seseorang yang lain. contohnya, ade sesetangah insan terpaksa berusaha atau bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu. namun tidak pada seseorang yang lain. seseorang yang lain itu, mungkin xperlu berusaha keras lah, namun dah pun dpt ape yang di mahukan.

ini bukan soal adil atau tidak. kerana setiap yang berlaku itu ade hikmahnye. mungkin sesorang yang perlu berusaha keras itu di beri kelebihan dari segi yang lain. kepada seseorang yang tak perlu berusaha keras pula mungkin menghadapi kekurangan dari sudut yang lain. aku pasti dengan itu.

jadi dengan itu bersyukurlah dengan ape yang kita miliki. sesuatu yg sukar diperolehi mungkin akan memberi kenikmatan yang paling indah untk pemiliknya.

syukur Alhamdulillah~

Tuesday, July 5, 2011

semakin..semakin..

penat melayan perasaan yang entah apa-apa ni. wahai cik hati kenapalah asyik gundah gulana je ni. orang tu tak ada apa pun. namun perasaan aneh itu tak pernah nak surut. semakin menjadi-jadi ada la.

berikut adalah hipotesis yang boleh di buat:

semakin aku cuba,
semakin tak boleh,
semakin nak elak,
semakin tu lah kau lalu depan mata,
semakin nak aku nak buat biasa je,
semakin manis senyuman yang kau lemparkan..

habis cmne?ce cite..ce cite.. huhuhu~ ting tong la lu minah. banyak lagi yang ko nak kena fokus. keje kau tu. buat btul2. jangan nak menyanyah xtentu pasal. walauwehhhh~

Saturday, June 25, 2011

aku tak pandai

aku tak pandai nak memulakan,
aku tak pandai nak meluahkan,
aku tak pandai nak mengawaknya,
aku tak pandai nak menjaganya,
aku tak pandai...

bimbinglah aku Ya Allah...

dikala ini aku jadi kaku,
saat berdepan aku terkedu,
fikiran bercelaru,
last skali diam membisu,
huhuhu..

apelah aku mencarut ni..hehe aku nak menyatakan sesuatu tapi mungkin belum masanya. segala nye baru di tahap permulaan. langkah pertama pun masih samar2. aku masih belum ada kekuatan nak melaksanakan misi BESAR ni. biarlah ianya berjalan dengan cara natural. biar tiada paksaan. biar ianya tulus dari hati. itulah impian setiap insan yang bernama gadis.

aduh!!! bercakap soal hati buat aku rase janggal. what's wrong with me??? no.. aku xde yang wrong tapi aku rase rendah diri dgn ape yang aku ade. mungkin belum cukup persediaan untuk semua itu jika dibandingkan dengan pilihan-pilihan yang ade. atau mungkin aku jauh tertinggal kebelakang.

tapi lately aku dapat rasakannya. walaupun rasa nye samar2 malah kadang2 tak nampak tapi aku dapat merasakannya. Damnnn. aku benci bila aku berada dalam situasi ini. aku takut aku tak mampu nak mengawal rasa itu ke tahap yang sederhana.

Ya ALLAH,
bantulah hamba Mu yang serba kekurangan ini.
hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan sana.
jauhilah aku dari anasir2 jahat dan syaitan yang direjam.

Aminnnn~

Friday, June 17, 2011

manusia

lumrah kehidupan, ada kalanye kita tertawa senyum gembira tapi ade kalanya juga kita merintah menangis hiba. sesungguhnye kehdupan yang mencbr inilah mematangkan ciptaan Allah yang bergelar khalifah ini.

namun adalah mnjadi lumrah manusia juga apabila kembali kepada Pencipta nya dikala mnghadapi kesulitan.

Ya Allah,
hindari aku dan keturunan ku dai sifat yang keji ini ya Allah,
ko berikanlah kami perasaan syukur dlm ape jua keadaan yang kami hadapi ini...
sesungguhnye hanyalah Engakau lah pemilik segala yang berada di pelusuk bumi ini..

Aminnnn~

mampukan aku...

mudah nye aku jatuh hati. kalo kecewa lg kn susah. tapi memang itu lah masalah aku. terlalu mudah menjatuhkan hati.

jadi tenang2 aje. kalo da jdoh x kemana. doa byk2. uasah kena ade. tp nk usaha macam mana. siang malam asyik teringat dia. ape jadah nye. fokus anum. banyak lagi mnde yg ko kena tumpukan. jangan mudah sangat menyerah.

huh~ mampukah aku...hurmmmm...

