Let Me Help YOU!!

Tuesday, October 6, 2009

peristiwa itu

pertama-tamanya aku nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

pernah tak korang berkesempatan untuk merasai keadaan bagai 'telur dihujung tanduk' means dah nak mati la. apa rasanya? takut tak? hmmm. mesti takutkan. itu kalau aku la. sebab? aku tak yakin amalan da cukup untuk menghadap Yang Maha Esa.

that day, aku dan rumet aku pergi berlibur kt satu tempat ni. aku memang jenis yang teruja kalau tempat mandi manda ni. memang sangat teruja. sejak dari kecik mak aku cakap aku ni jenis gitu. aku main2 air atas pelampung dengan salah sorang rumet aku. mungkin kerana keterujaan aku yang terlampau pelampung yang kitorang naik tu terbalik pada ketinggian 1.5m++. dekat-dekat 1.6m da ase nye. tak bape sure. and for your information my height is 1.59m and aku memang tak pandai berenang. kalau setakat nak terapung dlm air tu blh la. then aku terkapai-kapai dalam air ni nak cari pelampung tadi, tapi malangnya pelampung tu ade kat rumet aku dan dia jauh di bawa ombak jadi-jadian tu. dan aku terus terkapai-kapai plus panik yang amat. aku cuba untuk tidak panik tapi sebab aku tak blh nak bernafas dengan sempurna aku terus la terkapai tanpa mencuba cara lain utuk selamatkan diri. contohnya terapungkan diri ke, cuba berenang-renang ke tepian ke. and all i do is terkapai-kapai. and masa tu first thing yang aku da wat adalah mengucap. air yang aku telan tak usah cerita la banyaknya. nasib baik aku telan kalau aku sedut ikut hidung lagi la aku tak leh nak survive. sebab hidung aku amat la sensitif. dan sampai lah aku terfikir untuk give up je tapi semacam ada suara halus yang menyuruh aku untuk tidak berbuat begitu. 'pantang maut sebelum ajal'. dan usaha aku adalah terkapai-kapai jelah.

sehinggalah aku rasa ade orang tarik tangan dan badan aku sampai aku nampak dunia yang dinamakan daratan dan beliau mengarahkan untuk aku berpaut pada satu benda yang konsepnya ala pelampung. so aku berpautlah kat menda tu sambil menyedut oksigen sedalam-dalamnya. brother tu tanya aku sebaik sahaja aku berpaut pada mende tu 'adik ok dik?' aku tengok dia sambil sendawa 'burlppp' opss.. bukan sengaja beb aku telan air banyak tau. huhu. aku malu, brother tu gelakkan aku sambil cakap 'banyak ke telan air'. aku diam je tak de mood nak gelak. dia pun bawakla aku ke tempat yang tak bape nak dalam. dan aku yang masih fobia dengan kejadian sebentar tadi hanya berpaut pada menda tu tanpa cuba untuk menjejakkan kaki ke dasar. dan abang tu pun tanya 'da boleh jejak dik?' aku pun cakap 'jap bang saya tak stabil lagi ni' sambil rasa nak terjatuh lg. sampai la aku perasan cam da cetek sebab tengok orang sekeliling dan aku cuba jejakkan kaki sambil bersuara 'eh da boleh jejak' hehehe. malu lagi dengan brother tu. abang tu pun cakap suh be careful dan aku pula mengucapkan terima kasih tapi lupa mintak no fon. adeh. hehehe. tak de lah. tak kan lah aku nak wat gitu, ade je brother tu selam aku lagi sekali. hehehe.

dan sekarang Alhamdulillah aku masih bernafas. aku ade terfikir kalau la Allah nak amik nyawa aku masa tu, dah bersedia ke aku? mak ayah aku camne? kawan-kawan aku? hmm inilah manusia. terlalu sayangkan dunia. aku lah, orang lain aku tak tau. dan dari itu beramal lah seperti esok kita nak mati dan berilmu la seperti kita akan hidup selama-lamanya.

Friday, October 2, 2009

..jamuan mata..

aloohaaaa...

so far aku tengah kusut sebab byk masa yang aku korbankan dalam bus untuk tidur dan kekadang tidur dalam ketakutan bila pakcik bas bawak bas cam bawak roller coster. dan aku juga kusut bila jadual makan aku terganggu bila mana makanan di kampus pekan habis
dan bila sampai kampus kuantan aku perlu tunggu berjam-jam untuk makan lunch + dinner.

so tak yah banyak citer korang tgk la pic2 raye kat bwah ni ye. ade banyak lagi tapi tak sanggup nk tgu loading upload pic yang macam siput. hmm ade sape2 nak belanja berodben. hik hik hik. kalo rajin bg la komen sekerat dua. kalo malas tak yah komen. hehehe.



adik2 aku otw nk blik kampung..anin & anif.. (adik aku yang tak de dalam pic: anna n aziq a.k.a capang..=p)



anak2 pak teh aku yang comey2..hehehe sedang memujuk adiknya yg tkot bunyi mercun yang menggila pd mlm raye..bukan budak2 yang main..tp orang tua bangka..including me..wahahaha yang best nye sempat lak si akak nya posing bla aku snap..huhuhu


tgk mamat bju biru n tak bersongkok tu mkn..cam sebulan dah tak mkn..hahaha tu sepupu aku...best tau dia ni...sama baya dengan aku tp thun ni for the first time in mylife dia bg duit raye...ahaks..sbb tu aku ckp dia best..huk huk huk!


my sisterss..anin & ana..cantik kan mereka...


cucu2 perempuan nenek ku yg sangat la rajen..=p sian angah spupu ku yg bertudung pink itu xsempat 'siap'kan senyuman nya...hehehe


haaa..ni senyuman angah yang 'siap'..cantik kan mereka..


mereka yang siap awal di pagi dpt la msuk dlm pic ni..aku xde sbb wt keje kt dapur..so lmbt skit siap...hehehe


mereka ade persamaan..iaitu si bongsu..manja..ngada2..hehehe xde r...gurau je...jgn mrh ye pok su...ni pok su n adik aku yang bongsu..haziq..konon2 candid picture la ni..skali je xbpe nk jd..nape? sebab aku xde dlm pic ni...kalo aku ade sure jadi...hahaha



..sekian terima kasih..

Monday, September 28, 2009

.:untitle #07:.

yeehaaaaa!!

ni adalah entri pertama aku sejak aku beraya sakan ni kampung ku selama 2 minggu lebih sikit tanpa sedikit pun aku menghiraukan thesis yang perlu dihantar, tutor yang perlu dijawab.

dan sekarang aku tengah pening kepala memikirkan cara untuk melangsaikan kerja-kerja itu. dah lah tempat LI tak ada lagi ni. kenapa la diorang tak reply surat yang aku hantar hari tu. aku dah gelabah ayam ni bila dengar kawan-kawan ku ada yang da dapat 2 offer dan aku 1 pun tak ade!! wuuuu~

tak pe aku steady je walaupun hakikatnya jantung aku terus berdegup kencang. lebih sikit je kelajuan dari degupan jantung biasa. walaupun lebih sikit je ia mampu membuatkan tangan ku berpeluh tanpa henti. bukan tangan je, kaki pun sama. tadi hampir tercampak sandal di kaki kerana kadungan air di kaki ku membiak sedikit demi sedikit.

ye itulah aku. kalau aku gelabah atau kata nama lain nya nervous, tapak tangan dan tapak kaki ku mula mengeluarkan air. bukan sebarang air ye. air itu dinamakan air peluh. hehehe. kalau dulu time exam ke test ke, bila lecturer or cikgu aku announce 'ok guys u have another 5 minutes only, pls check ur answer and tight ur paper together and also pls check ur name..bla..bla..bla' haaa time tu lah air-air ini galak menampilkan diri mereka di tapak-tapak yang ada pada anggota badan ku. hmm tapak kaki dengan tangan je lah kan yang ada. ade ke tapak lain? ok. kalau korang ada tapak lain, itu korang bukan aku. hehehe.

dan sekarang ape yang perlu aku lakukan ialah TIDUR. agar tenaga-tenaga yang telah aku gunakan tadi pagi di charge semula. hahaha. alasan. tapi siyes ni memang aku ngantuk. ni ade sedikit pic ari raya yang sempat aku rakam kan.






p/s
pic len nanti la aku masuk kan. loading nak upload pic ni lama sgt..huhuhu

Friday, September 11, 2009

bercerita tentang semalam~

semalam aku kesibukan yang teramat. dah lah tak cikup tidur. waduh aku kalo da mengantuk cmni memang dah tak peduli orang lain dah. aku belasah jelah tidur. cam dalam lab tadi. hehehe. nasib baik tak ada orang lain. fatin jelah pun yang ada.

nape saya sibuk? sebab semalam lah baru aku nak terhegeh-hegeh print resume, surat-menyurat yang berkenaan, course checklist untuk aku gi LI. haih. masih tak berubah. dari dulu sampai sekarang asyik wat keje last minute je.