Thursday, June 16, 2011

yang mane satu...hurmmm

almost 1 week dah...
aku tgk dia tp dia xtgk aku...
xpelah tgk je kan...
tp xde la smpai merenung lame2...
tgk kejap2 je...
mula2 xde pape rase...
tapi lame2 tu cm ade sikit...
dia cmne plak?

huhuhu...andai itu takdirnye aku redha...

andai dia untuk ku kau permudahkanlah urusan kami..
tp sekiranya dia bukn utk ku, maka Kau damaikanlah hati ku dengan ape yg Kau tentukan utk ku...
Aminnnn~


iPhone 4 ke blackberry...
haih~
semusim sudah berlalu...dah lame dah rase single..hehehe bile la nk berduet plak ni...hehe desperate kah aku? xkan..normal la tu...fitrah manusia ingn berkasih sayang...hehehe ayat xlh blah...huhuhu

Sunday, May 29, 2011

bakal...

finally aku akan sebaris dengan rakan seperjuangan.

eilah - saga FL
fatin - saga FL
echa - picanto
lyn - myvi
ecah - myvi
timah - gen2
ana - pesona kale bronze = impian sy >.<
ipah - ?
jaja -?
aku - ????

tungguuuuuuu~

cam xcaye je...aku bakal memilikinye...terima kasih Allah kerana ini adalah dari Mu...

kuda putih~

duit donpeymen...huk3!!

hint sikit...ce teka..ce teka...hehehe

Monday, May 2, 2011

cerita zaman dolu2 ver 01

tetibe je aku rase cam nak menggamit kisah2 silam time blajo dolu2...huhuhu

mari kita mulakan...

esok dateline submit assignment:
maka dengan itu pada mlm sblmnye nk hntr assigment, berbondong2 la kekami ni sume lepak kat surau..mane yg dah siap hulur kat kawan yang xsiap..kalo sume xsiap maka dengan semaksima mungkin berkerah memerah otak memikir ape yang ptut...bila dah siap cri plak sape2 ade printer...bila dah jume printer, xde ink plak dah...hahaha klako..kaloko...maka cri la org lain..tapi nasib baik mase tu mereka yang otak bisnes ni wat bisnes print2 ni...quote harga adalah sperti berikut:

black: 20sen/sekeping
warna: 30 sen/sekeping

makanya, tgk bilik sape paling dekat dengan bilik si peniaga. jd dialah brtanggung jawab untuk mnghantar dan mnge'print'...duit tidak lupa dihulurkan..hahahaa

saat lecturer buat kuiz secara tetiba:
hah ko!! time ni lg best...kami2 mmg slalu bekerjasama setiap masa. walau dlm ape jua keadaan...teamwork tetap ade. terutama keadaan terdesak cmni la..hahaha kalo ade yg tau cmne nk buat senang la citer...lpas dia siap pass la ape yg ptut..kalo ade yang xtau terpaksa la mncar rujukan lain. mereka yang tmatnye paling trsorok bukak n0te ape yg ptut...hahaha maka, yang plg depan harus memainkan peranan kalo2 lecturer bangun dan melilau2...hahaha so far tak pernah kantoi lg...tp kebiasaannya lecturer nmpk je..tp buat2 xnmk smbil berkias 'wpun saye tak nampak tapi ALLAH nampak' adesss...terkedu sebentar...hahahaha

time nak berjimba ke kuantan:
haaaa ni bese nye zaman2 ptptpu bru msuk la...hahaha mase tu mmg haru sikit...pantang weeknd, habis kete sewa kena book...kalo dpt pun sure2 kete yg stok2 nk roboh...time tu kalo last minit cri kete mmg habis la krdt...sbb kena cll sume no kete sewa yang ade kt dlm memo...hahaha

"assalamualaikum, kul 2 nnt kete free x?kalo ade nk sewa 12 jam"
"xde lah"
"ok..tq..bye"

dial0g ni sume kena ingt...dah hapal dah pun...hahahha dialog yg pertama tu bese nye senapas jelah hembus...nk cepat smbil2 jimat kredit...hahaha
kekadang kalo dah xde sgt, haaa ni mmg klako skit..kol sume budak2 laki kelas aku yang ade mtor ckp nk pinjam...kalo diorg kata nk kuar pun aku ckp gak nk pnjam smbil mnawarkan skim2 sperti berikut:
-isi mnyak mtor pnuh
-tlg belikan mknn tk mereka
-lain2 dah xhengat
hahaha mmg klako...berair dah mata aku ni gelak smbil mnaip...huhuhu

time study week:
time ni pun kitrang mmg slalu berkumpul bersama dgn sifu..hehehe biar kami jelah yang tau sape sifu tu..hahaha beliau mmg byk la berjasa dgn kami2 yang slalu tertido dlm kelas..kalo xtidor pun terkhayal dalam kelas smpai tetiba tu bermonolog sendri 'eh amende cik ni ajor td' hahaha. jd time stdy week ni la refresh blik, terhenggeh2 buat latihan..study blik kuiz2 yang dpt kosong. try buat blik soklan2 test 1 n test 2...past year pun cri gak...bese nye senior aku yang baik hati akn menurun kn ape yg ptut kpd junior2 nye.. dan aku antara yg bertuah menerima sume itu..so xbyk mslh la..scan past year pastu distribute kt budak kelas...xpun pass kt klasmet yg ade ftp server..pastu study la bersungguh2 tim study week tu...hahaha sronok plak bile ingt blik.

time beday budak2 kelas (permpuan shj):
mcm dah jadi culture lak. xtau stat bila tp everytime kalo ade bday sape2 insyallah pasti disambut. mcm2 cra..ade yng surprise ade yg surprise xjd. mcm2 la..bese nye kolek2 duit sikit sorg, pastu bli kek n jajan skit2..pastu celbrate la..tp nk kena ade mastermind la. bse nye org2 yg terdekat dgn org tu la akn mengingatkan...hehehe best2...sgt best...huhuhu

ade banyak lagi...tp nnt smbung lg..bg aku, scara peribadinye kenangan2 ni la yang buat kami sume rapat smpai la skarang. nangis same2 ktawa sesama. sume la. dan juga mematang kan kami dlm mnjalani kehidupan yang mendatang ni..

dan saat ni aku sgt2 la merindu saat itu...sgt2...sambil2 bce ni marilah kita same2 sedekah kan al-Fatihah kepada one of my fren yang passad away last 2 years. FYI, she's also one of my besties time blajo dlu. semoga arwah ditempat kan bersama orang2 briman. aminnn~

gmbo sekelas..=)


lepas final exam..=)

otw nk g amik gmbo kelas..=)

sesama menckik..gemuk sndri2...hehehe...=)

Saturday, March 19, 2011

follow the flow~

hari ni rase cam banyak sangat idea muncul untuk memporak peranda kan blog aku neh. tapi bila da klik 'new post' dan mula menekan keyboard dengan speed yang tidak menentu semua idea aku hilang. hilang begitu saje. just like that. mungkin macam tu jugak perasaan seseorang tu terhadap seseorang yang lain.

Note: MUNGKIN!! hanya kemungkinan. tak confirm la maknenye.

mari kita teruskan. semalam. banyak peristiwa yang aku lalui dan yg aku dengari. antaranye bait2 kata dari ofismate aku yang bertemu jodohnye dilewat usia. not so lewat la umo dia dalam 29 cm tu la. pada usia nye bergelar dewasa dia berkenalan dengan seorang jejaka yang langsung tidak tahu menilai cinta si gadis ni. time tu si gadis not so shantek. dia agak berisi dan rendah. siyes! aku dah tengok gambar si gadis. sampai suatu masa si gadis ternampak jejaka pujaan nye bersama si gadis yang lain. mesra dan seperti sangat bahagia. si gadis yang teraniaya ini cuba untuk meminta penjelasan. namun jawapan yang diberikan si jejaka sangat2 la merobek naluri wanita yang sangat sensitif ini. kata nye:

"awak bukan taste saya. awak gemuk. awak pendek. saya terima awak sebab kesian"

cukup sampai disitu. CUKUP mengguris kalbu. si gadis menangis tidak terkira. menyesali dengan apa yang dia ade. kenapa dia sebegitu rupa. terus dan terus mempersoalkan semua itu. dosa dan pahala tidak lagi diambil kira. sampai lah suatu ketika. Hidayah Allah dtg menjelma. memberi kekuatan kepadanya untuk melalui hari2 yang mendatang.

usaha yang dilakukan berbaloi. sehingga dia mencapai BMI yang unggul. perghhhhh memang terbaik la. dia puas dengan ape yang ade. namun, umur semakin meningkat jodoh pulak masih belum berkunjng tiba. dia tabahkan hati. bila masuk umur 26-27 macam tu orang mula bertanya-tanya dan tak kurang juga ade yang mengata.