jadi semalam memang agak disaster la dalam sejarah hidup aku. dah lah sekarang ni pergi balik nk g kelas sejam perjalanan. sejam beb. korang pernah ke dengar hostel dengan fakulti jarak nya memakan masa sejam perjalanan. tak da tau. u aku je yang spesel wat cmni. sape yang paling best bila menda ni dipraktikkan. student r sape lagi. sengal. hah pagi-pagi aku da rasa nak terajang orang.

tapi Alhamdulillah semua nya da aku siap kan walaupun di hujung-hujung waktu dengan bantuan rumet aku miss yee dan 'saya'. hehehe. tapi sebenarnya semalam tak ada lah disaster sangat sebab nya aku buka pose dengan klasmet aku reramai di bilik salah seorang antara kami yang memakan belanja rm 7.60 sekepala. makan besar tu. ingat kan boleh jimat, rupenya.. hehehe. tapi tak pe kot sekali sekala. duit boleh dicari tapi memory bersama tu susah nak dapat. dah lah sem ni masing-masing busy. yelah PSM lagi (Projek Sarjana Muda). macam-macam lah. sedar tak sedar lepas raya nanti ada lagi sebulan je kami nak bergurau senda n bergaduh bagai. huhu.

semalam gak aku bersahur secara formal la kata orang dengan rumet aku. kitorang jarang makan kat cafe. paling-paling pun beli n bungkus makan kt bilik. tapi sebab arini last kan. so semua orang, tak ramai pun 4 orang je. hahaha. sambung valik, so semua orang bercadang nak makan kat bawah. i mean cafe la.

lepas2 makan duk borak2 jap. seronok la. huhu. dah nak masuk 4 tahun kami saling mengenal. macam2 la yang kitorang tempuh. asam garam kehidupan kata orang. arini aku nangis diorang la yang tolong pujuk. esok lak diorang nangis aku lak tolong pujuk. then bila gelak ketawa terbahak-bahak sama-sama. sweet kan.

tu je lah aku nak citer. bosan? haha sape suh baca. huhuhu.

well, aku nak balik kampung sebenarnya arini. disebabkan internet kampung aku sangat la maju sepantas kilat beb. sampai tak sempat aku nak wat pape sebab loading sume cepat gila. hehee. ok. aku tipu. xde internet sebenarnya. nak g cc pun aku malas. nak berodben pun mak aku tak galak kan. yelah mungkin mak aku takut dia kena bayar tiap2 bulan. hehhee. so dikesempatan ini aku nak memohon maaf la kalau ade tersilap kata, terkasar bahasa, terkurang ajar dan suma la. aku dengan rendah diri nya mengaku sume tu kesilapan aku. jadi maafkan lah aku ye. aku pun maaf kan korang gak. hehehe.

so SELAMAT HARI RAYA.. sori xde kat raye macam puan lumut wat kat blog dia. hehehe.


surat yang dah siap. tinggal nak pos kt industri. mintak2 la dapat. amin~


bersepah? ye aku tau tu. hehee.


last2 minute ni lah cari pen tak jumpa. ngada2 kan pen aku. hehehe

Sunday, September 6, 2009

nik bagi saya award. arigato~

ada orang bagi award ni kat aku. huhu. terharu rasa. tengkiu nik. hehehe.




nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ni:
  1. nama dia panjang. nik noor afifah hanani binti nik ludin
  2. dia ada twin nik noor afiyah husna binti nik ludin
  3. oleh kerana nama nya yang panjang tu, dia pernah ngaku tak cukup kotak nak isi form ape tah time dia skolah dulu. so kena tambah kotak sendiri.hehehe
  4. dia bajet dia macho dan sang lelaki pula cantik. menarik bukan?! hehehe
  5. dia suka sume 'benda' yang ada kat bawah jambatan. wahahaha
setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum menerima penerima award seterunya:
  • seorang wanita yang biasa. bukan luar biasa.
  • suka tengok orang. sume orang. gelagat mereka menarik.
  • suka kale2 yang gelap.
  • saya ada masalah nak kawal perasaan marah.
  • saya juga ada masalah nak mengagak kuantiti suatu barang
  • saya suka amik gambr wlaupun sy bukan la fotogenik tp fotogedik
  • saya suka makan makanan yang sedap2 dan pedas. kalo percuma lg suka. wahaha~
  • saya sangat bermasalah nak melupakan apa yang pernah saya sayang.hmm~
  • saya seorang hipokrit. selalu wat muka plastik kalo menyampah dengan sesuatu perkara tu. hehehe~
  • fakta yang terakhir ialah saya sebenarnya tak bape nak pasti kesahihan fakta-fakta yang ada kat atas ni. i'm still in process to find the true me. haish!
anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
  1. ana. dormate sy kt skolah dulu. rindu dia lama da xjumpe
  2. farah. clasmate time skolah teknik dulu. lama gak xjumpa dia ni.
  3. fiqa. kawan baik si farah yg ats ni. clasmate aku gak ni. ni lg gila lama xjmpe. huhuhu
  4. nuyul. clasmate aku gak ni..time skolah kt kempas. lama gak xjumpe dia. hehehe
  5. lumut. teman blog aku. dia ckap dia macho dan steady. aku rasa dia ni gitu gak. so kalo ko macho mut amik award ni. hehehe~
  6. fatin. clasmate aku sekarang. hehehe. dia bru pas balik umah. dia bli tiket x ajak aku, so aku xleh blik umh. wuuu~
  7. echa. clasmate aku gak. bru jap td jumpa dia. kitorang ade assignment. tp gile susah nak wat. ada sape2 nak tolong?hehehe~
  8. eilah. clasmate aku yg sekarang gak. teman bicara ku yang gile spoting. blh citer pape je dgn dia. tp pastu kena la dengar sedikit tazkirah dr dia. hehe~
  9. juju. clasmate aku gak. bru pas g buka pose smalam bersama adik dia yg giler best. padan muka staff piza tu. wahaha~
  10. ela. dia ni adik aku. ye memang macam adik aku la. perkenalan kami memang tak diduga.

..sekian terima kaseh..

Saturday, September 5, 2009

maaf

aku rasa semakin hari aku semakin annoying. aku tak tau kenapa aku rasa macam tu. aku rasa aku semakin pentingkan diri sendiri. aku semakin ke arah negatif saat menilai sesuatu perkara. and lastly aku nangis.

aku tak suka orang yang hipokrit, but then aku sendiri hipokrit dalam sesetengah keadaan. apa lah nak jadi dengan aku ni. kawan-kawan aku pun rasa aku macam ni kot. agaknya la.

orang selalu cakap 'just be yourself'. tapi kalau diri sendiri 'suck' tak kan still tak berubahkan. kalau nak berubah, nak berubah macam mana?

aku anak sulung. aku ada 4 orang adik. orang selalu cakap anak sulung ni selalu jadi role model kat adik-adik yang lain. tapi boleh ke aku ni jadi role model kat adik-adik aku? dah lah annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. memang tak layak langsung kan.

mak aku pernah cerita kat aku pasal adik aku yang bongsu. dia cakap dia nak jadi macam aku. mak aku tanya nape nak jadi macam along? dia cakap sebab along baik, along pandai sebab belajar sampai masuk u. aku memang dah bergenang dah time tu. aku tak tau nape, tapi kalo bab-bab family ni aku memang macam ni. kekadang kalo tengok adik-adik aku kena marah dengan ayah aku pun aku boleh menangis. siyes. hm sian adik aku. mungkin dia tak tau kakak dia ni sebenarnya annoying, hipokrit, selfish, negative thinker. sebab tu dia nak jadi macam aku. jangan jadi macam along, dik. along ni sebenarnya bukan lah baik sangat. along selalu susahkan orang lain. along pun bukan lah pandai sangat. setakat masuk u je. ramai lagi yang buat lagi baik dari along. adik kena jadi lagi baik dari along tau. huh ko kecik lagi dik. ko tak tau lagi dunia ni macam mana. nanti ko da besar ko tau la.

haish. orang kata kalau kita nangis time bulan pose ni batal pose. tapi aku nangis sikit je. tak pe kan.

aku macam hilang arah sekarang. aku risau ape nak jadi dengan aku 2-3 tahun akan datang. boleh ke aku survive dengan sikap aku yang macam ni. 1 lagi perangai yang paling aku menyampah bila aku rasa nak marah and aku tak boleh nak cover langsung rasa tu. biasanya kawan-kawan aku akan perasaan bila tengok perubahan muka aku. bukan muka aku berubah jadi beruang kutub or singa laut tapi jadi bengis. dan aku akan diam. diam sampai marah aku hilang. then marah dah hilang aku jadi malu dengan kawan-kawan termasuk lah dengan diri sendiri. kalau aku tak diam, marah aku akan tempias kat orang yang ada kat sekeliling aku. teruk kan?