"eh dia tu tak kawen2 lagi. umur dah banyak dah. haih kesian tgk"

suara-suara sumbang yang menyalak. ni la manusia. mudah-mudahan kita bukan dari golongan ni. sampai la suatu ketika si gadis seakan-akan mahu berputus asa.

namun betol la kata orang manusia ni diciptakan berpasang-pasangan. ade seorang jejaka yang si gadis tak berapa nak kenal, yang berapa nak cinta. memang xcinta langsung la. lepas tu bermula la kisah pertunangan kisah beliau memprotes majlis pertunangan kerana tak wujud rase cinta terhadap si jejaka. namun si jejaka hanya bersabar dan bertabah hati melayang kerenah si gadis. sehingga lah di majlis perkahwinan nye. di saat si jejaka melafaz akad, si gadis rase tersentuh. dan yang paling obvious, saat si jejaka bangun selepas akad nikah dan menunaikan solat sunat. di waktu itu, rase sayang dan kasih yang tidak terperi muncul secara tiba-tiba. si gadis akhirnya akur dengan ape yang berlaku. dan dia sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang mencintai nye sepenuh hati.

jadi si gadis yang sudah pun selamat menjadi sang isteri menasihati gadis-gadis yang lain supaya 'just follow the flow, then u'll find what u want'

merujuk kepada ayat dibawah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
2: 216

TERBUKTI kan!!! jadi benar lah kadang-kadang yang kita benci tu la akhirnye menjadi kesukaan kita. sweet kan~

~sekian~

timah tunang~

tahun ni umo aku dah bertambah jd 24. walaupun belum masuk pun lagi 24, kalo isi borang SPA or etc, kena gak tulis 24. no choice kn. hehehe. berbalik pada tajuk utama kita, bila umo dah semakin meningkat semakin ramai lah yang nak amik berat. contohnye:

-bila nak kawen?
-dah ade calon?
-risau la tgk along ni, calon pun xde lg.

yaaaa, itu dia. 3 contoh yang amat la wat hati aku rase sayu kalo ade yang tanya. hehe. tak ada la sayu sangat tapi macam rase tak best.

kalian-kalian yang bertanya, bukan pinta ku jadi begini. sama-sama lah kita nantikan bila dan saat itu tiba. segala nye urusan yang Maha Esa. aku xde sekelumit kuasa pun untuk menentukan. hanya mampu berdoa dan berusaha je. usaha? entah la yek. aku pun tak pasti usaha yang bagaimana harus aku lakukan. berusaha berdoa hari-hari tu kira usaha la gak kn. i guess la~

namun jauh di sudut hati ni rase gembira saat di saat kawan2 melangsungkan majlis tunang dan perkahwinan. tahniah kalian. semoga kalian berbahagia dengan pasangan masing hingga nafas yang terakhir. semoga juga kalian dapat menempuh segala dugaan bersama-sama. aminnnn. mudah-mudahan.

time timah tunang...tahniah beb~

Tuesday, March 1, 2011

lalala~

derita dijiwa semakin bermaharajalela. ape la msalahnya aku ni tapi aku pun aku pasti. banyak sangat menda yang aku nak fikir. sampai aku pun tak pasti yang mana harus di beri keutamaan. ingatan aku pun dah xbape kuat sgt. byk sgt mnde utk difikir sampai byk jugak menda yang tersingkir dr kotak memori aku yang saiz nye xdela besar mana. hehehe.

tapi memori itu masih juga kukuh dalam ni. hish makan sapce tul. byk lak tu. kalo blh aku singkir or delete sure byk tmpt kosong untuk ingt mnda lain. hehehe.