kadang-kadang tu aku rasa aku selalu je menyusahkan orang lain. orang lain tu of coz la kawan-kawan aku. aku tak tau la nape aku jadi macam ni.

kawan-kawan..
tak kisah la kawan rapat ke tak, aku nak mintak maaf kalau-kalau selama ni aku ada sakitkan hati korang, aku ada buat korang terasa hati, aku ada buat menda-menda yang korang rasa menyampah, aku selalu mintak tolong time korang busy, selalu menyusahkan korang. aku memang teruk. aku memang jahat. aku memang annoying. tapi percayalah aku sayang kat korang sume. cuma aku masih dalam proses nak memperbaiki diri. dan aku sendiri aku nak repair diri aku ni macam mana.

kawan-kawan..
korang tau tak nape aku jadi macam ni. sebab nya aku ni dari kecik lagi hidup dengan bantuan orang lain. aku ni jenis yang bergantung. sangat-sangat tak boleh nak hidup sorang. aku dapat bayangkan kalau la aku ni hidup dalam orang yang ramai tapi tak ada seorang pun yang nak kawan dengan aku. boleh jadi gila agaknya. tak pun aku boleh kot sampai tahap bercakap dengan objek-objek yang tak bernyawa. ish Nauzubillah. aku tak nak jadi macam tu.

lastly aku nak mintak maaf kat sume orang. tak kira la yang aku kenal ke tak. mana la tau perangai aku ni samapi boleh buat orang yang tak kenal aku pun rasa menyampah dengan aku. maaf ye sume.

cuma ada sorang je aku tak tau dia maafkan aku ke tak. kawan aku. dia da tak da. Allah sayang dia. Allah da amik dia dari kitorang, dari family dia. masa dia da sampai. itu janji Allah. aku tau tu. aku tak sempat nak jumpa dia wat kali terakhir. aku tak sempat nak menatap muka dia wat kali terakhir. aku tak sempat. saat-saat last aku dengan dia sebelum cuti raya cina bulan 1 dulu. hari jumaat. kitorang sama-sama gi jumpa sv. hmm rindu kt dia. sangat2. aku harap2 sebelum dia pergi dulu, dia sempat maafkan salah silap aku kat dia. Al-Fatihah~

maaf..

Wednesday, September 2, 2009

Saya tak takut jarum!!!

ye itu lah aku. aku tak takut jarum. hehehe. masuk yang baru ni sudah 4 kali aku menderma darah. Astagfirullah. tak baik riak. Tuhan marah.

hari itu. aku ditemani rumetku ke astaka UMP untuk menderma darah. selepas melalui proses-proses berikut aku sah sebagai penderma darah yang tercomel. hahaha.

-isi borang pass
-cek homoglobin darah + timbang berat pass
-cek tekanan darah pass
-doktor interview berkenaan syarat dan terma derma darah pass
-update buku derma darah pass
-baring atas katil pass
-pegawai perubatan datang cucuk jarum pass
-darah keluar sebanyak 450cc pass
-rehat 10 minit pass
-menjamu selera sebentar (orang dah hidang tak kan nak tolak) pass
-ambil sijil dan beg percuma sebagai tanda penghargaan pass

hahaha. kat bawah ni ada sikit gambar sumber ihsan rumet ku selaku jurugambar tak bertauliah pada hari itu. okay sebenarnya aku yang paksa dia snap gambar aku. terima kasih ye kamu. hehehe.


besarkan jarum tu. hehehe~


itu darah saya. 450cc.


tu darah yg mula-mula kuar. tak tau nape diorang asingkan. huhu~


"ok dik. da blh tanggalkan ni jarumnye. tahan sikit ye" kata beliau kepada saya.


'saya' dan saya. haha. si jurugambar paksaan. haha


"bagus awak ni. da empat kali derma" kata pakcik yang update buku ni kepada saya. hehehe


hadiah percuma~

best woo derma darah. aku rasa puas setiap kali derma darah. pastu aku ada gak dengar mitos yang mengatakan kalau kita derma darah badan cepat naik. aku aku dengan perasaan curiousity yang menebal tanya kat pegawai perubatan yang tengah cucuk jarum kat aku

"cik betul ke kalau kita derma darah badan cepat naik?"

dia replay

"kalau tak jaga makan, tak derma darah pun badan naik gak"

hahaha. terlepas ketawa aku yang memang tak boleh nak cover.

so itu hanyalah mitos ye kawan-kawan. hehehe.