aku ade plan untuk buln ni. aku harap2 lah berhasil. banyak gak aku melaburkn wang ringgi. tapi takut gak aku yang kalah pada hawa nafsu yang tak tentu pasal ni. Al-maklumlah iman senipis kulit bawang. hahah.

naluri seorang pompuan aku ase sume sama. aku pompuan so ak terlepas dr berkeinginan seperi itu. normal ok. hehehe.

cukup untuk setakat ni. kalo ade respon yang baik, aku post lg. kalo ade yang bace ni lg doakan aku berjaya ye...time kasih in advance...hehe

Saturday, January 22, 2011

cuba untuk mencuba

aku rase sudah mase nye untuk aku berubah. yeah. the time is now. byk sangat dah mende yang xptut aku buat tapi aku buat. bayk sangat. berubah ke arah kebaikan adalah gaya hidup yang sihat kan. kawan aku ckp disiplin tu penting. sgt penting. set ur mind. ape yang aku nak. ye aku dah set. korang dah set. pastu kena tau ape yang kita nak buat untuk menjayakan misi dan matlamat kita tu. aku ade byk mnde yang nak kena ubah. xpe. aku tau aku boleh buat.

even ade hadis pasl perubahan tu. 'Allah tak akan merubah hidup sesebuah kaum tu kalau kaum tu sendiri xberubah'. btol kn. kalo aku nak berubah, aku la yang kena mula kan. aku kena usaha. kena. wajib.

-kawal nafsu makan.
-makan sekadar alas perut
-kunyah 44 kali
-makan perlahan2
-amik protion yang sikit
-kalau boleh guna pinggan yang kecik je
okay. tu pasl makan. sekarang nak cerita pasl hati dan perasaan.

-cuba untuk hidup sendiri.
-jangan kontek2 beliau lg. sbb dia pun xde kontek aku
-buat ape2 untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga.
-berdoa kepada Allah

mudah2an ape yang aku buat ni sentiasa mendapat keredhaan Allah. tapi aku maih bersyukur dengan ape yang aku ade ni. Terima kasih Allah.

cerita ceriti

soalan yang sama. bentuk yang berbeza. tp jawapan tetap sama. aku jalan2 di shopping kompleks yg kebanyakan nye warga luar negara. rasa cam g melancong pun ade. hehe. sambil2 menunggu kawan aku cari kasut, aku menjalankan hobi yang memang dr skolah dulu aku buat. tgk gelagat org. hihi.

gelagat pertama:
sepasang kekasih kot. ok +ve thinking, mereka adalah sepasang suami isteri. hehehe. si isteri memilih kasut tanpa menghiraukan si suami. si suami lak dengan handbag si isteri di bahu mengambil tempat duduk berhadapan aku. pastu dia tgk aku. ades. tu la kesilapan yang aku sering lakukan. kalo dah tgk org x reti2 nk cover. huhu aku senyum kepada beliau dan berpaling. smbil berangan. kalo la aku kuar dengan kekasih or tunang or suami aku nnt cmne la gaye nye ye..huhu ahai~ xpenah lg aku kuar cmtu berdua2 an. siyes ni beb wa xtpu. huhu.

gelagat kedua:
kawan aku. perghhhh minah ni kalo beli barang dia punye cerewet xhengat...hahaha tp dia baik hati tau. sbb dia blnje aku kasut sepasang time tu. hahaha. sbb tu aku ckp dia baik. time tu dia try kasut aku rase ade kot dekat 10 pasng. salesgirl tu muka cm da bengang je. aku pun cm xsedap gak tgk muke minah tu da muncung semacam. tp skali member aku bawak 5 pasang kt kaunter bru la dia senyum smpai ke dahi. amik ko. tu la jd salesgirl jgn sombong. hahaha.

dah cukup la dua gelagat tu. gelagat2 yg lain tu biar aku jelah yang tahu. hehehe. setelah lama menunggu aku ckp dgn kwn aku nk g toilet sat. jalan menuju ke toilet. byar 20sen. masuk toilet haaaaaaaaaa. aku jumpe kawan aku. bersalam, bertanya khabar dan mula lah acara bertanya status. hehehe. rupenye kawn aku tu nk kawen. insyallah buln depan. dia memang cantik. dia memang sopan. dia pandai masak. dia pandai semua. aku tak pandai ape2. waaaaaaa~

dia: ko jgn xdtg tau anum
aku: insyallah kalo xde aral melintang aku g ar.
dia: ok...ha ko bile lagi num?
aku: *senyum
dia: eh ko neh. aku tnya ko senyum lak
aku: kalo ade nnt ade la..insyallah aku jemput ko gak
dia: hbs skrg dah ade blom
aku: skrg xde lagi, jap lagi xtau la kalo2 terjumpe. hahahaa *ketawa paksa
dia: ok la anum. aku gerak dlu ye. tunang aku da lme tu tunggu kat luar.
aku: okay. take care~

dia berlalu tersenyum. aku senyum gak tp dlm hati menangis. waaaaaaaaa~

xpelah kwn ku. mungkin jalan hidup kita berbeza. kalo sume same xbest la plak kn. Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba Nya. cume hamba2 ni je yang xde rase bersyukur (aku la tu). huhu. tapi Alhamdulillah aku realize skrg. hehehe~


Saturday, January 15, 2011

adikku~

seperti biasa, hari sabtu merupakan hari ko-Q utk bebudak skolah. tak terkecuali adik2 aku. maka aku yang dah tak bersekolah ni lepak je r kt umah. men fesbuk, tgk page org, tgk gmbo kt page orh tu, berangan. sume yang aku sbut tu keje sampingan je. keje2 yang sepenuh mase aku buat tak yah bgtau, nnt org ckp riak lak hehehe.

lm kul 1pm ++ adik2 aku pulang. dengan muka berpeluh bagai. aku suh g mani n makn. pastu tetiba!!!

adik: along, ajip jd setiausaha kt sekolah.
aku: yeke? *wat muka tak percaya
adik: ye long..td rmai yang angkat tangan masa cikgu tnye *senyum tersipu2
aku: ok la tu...adik masuk kelab ape? *tahan gelak
adik: PBSM. kn ajip nk jd doktor kena masuk PBSM
aku: bgus la cmtu *mengaminkan dlm hati sambil tahan gelak..
adik: longgg..setiausaha dlm english ape long?
aku: security..eh slh...secretary..

adik aku tersenyum dan berlalu pergi. aku terus gelak batak. cam xcye je. hahaha. tp ok la tu kan. mane tau sifat kepimpinan dia akn mula iasah dr situ. hahaha adik..adik..

adik aku yang ngek...hehehe

untitled

datang dan pergi begitu sahaja...
what do u think i am?
aku pun ada perasaan der.
jgn wat aku cmni,
nnt jd kt ko lak bru tau,
aku tak doa kn ko yg buruk2 tp cume mengingat kan je.

pape pun take care...

semangat

susah gak kn nak menguatkan semangat. semangat utk kurus. hahaha nafsu nafsi yg sering membuat aku kalah dgn ape yang aku nmpk. huhu. maslh tul. huhu. tp btol la kata orang, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih' huhu. jadi untuk mncapai matlamat kita kene kuat semangat kena kuat menghaapi ape jua cabaran. huhu to cmnooooo...

pose la cmni. ok gak kan. smbil2 gnti pose..hehehe

Friday, January 7, 2011

1st for 2011

dengan segala hormat nye aku mempersembahkan entry yang pertama untuk tahun ni. hehehe. akibat kesibukkkan yang amat la memenatkan kepala hotak aku. keje yang tak reti2 nak surut, last week kene keje straight weekend, keje ari ahad 11 jam tp boleh claim maksimum 8 jam je.. perghhh memang menyirap jiwa raga. huhuhu.

begitu la caranye aku menyambut tahun 2011 aritu. so bila dah masuk tahun bru ni sebok la mengkepohkn diri tnye azam org lain. nama pun joyah kan. seswai la tu. hehe. sebok2 tnye org sana sini aku terpikir azam aku thun lepas yang tak tercapai lg. hehehe. azam aku ni dr skolah lg tak pernah tercapai. huhu. nak kate susah xde la sangat tp keazaman dan semangat yg kurg di jiwa menyebabkan smpai skrg la azam aku tu tak pernah nak tercapai. hahaha.

untuk kali ni biarlah ini dlu. banyak lagi sbnarnye aku nk story, tp masa tak mengizinkan. aku perlu memanjakan diri aku dlu. hehehe.